Monday, November 26, 2012
PAU2012 menuntut ketegasan dan keberanian Najib..! |
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 (PAU2012) kali
ini merupakan penanda aras sejauh mana persediaan UMNO untuk menghadapi PRU13
dan juga merupakan `report card’ bagi mengukur pencapaian PM Najib serta seluruh
kepimpinan UMNO di semua peringkat bagi mempertahankan kerajaan dan parti bagi
berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti..
Menelusuri gagasan
kepimpinan Najib, beliau mengambilalih pimpinan parti melalui perhimpunan lalu
melontarkan slogan Ubah atau Rebah dengan memberikan kata dua kepada seluruh
kepimpinan UMNO malah pada setiap kali pertemuan ,beliau menyifatkan bahawa PRU13
adalah tempoh getir untuk UMNO dan adakah semua kepimpinan UMNO di semua peringkat telah benar-benar
berubah?
Sebagai Presiden parti dan
Perdana Menteri Malaysia, Najib memperkenalkan berbagai-bagai slogan untuk
dijadikan tangkal perjuangan UMNO dan kerajaan melalui proses transforamsi
serta slogan 1Malaysia-Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan dan apakah
segala transforamsi Najib ini diterima rakyat?Adakah setiap program
transforamsi yang dilaksanakan mampu menterjemahkan undi rakyat untuk menyokong
UMNO dan Barisan Nasional ataupun program yang terlaksana semuanya membuang
masa?
Kita harap sangat perhimpunan
kali ini jangan dijadikan seperti karnival jualan,pesta akhir tahun ataupun tempat mengasah bakat untuk bergelar
pemidato,tempat untuk mengampu pemimpin tapi perhimpunan kali ini harus menjadi
gelanggang membuktikan bahawa UMNO telah
benar-benar berubah,mereka tidak lagi dihantui mimpi ngeri 2008 dan PAU 2012
benar-benar menyerlahkan keyakinan untuk berdepan dengan cabaran PRU13 dan
memenanginya.
Perhimpunan kali ini harus
benar-benar berjaya membuktikan bahawa seluruh jentera parti benar-benar sudah siapa siaga persediaannya
dan sebarang laporan yang dihantar kepada PM Najib tidak menipu beliau dan kita tidak mahu laporan-laporan yang
dibuat oleh agensi-agensi kerajaan bersifat kosmetik dan retorik semata-mata terutamanya JASA dan
BTN yang dilihat semakin lesu serta hilang sentuhan politik mereka.Dari
kalangan agensi ini pun ramai yang berusaha menonjolkan diri untuk menjadi
calon PRU13.
Kita sedar Najib sedang
berdepan dengan cabaran demi cabaran dalam mempertahankan parti serta kerajaan
yang beliau pimpin terutama sekali mengenalpasti calon-calon yang
benar`winnable seperti yang beliau utarakan dalam perhimpunan lalu dan tidak terperangkap
dengan calon-calon `wincable’ yang dicadangkan oleh orang-orang sekeliing
beliau dan dalam masa yang sama kerajaan pimpinan Najib sering termasuk dalam
perangkap pembangkang melalui isu-isu semasa.Ini pun Najib yang kena
selesaikan.
Dalam masa yang sama Najib
juga harus menyedari bahawa setiap kali datangnya PRU,akan muncullah
kumpulan-kumpulan yang mahu mengaut keuntungan semata-mata baik kumpulan dalam
parti ataupun agensi yang berniaga barangan logistik dan sudah ada pun
agensi-agensi kerajaan yang melaksanakan program sebab mahu berikan kontrak
pembekalan kepada kawan-kawan mereka seperti membekal makanan untuk
seminar,mencetak risalah dan buku serta berbagai-bagai lagi.
Tidak cukup dengan kumpulan
sendiri,muncul juga pertubuhan-pertubuhan yang berselindung di sebalik nama hak
asasi mengugut Najib dan kerajaan supaya tunduk kepada desakan mereka sekiranya
UMNO dan Barisan Nasional mahu undi daripada mereka ini termasuklah Dong Zong
yang pada setiap kali PRU akan muncul dengan agenda mereka.Ini pun cabaran
besar yang sedang menanti Najib
Benarkah sudah berubah? |
Jurucakap-jurucakap atau
wakil-wakil UMNO yang diberikan tanggungjawab untuk membahaskan segala usul
yang telah diputusakn jangan sesekali perasan ataupun syok sendiri kerana
mereka memikul amanah parti,amanah rakyat yang cukup besar dan berhentilah
membudayakan politik mengampu,puja dan puji ini kerana kita tidak mahu perhimpunan
kali ini merupakan perhimpunan terakhir sebagai sebuah kerajaan dan budaya
politik baru yang dibawa oleh golongan muda perlu diterima oleh golongan veteran
dan perlu diserap oleh orang-orang lama dalam parti dan kerajaan.
Kita mahu melihat
perhimpunan kali ini adakah UMNO sudah benar-benar pulih dari peristiwa tsunami
2008 yang begitu banyak undi protes
terhadap calon-calon yang diketengahkan dan adakah UMNO sudah benar-benar
mengambil pengajaran daripada peristiwa itu atau mereka masih leka dengan
mengharapkan rakyat tahu membezakan parti yang memerintah dan yang membangkang.
Kita juga mahu melihat satu
deklarasi diterjemahkan bahawa semua ahli UMNO bersedia untuk berkerja dengan
parti dan bukan berkerja kerana apa yang parti bagi malah semua ahli baik
perwakilan,pemerhati dan seluruh Majlis Kerja Tertinggi UMNO harus menjadikan
perhimpunan UMNO esok sebagai perhimpunan yang paling keramat.Jika ada
perkara-perkara yang perlu disingkirkan,ianya harus disingkirkan jauh-jauh
sebelum menjadi barah bernanah yang busuk serta mula hingga boleh membantutkan
usaha UMNO mempertahankan kerajaan.
Melalui perhimpunan lalu,sumpah
Baiah dilakukan,Ubah Atau Rebah bergema dalam Dewan Merdeka,semua peringkat
kepimpinan disedarkan dan menyedari betapa pentingnya UMNO dan Barisan Nasional
dipertahankan dan Najib mengambil tanggungjawab terus memacu Negara memperkenalkan
segala pembaharuan dan memansuhkan segala undang-undang yang dikatakan lapuk
serta tidak bertamadun.Demi rakyat Najib tunduk dan akur kepada segala
tuntutan.
Perhimpunan kali ini kita
mahu melihat ketegasan dan keberanian Najib mengambil tindakan kerana beliau
telah melakukan segala-galanya untuk rakyat dan Negara ini dan perhimpunan UMNO
2012 ini,kali ini benar-benar menuntut komitmen,pengorbanan demi mempertahankan
agama,bangsa dan negara.Berubah atau tidaknya UMNO sebahagian besar diukur dari
Perhimpunan Agong ini.
Ingat UMNO..rakyat diluar
sedang memerhatikan apa sahaja yang berlaku melalui Perhimpunan ini.Jangan
dikecewa ataupun dikhianati harapan rakyat.Ditangan UMNO terletaknnya
tanggungjawab serta amanah bagi mempertahankan bangsa Melayu,agama Islam dan negara
tercinta ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
6 comments:
Ramai pemimpin Dan ahli UMNO di serdang masih tak sedar UMNO ni pembangkang di selangor. Tak nampak langsung aktiviti UMNO disini melainkan bannaer/bunting kat depan sekolah or simpang jalan bila budak sekolah nak periksa or bila hari perayaan. Pihak pakatan haram jadah selalu buat program, pemimpin UMNO pula dok goyang kaki mcm lah selangor ni masih bawah BN lagi. Ini kerana BN masih berkuasa di pusat itu sbb mereka tak kisah. Kalu ditakdirkan BN kalah pru, pemimpin2 inilah yang Akan mula angkat kaki tinggalkan UMNO tengoklah nanti (minta dijauhkan Allah scenario BN teas pru)
ahli UMNO itu sendiri perlu berubah, jangan hanya pandai jadi pendesak tetapi tiada jalan penyelesaian diberi. biarlah masing-masing jalankan tugas dengan apa cara sekali pun asalkan matlamat yang sama itu tercapai. menuding salah "rakan sepejuangan" sendiri tidak mendatang faedah. Mari bersama kita selesaikan "perjuang yang belum selesai".
ahli UMNO itu sendiri perlu berubah, jangan hanya pandai jadi pendesak tetapi tiada jalan penyelesaian diberi. biarlah masing-masing jalankan tugas dengan apa cara sekali pun asalkan matlamat yang sama itu tercapai. menuding salah "rakan sepejuangan" sendiri tidak mendatang faedah. Mari bersama kita selesaikan "perjuang yang belum selesai".
1Azam-1Semangat-1Hati bagi menentukan UMNO terus menjadi peneraju BN,UMNO/BN harus bangkit membawa obor kemenangan.Selamat Bersidang Pejuang Bangsa bukan masa untuk berleka juga bukan masa untuk bersengketa
Najib is right. Memandangkan UMNO masih gagal berubah, lebih baik biarkan parti ini rebah di dalam pilihanraya akan datang.
UMNO tidak boleh kembali memperjuangkan prinsip dan wadah parti dengan mengekalkan beruk-beruk lama yang masih gilakan kuasa. Cara terbaik ialah biarkan UMNO kalah dan biarkan kepimpinan baru naik untuk menjana parti ini ke arah perjuangan asal.
Selagi beruk-beruk kepimpinan lama UMNO masih dikekalkan dan diletakkan sebagai calon pilihanraya, Generasi X dan Y akan meletakkan mereka ke dalam tong sampah. Yang menjadi masalah ialah bukan prinsip perjuangan UMNO, tetapi barisan kepimpinan UMNO yang masih dilihat sebagai tamak harta dan kuasa.
ya beruk lama yg da kaya tu elok merambus..takkan tak ada muka baru di kawasan mereka..Pakatan masih anggap pemimpin seumur hidup..idola meka..punya lah taksub..tahap bebal..