Thursday, November 29, 2012


Jangan khianati usaha Najib!

PRESIDEN UMNO,Najib Razak telah melaksanakan tanggungjawabnya  dengan membentangkan ucapan dasarnya dan terserlah kesungguhannya memacu UMNO untuk terus kekal sebagai kerajaan terutama sekali berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti malah melalui ucapannya Najib berbicara tentang suara hati UMNO,tentang masa depan UMNO dan tentang masa depan Barisan Nasional yang perlu dipertahan,diperkukuhkan serta disiap siaga untuk mendepani cabaran serta dugaannya.

Kita seharusnya merasa simpati terhadap kesungguhan Najib,komitmen Najib terhadap partinya yang selama ini begitu kental mempertahankan agama,bangsa dan Negara dan Najib cekal mengemudikan parti walaupun fitnah terhadap beliau datang bertimpa-timpa.

Najib tidak peduli itu semua,beliau terus memandang ke hadapan dengan membiarkan cicak mengakrung mengelupur mengadu fitnah,tohmah serta mehnah.

Kita merasa simpati dengan Najib kerana dengan statistic ahli UMNO yang melebihi tiga juta orang ini,berapa ramai atau berapa juta ahli yang memahami erti perjuangan parti ini yang mampu menterjemahkan sokongan mereka ke dalam bentuk undi untuk UMNO dan Barsian Nasional.

Berapa ramai Ketua-Ketua Cawangan,Pengerusi JKKK,Jawatankuasa bahagian,jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO memahami nilai-nilai perjuangan dalam UMNO yang selama ini menjadi teras ataupun tulang belakang membangunkan Negara ini dan kenapa parti ini perlu dipertahan serta diberikan sokongan untuk menerajui Negara?

Apakah semua pemimpin tertinggi serta di peringkat akar umbi boleh mempastikan orang-orang atau rakyat di bawah wilayah kuasa mereka akan mengundi UMNO dan Barisan Nasional atau berapa ramaikah daripada kalangan mereka yang masih lagi tidak faham perjuangan UMNO dengan meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan atau betapa pentingnya parti keramat umat Melayu ini.

Alangkah malangnya kalau sehingga hari ini ahli yang lebih 3 juta itu masih ada lagi yang tidak memahami harga ataupun nilai perjuangan UMNO ini dan kalau ada dimana puncanya,adakah sebab tidak berlaku secara terancang gerakan perkaderan serta penerangan kepada ahli-ahli atau generasi Y yang dikatakan semakin jauh dari UMNO termasuklah anak-anak pemimpin UMNO itu sendiri.Kalau ini puncanya,yang gagal adalah biro-biro yang ada dalam UMNO itu sendiri.

Jangan bubuh racun dalam madu yang Najib usahakan..
Penjawat awam yang melebih 800 ribu orang,siapa yang boleh memastikan berapa ramai atau berapa ratus ribu mereka ini akan mengundi Barisan Nasional dan berapa ramai tidak menyokong kerajaan hari ini?

Segalanya bertitik tolak dari kurangnya atau tidak jelas penerangan kepada dan tidak ada agensi khusus bertanggungjawab memberikan penerangan kepada mereka ini.

Kita mengharapkan sebagai contoh Biro Tata Negara (BTN) menyalurkan penerangan sedemikian tetapi mereka terlalu sibuk melaksanakan penerangan serta memprogramkan  tentang 1Malaysia,itupun penerangan mereka masih terawang-awang dan dillihat tidak berpijak di bumi nyata.

Sehingga hari ini seperti tidak ada lagi pendedahan tentang ancaman terhadap keselamatan Negara,kedudukan politik dan sebagainya.Ini jelas ketara kegagalan beberapa agensi yang sepatutnya memainkan peranan menerangkan kenapa UMNO dan kerajaan ini perlu dipertahankan.

Najib sepanjang masa berdepan dengan cabaran kepimpinan dan kita mengharapkan cabaran ini akan terus mematang serta memberikan kuasa luar biasa kepada beliau dan dalam usaha untuk terus memperkukuhkan parti dan kuasa kerajaan,beliau terpaksa mengeluarkan amaran demi amaran dan mengambil tindakan demi tindakan terhadap ahli-ahli yang sabotaj parti.

Tetapi apa pula amaran ataupun tindakan terhadap penjawat awam yang sabotaj kerajaan?Tatkala kepercayaan diberkan oleh kerajaan,berpakaian segak,siap dengan kot serta bertali leher dan sentiasa berpeluang mendengar denyut nadi Perdana Menteri di `morning prayer’  pada setiap Isnin awal bulan,dapat menaiki pesawat menjelajah seluruh negara atas nama tugas,tetapi hati  tetap busuk  menyokong pembangkang atas alasan jemaah dan taksub terhadap seseorang?

Apa makna menaiki pesawat atas nama tugas dengan tiket dibiayai kerajaan tetapi bila turun ke negeri, mereka ini mengadakan perjumpaaan ataupun pertemuan dengan calon PAS yang kalah pada PRU 12  dan bertemu juga dengan penyelidik di Yayasan Tok Kenali yang dikenal pasti sebagai orang kuat PAS dan mereka ini juga mengadakan perjumpaan di Besut,terengganu dengan penyokong-penyokong tegar pembangkang.Apa makna semua ini?Kenapa musuh dalam selimut masih terus mendapat tempat dan berkeliaran di sekeliling Najib?

Apakah gerakan ini tidak diketahui ataupun dipantau serta diambil tindakan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dihukum oleh Perdana Menteri?Kita cukup simpati dengan Perdana Menteri kerana dalam usaha beliau memberikan madu kepada rakyat,kepada agama,bangsa dan Negara melalui gerakan mempertahankan UMNO untuk terus kukuh dan terus menerajui Negara, masih  ada lagi yang disekeliling beliau sedang berusaha mencampurkan racun ke dalam tempayan madu yang Najib usahakan.

Terus pertahankan UMNO demi agama,bangsa dan negara!
Mereka ini seperti mahu melihat UMNO ini hancur,mahu melihat UMNO ini tumbang melalui PRU13 nanti dan peluang berada dekat dengan kepimpinan Najib,mereka gunakan untuk secara perlahan menusuk sembilu tajam ke belakang Najib.

Mereka lupa tindakan mereka ini bukans ahaja boleh membunuh Najib tetapi boleh meruntuhkan segala-gala yang sedang dikecapi oleh rakyat Negara ini sejak merdeka hingga sekarang.

Melalui Perhimpunan Agung yang sedang berlangsung ketika ini,kita mengharap sangat kepada seluruh Melayu Islam untuk bangkit bersatu,bergerak sering bersama Najib demi mempertahankan agama,bangsa dan Negara ini.Mengharap sangat kepada seluruh bangsa Cina dan India untuk terus memberikan peluang kepada Najib kerana hasil dari kesungguhan kerajaan pimpinan UMNO inilah rakan-rakan dari bangsa Cina dan India mendapat segala keuntungan bukan sahaja politik tetapi turut menguasai ekonomi Negara ini.

Dan kepada cicak mengkarung yang sedang menyelinap di sekeliling Najib, kita juga berharap usainya PRU13 nanti,berbuatlah sesuatu kepada golongan yang jenis bermuka-muka ini dan kepada KSN,bertindaklah kepada pegawai-pegawai beliau yang menganggap Najib hanya ketua mereka tetapi idola mereka adalah Anwar Ibrahim.

Ayuh Melayu bersatulah!Mari kita tolak gerakan yang sedang hebat melaksanakan agenda asing untuk meruntuhkan Negara ini.

1 comments:

taipingcentral_harapan melayu said...

As Salam dan Salam 1 Malaysia..

Mohon di linkkan blog teman ni ye bro..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Latest article :

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/11/china-doll-verse-2-mcm-sama-plak-ni.html

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers