Saturday, August 18, 2012

PADA kesempatan ini saya menitipkan ucapan  memohon ampun dan maaf kalau selama penulisan saya disini  ada yang terguris perasaan,ada kata-kata serta tulisan yang tidak menyenangkan semua pihak,ada gambar-gambar yang menyakitkan hati dan ada sanggahan saya tidak kena aturannya.

Kepada yang mengkritik,yang menyelar dan menghina saya melauli komen-komen,saya maafkan kerana kita boleh berbeza pendapat tetapi kaedah  maki hamun,maaf saya tidak benarkan untuk dilepaskan di ruang komen melalui blog ini.

Ada yang memanggil saya barua,anjing kerajaan,penjilat UMNO dan berbagai lagi celaan serta penghinaan dilemparkan kepada saya,saya terima dengan berlapang dada dan berjiwa besar dan sempena kedatangan Syawal ini,marilah kita sama-sama muhasabah diri dan saya sentiasa bermuhasabah diri walaupun adakalanya hati dan perasaan terguris.Itu adat!

Saya rela digelar anjing kerajaan,saya rela dipanggil barua hanya kerana saya tidak bersetuju dengan pengkhianat serta penderhakaan terhadap agama,bangsa dan Negara saya.

Saya bukan Pak Turut yang mengambil upah menulis untuk mengenyangkan diri walaupun saya dituduh berbagai-bagai tuduhan baik melalui laman facebook,blog dan twetter.

Pada yang tidak berkenan dengan apa yang saya paparkan,kita bersemuka,tidak payah menggunakan nama samaran kerana orang yang menyamar,mereka sebenarnya adalah pengecut serta berjiwa hamba.Hidup di zaman milenium ini tidal perlu takut untuk memaparkan gambar dan nama sebenar kalau benar kita ini benar-benar memperjuangkan idealisme kita.

Pengalaman saya mungkin lebih sedikit kerana saya pernah terpenjara kerana menulis dan itulah harga yang saya telah pernah bayar, saya tidak hairan dengan segala kejian dan penghinaan dilemparkan kepada saya.

Kepada yang menghina,mencerca serta mengkeji..sempena Syawal ini,saya maafkan segalanya dan kepada semua penyumbang yang membaca blog saya ini..terima kasih dan Selamat Hari Raya..Maaf  Zahir Dan Bathin..

1 comments:

Waris Amp said...

Selamat hari raya Aidilfitri tuan, mohon maaf zahir dan batin. bersabarlah dengan ujian Allah.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers