Monday, November 26, 2012

PAU2012 menuntut ketegasan dan keberanian Najib..!

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 (PAU2012) kali ini merupakan penanda aras sejauh mana persediaan UMNO untuk menghadapi PRU13 dan juga merupakan `report card’ bagi mengukur pencapaian PM Najib serta seluruh kepimpinan UMNO di semua peringkat bagi mempertahankan kerajaan dan parti bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti..

Menelusuri gagasan kepimpinan Najib, beliau mengambilalih pimpinan parti melalui perhimpunan lalu melontarkan slogan Ubah atau Rebah dengan memberikan kata dua kepada seluruh kepimpinan UMNO malah pada setiap kali pertemuan ,beliau menyifatkan bahawa PRU13 adalah tempoh getir untuk UMNO dan adakah semua kepimpinan  UMNO di semua peringkat telah benar-benar berubah?

Sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia, Najib memperkenalkan berbagai-bagai slogan untuk dijadikan tangkal perjuangan UMNO dan kerajaan melalui proses transforamsi serta slogan 1Malaysia-Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan dan apakah segala transforamsi Najib ini diterima rakyat?Adakah setiap program transforamsi yang dilaksanakan mampu menterjemahkan undi rakyat untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional ataupun program yang terlaksana semuanya membuang masa?

Kita harap sangat perhimpunan kali ini jangan dijadikan seperti karnival jualan,pesta akhir tahun  ataupun tempat mengasah bakat untuk bergelar pemidato,tempat untuk mengampu pemimpin tapi perhimpunan kali ini harus menjadi gelanggang  membuktikan bahawa UMNO telah benar-benar berubah,mereka tidak lagi dihantui mimpi ngeri 2008 dan PAU 2012 benar-benar menyerlahkan keyakinan untuk berdepan dengan cabaran PRU13 dan memenanginya.

Perhimpunan kali ini harus benar-benar berjaya membuktikan bahawa seluruh jentera parti benar-benar sudah siapa siaga persediaannya dan sebarang laporan yang dihantar kepada PM Najib tidak menipu beliau  dan kita tidak mahu laporan-laporan yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan bersifat kosmetik  dan retorik semata-mata terutamanya JASA dan BTN yang dilihat semakin lesu serta hilang sentuhan politik mereka.Dari kalangan agensi ini pun ramai yang berusaha menonjolkan diri untuk menjadi calon PRU13.

Kita sedar Najib sedang berdepan dengan cabaran demi cabaran dalam mempertahankan parti serta kerajaan yang beliau pimpin terutama sekali mengenalpasti calon-calon yang benar`winnable seperti yang beliau utarakan dalam perhimpunan lalu dan tidak terperangkap dengan calon-calon `wincable’ yang dicadangkan oleh orang-orang sekeliing beliau dan dalam masa yang sama kerajaan pimpinan Najib sering termasuk dalam perangkap pembangkang melalui isu-isu semasa.Ini pun Najib yang kena selesaikan.

Dalam masa yang sama Najib juga harus menyedari bahawa setiap kali datangnya PRU,akan muncullah kumpulan-kumpulan yang mahu mengaut keuntungan semata-mata baik kumpulan dalam parti ataupun agensi yang berniaga barangan logistik dan sudah ada pun agensi-agensi kerajaan yang melaksanakan program sebab mahu berikan kontrak pembekalan kepada kawan-kawan mereka seperti membekal makanan untuk seminar,mencetak risalah dan buku serta berbagai-bagai lagi.

Tidak cukup dengan kumpulan sendiri,muncul juga pertubuhan-pertubuhan yang berselindung di sebalik nama hak asasi mengugut Najib dan kerajaan supaya tunduk kepada desakan mereka sekiranya UMNO dan Barisan Nasional mahu undi daripada mereka ini termasuklah Dong Zong yang pada setiap kali PRU akan muncul dengan agenda mereka.Ini pun cabaran besar yang sedang menanti Najib

Benarkah sudah berubah?
Jurucakap-jurucakap atau wakil-wakil UMNO yang diberikan tanggungjawab untuk membahaskan segala usul yang telah diputusakn jangan sesekali perasan ataupun syok sendiri kerana mereka memikul amanah parti,amanah rakyat yang cukup besar dan berhentilah membudayakan politik mengampu,puja dan puji ini kerana kita tidak mahu perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan terakhir sebagai sebuah kerajaan dan budaya politik baru yang dibawa oleh golongan muda perlu diterima oleh golongan veteran dan perlu diserap oleh orang-orang lama dalam parti dan kerajaan.

Kita mahu melihat perhimpunan kali ini adakah UMNO sudah benar-benar pulih dari peristiwa tsunami 2008 yang  begitu banyak undi protes terhadap calon-calon yang diketengahkan dan adakah UMNO sudah benar-benar mengambil pengajaran daripada peristiwa itu atau mereka masih leka dengan mengharapkan rakyat tahu membezakan parti yang memerintah dan yang membangkang.

Kita juga mahu melihat satu deklarasi diterjemahkan bahawa semua ahli UMNO bersedia untuk berkerja dengan parti dan bukan berkerja kerana apa yang parti bagi malah semua ahli baik perwakilan,pemerhati dan seluruh Majlis Kerja Tertinggi UMNO harus menjadikan perhimpunan UMNO esok sebagai perhimpunan yang paling keramat.Jika ada perkara-perkara yang perlu disingkirkan,ianya harus disingkirkan jauh-jauh sebelum menjadi barah bernanah yang busuk serta mula hingga boleh membantutkan usaha UMNO mempertahankan kerajaan.

Melalui perhimpunan lalu,sumpah Baiah dilakukan,Ubah Atau Rebah bergema dalam Dewan Merdeka,semua peringkat kepimpinan disedarkan dan menyedari betapa pentingnya UMNO dan Barisan Nasional dipertahankan dan Najib mengambil tanggungjawab terus memacu Negara memperkenalkan segala pembaharuan dan memansuhkan segala undang-undang yang dikatakan lapuk serta tidak bertamadun.Demi rakyat Najib tunduk dan akur kepada segala tuntutan.

Perhimpunan kali ini kita mahu melihat ketegasan dan keberanian Najib mengambil tindakan kerana beliau telah melakukan segala-galanya untuk rakyat dan Negara ini dan perhimpunan UMNO 2012 ini,kali ini benar-benar menuntut komitmen,pengorbanan demi mempertahankan agama,bangsa dan negara.Berubah atau tidaknya UMNO sebahagian besar diukur dari Perhimpunan Agong ini.

Ingat UMNO..rakyat diluar sedang memerhatikan apa sahaja yang berlaku melalui Perhimpunan ini.Jangan dikecewa ataupun dikhianati harapan rakyat.Ditangan UMNO terletaknnya tanggungjawab serta amanah bagi mempertahankan bangsa Melayu,agama Islam dan negara tercinta ini.

6 comments:

Anonymous said...

Ramai pemimpin Dan ahli UMNO di serdang masih tak sedar UMNO ni pembangkang di selangor. Tak nampak langsung aktiviti UMNO disini melainkan bannaer/bunting kat depan sekolah or simpang jalan bila budak sekolah nak periksa or bila hari perayaan. Pihak pakatan haram jadah selalu buat program, pemimpin UMNO pula dok goyang kaki mcm lah selangor ni masih bawah BN lagi. Ini kerana BN masih berkuasa di pusat itu sbb mereka tak kisah. Kalu ditakdirkan BN kalah pru, pemimpin2 inilah yang Akan mula angkat kaki tinggalkan UMNO tengoklah nanti (minta dijauhkan Allah scenario BN teas pru)

Anonymous said...

ahli UMNO itu sendiri perlu berubah, jangan hanya pandai jadi pendesak tetapi tiada jalan penyelesaian diberi. biarlah masing-masing jalankan tugas dengan apa cara sekali pun asalkan matlamat yang sama itu tercapai. menuding salah "rakan sepejuangan" sendiri tidak mendatang faedah. Mari bersama kita selesaikan "perjuang yang belum selesai".

Anonymous said...

ahli UMNO itu sendiri perlu berubah, jangan hanya pandai jadi pendesak tetapi tiada jalan penyelesaian diberi. biarlah masing-masing jalankan tugas dengan apa cara sekali pun asalkan matlamat yang sama itu tercapai. menuding salah "rakan sepejuangan" sendiri tidak mendatang faedah. Mari bersama kita selesaikan "perjuang yang belum selesai".

Unknown said...

1Azam-1Semangat-1Hati bagi menentukan UMNO terus menjadi peneraju BN,UMNO/BN harus bangkit membawa obor kemenangan.Selamat Bersidang Pejuang Bangsa bukan masa untuk berleka juga bukan masa untuk bersengketa

Anonymous said...

Najib is right. Memandangkan UMNO masih gagal berubah, lebih baik biarkan parti ini rebah di dalam pilihanraya akan datang.

UMNO tidak boleh kembali memperjuangkan prinsip dan wadah parti dengan mengekalkan beruk-beruk lama yang masih gilakan kuasa. Cara terbaik ialah biarkan UMNO kalah dan biarkan kepimpinan baru naik untuk menjana parti ini ke arah perjuangan asal.

Selagi beruk-beruk kepimpinan lama UMNO masih dikekalkan dan diletakkan sebagai calon pilihanraya, Generasi X dan Y akan meletakkan mereka ke dalam tong sampah. Yang menjadi masalah ialah bukan prinsip perjuangan UMNO, tetapi barisan kepimpinan UMNO yang masih dilihat sebagai tamak harta dan kuasa.

Anonymous said...

ya beruk lama yg da kaya tu elok merambus..takkan tak ada muka baru di kawasan mereka..Pakatan masih anggap pemimpin seumur hidup..idola meka..punya lah taksub..tahap bebal..

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers