Saturday, October 13, 2012
Apakah pendirian politiknya jejaskan SPRM? |
TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya
SPRM (Operasi) Shukri Abdul mula diragui kredibiliti serta intergriti beliau
yang dilihat lebih condong serta memberikan perhatian yang luar biasa terhadap
kes-kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin kerajaan ataupun penyokong-penyokong
Barisan Nasional dan lebih malang lagi beliau dikatakan antara penyokong tegar PAS apabila melihat kepada
latar belakang keluarganya di Kedah dan orang Kedah tahu kedudukan bapa Shukri
dalam PAS Kedah..
Shukri Abdull sebelum ini
pernah menjadi Pengarah BPR Kelantan pada tahun 1990an dikatakan seperti tidak
berminat dan bersungguh-sungguh untuk
mendakwa kes-kes yang melibatkan kepimpinan pembangkang dan kalau ada tindakan
pun mahkamah akan membebaskan kerana tidak mempunyai bukti yang cukup dan ini
berbeza dengan kes-kes yang melibatkan kepimpinan kerajaan walaupun baru khabar
angin sudah ada arahan untuk menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.
Pandangan serong mula
dihalakan kepada Shukri Abdull apabila melihat kepada betapa efisen atau
bersungguhnya unit yang beliau ketuai untuk menyelongkar dan mencari hingga ke
akar umbi bukti-bukti untuk disabitkan apabila dikaitkan dengan pemimpin-pemin
kerajaan ataupun pemimpin Barisan Nasional dan sehingga ke hari ini tidak ada
seorang pun pemimpin pembangkang didajwa di mahkamah kerena rasuah atau
menyeleweng.Adakah dimata Shukri,semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini
suci bersih?
Adakah di mata Shukri semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini
diberikan imuniti bagi melakukan kesalahan ataupun rasuah?Semasa memegang
jawatan di Kelantan,cuab sebut satu sahaja pemimpin pembangkang yang pernah
Shukri heret ke mahkamah untuk didakwa?
Dengan sikap yang dilihat
berat sebelah Shukri Abdull sejak akhir-akhir ini kita percaya kes yang
dilaporkan oleh GAPs (Gabungan Anti Penyelewengan Selangor) berkaitan dengan
pembelian bas mewah oleh Khalid Ibrahim akan di siasat seperti melepaskan batuk
ditangga dan kata dua atau tempoh yang
diberikan oleh Hamidun,Pengerusi GAPS hanyalah sekadar angin lalu yang tidak
akan merubah persepkstif siasatan oleh suruhanjaya ini.
Hamidzun mungkin menyedari
laporan yang dibuatknya akan dibakulsampahkan oleh SPRM dan sebab itulah beliau
memberikan tempoh kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap
Khalid Ibrahim dan untuk laporan GAPs ini,kita yakin aka nada kenyataan selepas
ini bahawa Khalid tidak bersalah,Khalid tidak rasuah dan Khalid tidak
menyalahgunakan kuasa.Cuba Khir Toyo yang terlibat?
Bukan sahaja GAPs,mana-mana
NGO yang membuat laporan berkaitan
penyelewengan ataupun salah laku pemimpin pembangkang,SPRM seolah-olah
menjadikan telinga mereka pekak badak tetapi tengok sahaja kes yang melibatkan
Ketua Menteri Melaka,cukup bersungguh Shkri Abdull mengarahkan siasatan dibuka
dan siap siaga dengan kenyataan akhbarnya sekali.
Adakah laporan GAPs ini akan jadi sia-saia? |
Lihat juga isu membabitkan
pembelian lembu yang membabitkan Khalid serta beberapa isu lain yang melibatkan
pembangkang,SPRM seakan memandang sepintas lalu dan dilihat seperti tidak
berminat untuk menyiasat hingga ke akar
umbi bagi mencari bukti dan dalam kes TALAM,lihat sahaja bagaimana SPRM bergerak
seolah-olah gerakan mereka seperti kura-kura.Cukup lembab!
Cara Shukri Abdull
mengendali Unit Opreasi SPRM dilihat terlalu pro kepada pembangkang dan sebagai
bukti apabila ada laporan yang berkaitan dengan pemimpin UMNO,beliau
mengarahkan pasukannya untuk terus menyiasat dan mendakwa mereka di mahkamah
dan kalau kalah sekalipun ataupun kes tidak cukup kuat untuk
didakwa,sekurang-kurangnya SPRM berjaya memalukan pemimpin terbabit.
Berbeza dengan pemimpin
pembangkang yang dilihat seperti tidak ada kes kepada SPRM untuk disiasat dan
sebab itulah pembangkang dilihat bermaharjalela di Selangor,Kedah,Kelantan dan
Pulau Pinang dan adakah Shukri juga boleh dilabelkan sepertimana pendedahan
sebelum ini bahawa ada `lanun-lanun’ yang bertopeng berada di dalam kerajaan
bagi menjatuhkan ataupun menggulingkan kerajaan dari dalam dan adakah Shukri
Abdull ini salah seorang darinya?
Nasib Khalid lebih baik dari Khir! |
Andai Shukri
ada kepentingan,beliau tidak layak berada di dalam Suruhanjaya tersebut serta patut dilucutkan sebagai Ketua
di Unit Operasi Dan Pendakwaan SPRM dan dipindahkan kepada bahagian-bahagian
lain supaya SPRM dilihat betul-betul sebagai sebuah Suruhanjaya yang
bebas,berintegriti dan bukan menjadi alat kepada mana-mana pihak serta tidak
menggunakan kuasa yang diberikan untuk mengambil tindakan terpilih ataupun
sewenang-wenangnya.
Dan kalau
Shukri lebih berminat untuk menjadi orang politik,beliau boleh memilih untuk
bersara awal dan mengambil tindakan seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain
menyertai PAS bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional secara gentleman dan
bukannya menjadi duri dalam daging ataupun gunting dalam lipatan.
Kita
menghormati serta menyanjung tinggi kalau beliau memang bersungguh-sungguh untuk
mengekang kegiatan rasuah dalam negara ini sepertimana amanah serta
tanggungajawab yang diberikan oleh SPRM kepada beliau dan kumpulannya namun
beliau harus jujur serta tidak memilih mangsa untuk menyiasat dan mengambil
tindakan mendakwa di mahkamah.
Andai mereka
menyiasat kes melibatkan pemimpin UMNO hingga ke akar umbi bagi mencari bukti
dan saksi,prinsip yang sama juga harus digunakan untuk menyiasat kegiatan
rasuah pemimpin-pemimpin pembangkang dan apa yang sedang berlaku di Selangor
hari ini akan menjadi penanda aras kepada hasil siasatan yang akan diumumkan
(itupun kalau mahu diumumkan) dan juga menjadi penanda aras kepada Bahagian
Operasi Dan Pendakwaan SPRM ini.
Kita tidak
berniat untuk memperkecil ataupun memperlekehkan SPRM tetapi kita tidak mahu
SPRM yang ditubuhkan itu menjadi tali barut kepada pembangkang dan dalam semua
orang melihat kerakusan pemimpin pembangkang melakukan rasuah di Selangor, kita
menunggu mata mana yang akan digunakan oleh SPRM bagi melihat apa yang orang
ramai lihat itu.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
27 comments:
Pokok permasalahan adalah big boss kementerian. Tahukan sape menterinya. cakap je berdegar tapi lembik mcm sotong. Elok dipetisejukkan aje/tak payah dicalunkan dlm PRU13 nanti
Aku setuju. Memang mamat nih patut disiasat laa.
dah agak da.....
ramai proksi pembangkang dlm kerajaan.....
Rakkan PM tak nampak poerkara ni. Ini perkara serius. Takkan semasa perlantikan jawatan PM dan KDN menterinya tak semak latarbelakang. Hisham patut letak jawatanlah , gagal meamstikan perlaksanaan SPRM dgn tulus dan ebrkesan. Kita dah perhatikan perkembangan SPRM ni sejak beebrapa tempoh masa ni. Memang betul apa yg ditulis disni. Kita naktengok berapa lama Hisham akan bertindak. PM PATUT SANGAT SERIUS DALAM HAL INI!
80% beb aku nak bgtau kakitangan kerajaan adalah penyokong PEMBANGKANG TEGAR.....
CUEPAC lu jgn buat pekak tuli la dlm soal ni...mintak mcm2 dgn kerajaan tp dlm pada masa sama lu org semua kianat kerajaan...
1 saranan aku untuk kerajaan bila setiap kali ingin mengambil pekerja menjadi kakitangan kerajaan elok lah diselidik dulu latar belakang...
dlm JPA pun banyak pegawai yang menyokong pembangkang sbb tu lah ramai kakitangan yang diambil dr anak2 pembangkang...
aku bukan buat tuduhan tp ni lah yang aku lihat selama ini....
kami yang bukan kakitangan kerajaan bermati-matian menyokong kerajaan tp kakitangan kerajaan sebaliknya menyokong pembangkang
WHAT THE HELL.........
DS HISHAMMUDIN TU PATUT DIBAKUL SAMPAHKAN JER PRU 13 NNT ......
MELAYU YANG TAK ADA GUNA WALAU 1SEN PUN
org sprm ni manusia ada syawat/nafsu dan keinginan tuntutan hidup ORG2 SPECIES SEBEGINI BERBAHAYA BERSELINDUNG DI IMEJ JABATAN SPRM - TAK SEMUA TAPI ADA - CEKUP DAN LINKUP GN INGAT KERJA DISPRM -HEBAT ..TULUS/MULUS MCM PARTAI PAS -RASA HEBAT BILA KOPIAH PUTIH DIKEPALA-
TANGKAP TAHAN DAN UNJUKAN GAMBAR RAKAMAN ORG MATI DIMANDI , DIKAPAN DI MASUK KE LUBANG KUBUR- KEMUDIAN DITASKIRAHKAN CERITA AZAB KUBUR
DAN SETERUSNYA DIJEL DAN BERSALAH GANTUNG HINGGA MAMPUS- CHINA RASUAH HUKUM MAMPOS TAMPA KOMPROMI
SELAMAT MENCOBAK
Sekali lihat semeangnya nampak jels Shukri dibayangi oleh pemain poltik pembangkang tetapi jika dilihat pula disebaliknya tindak beliau lebih menguntungkan pemimpin BN yang mewakili kerjaan sekarang. Ini kerana sejak 2008 terlau banyak isu rasuah yang dimainkan oleh pembangkang hinggakan kekdang kita sebagai rakyat termakan juga hasutan mereka. Malah didalam Parlimen kerajaan diserang atas alasan menggunakan SPRM sebagai benteng terakhir untuk mengelakkan terhukum atas penyelewangan yang dilakukan. Pembangkang seriang melontarkan tohmohan bawah SPRM adalah alat kerajaan . Berbalik kepasa sikap Shukri dalam hal ini.
Siapa kah paling beruntung ? salah satu keuntungan nya adalah kerajaan poimpinan DS Najib secara terang dapat mempertahankan bahwa kerajaan pimpinan beliau adalah sebuahy Kerajaan yang dibayangi Rasuah sepanjang masa juga menjelaskan kepada rakyat bahawa SPRM adalah bebas dan kerajaan tidak menggunakan SPRM sebagai alat untuk melindungi perasuh dalam kerajaan.
Kepada Shukri , tahniah walaupun tindakan yang dibuat nampak terlalu memihak kepada pembangkang.
Betul la tu. Dia anak jati Kg. Guar Kepayang. Kubu PAS totok. Kami kenal dlm & luar. Apa kreteria dipilih & dilantik pegang jwtn tu pun tak tau.
Merak buih Guar Kepayang, cakap orng putih tunggang langgang. Dapat pulak DATUK, jalan lagi mengengkang.
ini lah masalahnya bila 'harapkan sokong, sokong membawa rebah..'.
Banyak kelibat menatang yang macam ni dalam kerajaan. jadi, bila melantik tu carilah org yang betul2 boleh diharap, yg melindungin kerajaan dan bertanggung jawab mengikut beban tugas masing2 dan bukannya macam menatang sekor.
kerajaan PR akan mengambil k/tanganya hanya yg condong pd perjuanganya saja sementara kerajaan BN mengambil k/tanganya tanpa mengira apa fahaman politiknya. bila pentadbiran kerajaan telah dikuasai oleh mereka yg pro pembangkang kena terima hakikatnya seperti yg sering dinyatakan oleh pemimpin kerajaan dasar kita tidak mengira apa fahaman politik mereka.
hakikatnya selagi menteri amaran kekal dalam kabinet ianya tidak akan mengubah keadaan.
yang melantiknya pun menggung punya kaki, dptlah menatang macam ni..gunting dalam lipatan
PR bukan mcm BN. Bab songlap ni tak dpt pisahkan dari BN. Berebut jawatan semata2 nak cari jln mudah utk kaya. Semua org tau, semua rakyat tau selama ini pun, tp pakat2 diam. Akhir2 ni, org ramai dh yakin dan sedaryg benda2 mcm ni tak boleh dibiarkan. Rakyat dapat sikit, pemimpin dapat banyak..mana aci. Biar bersih sebersihnya, negeri pembangkang dh bagi contoh. Siap boleh bayar hutang negeri pd pusat. Tu petanda pemimpin pandai buat kerja, duit sebenarnya banyak, tp sblm ni pemimpin anggap duit mak bapa dia punya, so borors dan tiris marata-rata
Emosi nampak? Tidakkah penulis pernah terfikir perasaan penyokong pihak lagi satu tatkala menghadapi situasi lebih teruk bila ditindas pihak berkuasa, berdekad-dekad lamanya. Baru sikit si Syukri nampak macam tak favor korang, dah meraban. Chillex aaa...jgn la bagi argument dak skola... Jgn risau, Syukri tu wayang je...
Allah maha mengetahui samada kita bekerja dengan adil atau tak .... siap sedia untuk menerima balasan dari Allah sekiranya kita gagal menjalankan tanggungjawab kita......
Allah maha mengetahui samada kita bekerja dengan adil atau tak .... siap sedia untuk menerima balasan dari Allah sekiranya kita gagal menjalankan tanggungjawab kita......
PM patut cuci semua petualang kepada kerajaan BN....Nak sokong PR beri OPTION berhenti/atau dipecat.. Pagawai kerajaan semestinya menyokong kerajaan memerintah.. Banyak isu-isu rakyat marah kepada pegawai kerajaan dijabatan dan agensi sebab tidak melayan keperluan rakyat dan rakyat marahkan kerajaan BN...maka rakyat menyokong PR... Oleh MatBond
Agak agaknya pihak penbangkang bagi ke apa apa jawatan pada pro kerajaan macam kerajaan skrg bagi pada mereka? kerajaan mesti pastikan selepas ini jangan berulang lagi.inilah antara faktor kejatuhan kerajaan bn.hishamudin dan setara dengan beliau tak perlu lagi dlm kerajaan.sila berundur sebelum nasi menjadi bubur.
Bila Rakyat cakap kalau ikan bilis cepat sungguh sebab tak perlu keja keras bila ikan jerung lambat, lembek tp jika pemimpin BN laju meka jika geng Pakatan dan NGO siasat mcm kura kura.. apa beza SPRM dgn BPR.. Paklah hanya tukar Kulit.. Hasil masih kosong.. Biasa ikan jerung akhirnya terlepas jugak..yg ikan bils mampos lah kamu org.. Tak komen sakit hati, bila komen lagi sakit hati..Sebenar meka ini di pihak sebelah mana ni Itu ramai org dibawah dok cite...Lantak lah lu org.
Untuk memastikan kerajaan BN tidak tumbang akibat perbuatan dalam selimut Tok Najb dan Tan Sri Mahyuddin perlu melihat masalah musuh dalam selimut secara serius.Menteri KDN dan Jabatan Peguam Negara perlu dimantapkan kerana amat ternyata keuda-dua KDN dan JPN amat lemah dan lembab dalam semua hal terutamanya yang dikalangan pegawai kerajaan dan pesara-pesara kerajaan.Cuepacs sepatutnya amat maklum mengenai isu nagatif dan wajar menjalankan siasatan rapi untuk menghukum mereka yang menjadi gunting dalam lipatan bilangannya memang ramai dan isu ini amat menggugat kerajaan BN sekarang.PM dan TPM kena mengambil tindakan tegas dan segera
ni la satu cara nak jatuhkan lawan dalam parti sendiri. guna la si mamat ni. memang betul mamat ni wayang je. yang takut pada bayang-bayang sendiri adalah bos nya. tamat la riwayat bos nya nanti dalam pru 13. apa-apa pun, kumpul bukti siap-siap, nanti lepas pru, bole kita dakwa bos nya. simamat ni jangan kemana mana, sebab kamu akan jadi saksi penting nanti. orang-orang yang jenis lembik memang bahaya. yang pertama, mereka pandai menghasut dan membodek bos. yang kedua dan yang paling bahaya, orang jenis ni suka guna nama bos untuk buat keputusan yang menjahanamkan orang lain. bos tak tau pun. macam ni banyak juga kat GLC diglenmarie. lebih -lebih lagi bos yang jenis pompuan.
jangan harapkan cuepacs menasihati k/tangan serta pegawai awam agar berkhidmat dengan cemerlang,kerana tugan utama cuepacs ialah menuntut gaji yg lebih tinggi serta pelbagai imbuhan dari kerajaan walaupun perkhidamatan yg diberikan tidak setimpal dengan tuntutan.
selalu nya orang kerajaan yg tak sokong kerajaan adalah mereka yang bermasalah,tak displin dan tak produktif..cukup bulan tggu dpt gaji je tp suka mengULAR..memang bangsat org mcm ni.
wahai shukri abdul, kalu dah minat sangat @ sokong sangat pembangkang, baik letak jawatan. kau kenakan pegawai2 kerajaan, tapi dalam masa yg sama puak2 pembangkang yg penuh dgn rasuah, penyelewengan kau lepaskan. apa cerita ni?
Yg mengherankan bin mengajaibkan spesis mengular begini pangkat cepat naik dah bergaji besar mereka tidak jujur dengan tanggungjawab dan amanah diberikan. Letak jawatan lagi baik dari mengularkan jawatan dgn amanah. Spesis begini elok diberikan surat tunjuk sebab, nyahkan dari jabatan...
bangang betul korang ni. dah masa lantik dulu dia lebih layak drp geng2 totok bn nk buat macam mana. dlm borang spa tu xda sebut 'anda menyokong parti mana?' nasihatla budak2 bn kat u, ngajilah sungguh2 supaya result diorg boleh bersaing dgn result geng2 pro pmbangkang. ni asyik bjoli, main club, study hampeh
Baru sedar ker,,,kakitangan kerajaan meyolong pembankang dah menjadi barah...sukar diubati akibat proses kenailkan pangkat tidak melalui tapisan dan temuduga...
kalo diri tak bersalah, xpyh takut la nk kena siasat..