Saturday, October 13, 2012


Apakah pendirian politiknya jejaskan SPRM?

TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Shukri Abdul mula diragui kredibiliti serta intergriti beliau yang dilihat lebih condong serta memberikan perhatian yang luar biasa terhadap kes-kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin kerajaan ataupun penyokong-penyokong Barisan Nasional dan lebih malang lagi beliau dikatakan antara  penyokong tegar PAS apabila melihat kepada latar belakang keluarganya di Kedah dan orang Kedah tahu kedudukan bapa Shukri dalam PAS Kedah..

Shukri Abdull sebelum ini pernah menjadi  Pengarah BPR  Kelantan pada tahun 1990an dikatakan seperti tidak berminat  dan bersungguh-sungguh untuk mendakwa kes-kes yang melibatkan kepimpinan pembangkang dan kalau ada tindakan pun mahkamah akan membebaskan kerana tidak mempunyai bukti yang cukup dan ini berbeza dengan kes-kes yang melibatkan kepimpinan kerajaan walaupun baru khabar angin sudah ada arahan untuk menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.

Pandangan serong mula dihalakan kepada Shukri Abdull apabila melihat kepada betapa efisen atau bersungguhnya unit yang beliau ketuai untuk menyelongkar dan mencari hingga ke akar umbi bukti-bukti untuk disabitkan apabila dikaitkan dengan pemimpin-pemin kerajaan ataupun pemimpin Barisan Nasional dan sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang didajwa di mahkamah kerena rasuah atau menyeleweng.Adakah dimata Shukri,semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini suci bersih?

Adakah di mata Shukri semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini diberikan imuniti bagi melakukan kesalahan ataupun rasuah?Semasa memegang jawatan di Kelantan,cuab sebut satu sahaja pemimpin pembangkang yang pernah Shukri heret ke mahkamah untuk didakwa?

Dengan sikap yang dilihat berat sebelah Shukri Abdull sejak akhir-akhir ini kita percaya kes yang dilaporkan oleh GAPs (Gabungan Anti Penyelewengan Selangor) berkaitan dengan pembelian bas mewah oleh Khalid Ibrahim akan di siasat seperti melepaskan batuk ditangga dan kata dua atau tempoh  yang diberikan oleh Hamidun,Pengerusi GAPS hanyalah sekadar angin lalu yang tidak akan merubah persepkstif siasatan oleh suruhanjaya ini.

Hamidzun mungkin menyedari laporan yang dibuatknya akan dibakulsampahkan oleh SPRM dan sebab itulah beliau memberikan tempoh kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Khalid Ibrahim dan untuk laporan GAPs ini,kita yakin aka nada kenyataan selepas ini bahawa Khalid tidak bersalah,Khalid tidak rasuah dan Khalid tidak menyalahgunakan kuasa.Cuba Khir Toyo yang terlibat?

Bukan sahaja GAPs,mana-mana NGO  yang membuat laporan berkaitan penyelewengan ataupun salah laku pemimpin pembangkang,SPRM seolah-olah menjadikan telinga mereka pekak badak tetapi tengok sahaja kes yang melibatkan Ketua Menteri Melaka,cukup bersungguh Shkri Abdull mengarahkan siasatan dibuka dan siap siaga dengan kenyataan akhbarnya sekali.

Adakah laporan GAPs ini akan jadi sia-saia?
Lihat juga isu membabitkan pembelian lembu yang membabitkan Khalid serta beberapa isu lain yang melibatkan pembangkang,SPRM seakan memandang sepintas lalu dan dilihat seperti tidak berminat  untuk menyiasat hingga ke akar umbi bagi mencari bukti dan dalam kes TALAM,lihat sahaja bagaimana SPRM bergerak seolah-olah gerakan mereka seperti kura-kura.Cukup lembab!

Cara Shukri Abdull mengendali Unit Opreasi SPRM dilihat terlalu pro kepada pembangkang dan sebagai bukti apabila ada laporan yang berkaitan dengan pemimpin UMNO,beliau mengarahkan pasukannya untuk terus menyiasat dan mendakwa mereka di mahkamah dan kalau kalah sekalipun ataupun kes tidak cukup kuat untuk didakwa,sekurang-kurangnya SPRM berjaya memalukan pemimpin terbabit.

Berbeza dengan pemimpin pembangkang yang dilihat seperti tidak ada kes kepada SPRM untuk disiasat dan sebab itulah pembangkang dilihat bermaharjalela di Selangor,Kedah,Kelantan dan Pulau Pinang dan adakah Shukri juga boleh dilabelkan sepertimana pendedahan sebelum ini bahawa ada `lanun-lanun’ yang bertopeng berada di dalam kerajaan bagi menjatuhkan ataupun menggulingkan kerajaan dari dalam dan adakah Shukri Abdull ini salah seorang darinya?

Nasib Khalid lebih baik dari Khir!
Andai Shukri ada kepentingan,beliau tidak layak berada di dalam Suruhanjaya  tersebut serta patut dilucutkan sebagai Ketua di Unit Operasi Dan Pendakwaan SPRM dan dipindahkan kepada bahagian-bahagian lain supaya SPRM dilihat betul-betul sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas,berintegriti dan bukan menjadi alat kepada mana-mana pihak serta tidak menggunakan kuasa yang diberikan untuk mengambil tindakan terpilih ataupun sewenang-wenangnya.

Dan kalau Shukri lebih berminat untuk menjadi orang politik,beliau boleh memilih untuk bersara awal dan mengambil tindakan seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain menyertai PAS bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional secara gentleman dan bukannya menjadi duri dalam daging ataupun gunting dalam lipatan.

Kita menghormati serta menyanjung tinggi kalau beliau memang bersungguh-sungguh untuk mengekang kegiatan rasuah dalam negara ini sepertimana amanah serta tanggungajawab yang diberikan oleh SPRM kepada beliau dan kumpulannya namun beliau harus jujur serta tidak memilih mangsa untuk menyiasat dan mengambil tindakan mendakwa di mahkamah.

Andai mereka menyiasat kes melibatkan pemimpin UMNO hingga ke akar umbi bagi mencari bukti dan saksi,prinsip yang sama juga harus digunakan untuk menyiasat kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin pembangkang dan apa yang sedang berlaku di Selangor hari ini akan menjadi penanda aras kepada hasil siasatan yang akan diumumkan (itupun kalau mahu diumumkan) dan juga menjadi penanda aras kepada Bahagian Operasi Dan Pendakwaan SPRM ini.

Kita tidak berniat untuk memperkecil ataupun memperlekehkan SPRM tetapi kita tidak mahu SPRM yang ditubuhkan itu menjadi tali barut kepada pembangkang dan dalam semua orang melihat kerakusan pemimpin pembangkang melakukan rasuah di Selangor, kita menunggu mata mana yang akan digunakan oleh SPRM bagi melihat apa yang orang ramai lihat itu.

27 comments:

Anonymous said...

Pokok permasalahan adalah big boss kementerian. Tahukan sape menterinya. cakap je berdegar tapi lembik mcm sotong. Elok dipetisejukkan aje/tak payah dicalunkan dlm PRU13 nanti

Servant of God said...

Aku setuju. Memang mamat nih patut disiasat laa.

Anonymous said...

dah agak da.....

ramai proksi pembangkang dlm kerajaan.....

Anonymous said...

Rakkan PM tak nampak poerkara ni. Ini perkara serius. Takkan semasa perlantikan jawatan PM dan KDN menterinya tak semak latarbelakang. Hisham patut letak jawatanlah , gagal meamstikan perlaksanaan SPRM dgn tulus dan ebrkesan. Kita dah perhatikan perkembangan SPRM ni sejak beebrapa tempoh masa ni. Memang betul apa yg ditulis disni. Kita naktengok berapa lama Hisham akan bertindak. PM PATUT SANGAT SERIUS DALAM HAL INI!

Anonymous said...

80% beb aku nak bgtau kakitangan kerajaan adalah penyokong PEMBANGKANG TEGAR.....

CUEPAC lu jgn buat pekak tuli la dlm soal ni...mintak mcm2 dgn kerajaan tp dlm pada masa sama lu org semua kianat kerajaan...

1 saranan aku untuk kerajaan bila setiap kali ingin mengambil pekerja menjadi kakitangan kerajaan elok lah diselidik dulu latar belakang...

dlm JPA pun banyak pegawai yang menyokong pembangkang sbb tu lah ramai kakitangan yang diambil dr anak2 pembangkang...

aku bukan buat tuduhan tp ni lah yang aku lihat selama ini....

kami yang bukan kakitangan kerajaan bermati-matian menyokong kerajaan tp kakitangan kerajaan sebaliknya menyokong pembangkang

WHAT THE HELL.........

DS HISHAMMUDIN TU PATUT DIBAKUL SAMPAHKAN JER PRU 13 NNT ......
MELAYU YANG TAK ADA GUNA WALAU 1SEN PUN

Anonymous said...

org sprm ni manusia ada syawat/nafsu dan keinginan tuntutan hidup ORG2 SPECIES SEBEGINI BERBAHAYA BERSELINDUNG DI IMEJ JABATAN SPRM - TAK SEMUA TAPI ADA - CEKUP DAN LINKUP GN INGAT KERJA DISPRM -HEBAT ..TULUS/MULUS MCM PARTAI PAS -RASA HEBAT BILA KOPIAH PUTIH DIKEPALA-
TANGKAP TAHAN DAN UNJUKAN GAMBAR RAKAMAN ORG MATI DIMANDI , DIKAPAN DI MASUK KE LUBANG KUBUR- KEMUDIAN DITASKIRAHKAN CERITA AZAB KUBUR
DAN SETERUSNYA DIJEL DAN BERSALAH GANTUNG HINGGA MAMPUS- CHINA RASUAH HUKUM MAMPOS TAMPA KOMPROMI
SELAMAT MENCOBAK

amnitpg said...

Sekali lihat semeangnya nampak jels Shukri dibayangi oleh pemain poltik pembangkang tetapi jika dilihat pula disebaliknya tindak beliau lebih menguntungkan pemimpin BN yang mewakili kerjaan sekarang. Ini kerana sejak 2008 terlau banyak isu rasuah yang dimainkan oleh pembangkang hinggakan kekdang kita sebagai rakyat termakan juga hasutan mereka. Malah didalam Parlimen kerajaan diserang atas alasan menggunakan SPRM sebagai benteng terakhir untuk mengelakkan terhukum atas penyelewangan yang dilakukan. Pembangkang seriang melontarkan tohmohan bawah SPRM adalah alat kerajaan . Berbalik kepasa sikap Shukri dalam hal ini.

Siapa kah paling beruntung ? salah satu keuntungan nya adalah kerajaan poimpinan DS Najib secara terang dapat mempertahankan bahwa kerajaan pimpinan beliau adalah sebuahy Kerajaan yang dibayangi Rasuah sepanjang masa juga menjelaskan kepada rakyat bahawa SPRM adalah bebas dan kerajaan tidak menggunakan SPRM sebagai alat untuk melindungi perasuh dalam kerajaan.

Kepada Shukri , tahniah walaupun tindakan yang dibuat nampak terlalu memihak kepada pembangkang.

Anonymous said...

Betul la tu. Dia anak jati Kg. Guar Kepayang. Kubu PAS totok. Kami kenal dlm & luar. Apa kreteria dipilih & dilantik pegang jwtn tu pun tak tau.
Merak buih Guar Kepayang, cakap orng putih tunggang langgang. Dapat pulak DATUK, jalan lagi mengengkang.

Anonymous said...

ini lah masalahnya bila 'harapkan sokong, sokong membawa rebah..'.
Banyak kelibat menatang yang macam ni dalam kerajaan. jadi, bila melantik tu carilah org yang betul2 boleh diharap, yg melindungin kerajaan dan bertanggung jawab mengikut beban tugas masing2 dan bukannya macam menatang sekor.

Anonymous said...

kerajaan PR akan mengambil k/tanganya hanya yg condong pd perjuanganya saja sementara kerajaan BN mengambil k/tanganya tanpa mengira apa fahaman politiknya. bila pentadbiran kerajaan telah dikuasai oleh mereka yg pro pembangkang kena terima hakikatnya seperti yg sering dinyatakan oleh pemimpin kerajaan dasar kita tidak mengira apa fahaman politik mereka.

hakikatnya selagi menteri amaran kekal dalam kabinet ianya tidak akan mengubah keadaan.

Anonymous said...

yang melantiknya pun menggung punya kaki, dptlah menatang macam ni..gunting dalam lipatan

Anonymous said...

PR bukan mcm BN. Bab songlap ni tak dpt pisahkan dari BN. Berebut jawatan semata2 nak cari jln mudah utk kaya. Semua org tau, semua rakyat tau selama ini pun, tp pakat2 diam. Akhir2 ni, org ramai dh yakin dan sedaryg benda2 mcm ni tak boleh dibiarkan. Rakyat dapat sikit, pemimpin dapat banyak..mana aci. Biar bersih sebersihnya, negeri pembangkang dh bagi contoh. Siap boleh bayar hutang negeri pd pusat. Tu petanda pemimpin pandai buat kerja, duit sebenarnya banyak, tp sblm ni pemimpin anggap duit mak bapa dia punya, so borors dan tiris marata-rata

Anonymous said...

Emosi nampak? Tidakkah penulis pernah terfikir perasaan penyokong pihak lagi satu tatkala menghadapi situasi lebih teruk bila ditindas pihak berkuasa, berdekad-dekad lamanya. Baru sikit si Syukri nampak macam tak favor korang, dah meraban. Chillex aaa...jgn la bagi argument dak skola... Jgn risau, Syukri tu wayang je...

Anonymous said...

Allah maha mengetahui samada kita bekerja dengan adil atau tak .... siap sedia untuk menerima balasan dari Allah sekiranya kita gagal menjalankan tanggungjawab kita......

Anonymous said...

Allah maha mengetahui samada kita bekerja dengan adil atau tak .... siap sedia untuk menerima balasan dari Allah sekiranya kita gagal menjalankan tanggungjawab kita......

Anonymous said...

PM patut cuci semua petualang kepada kerajaan BN....Nak sokong PR beri OPTION berhenti/atau dipecat.. Pagawai kerajaan semestinya menyokong kerajaan memerintah.. Banyak isu-isu rakyat marah kepada pegawai kerajaan dijabatan dan agensi sebab tidak melayan keperluan rakyat dan rakyat marahkan kerajaan BN...maka rakyat menyokong PR... Oleh MatBond

wasim46 said...

Agak agaknya pihak penbangkang bagi ke apa apa jawatan pada pro kerajaan macam kerajaan skrg bagi pada mereka? kerajaan mesti pastikan selepas ini jangan berulang lagi.inilah antara faktor kejatuhan kerajaan bn.hishamudin dan setara dengan beliau tak perlu lagi dlm kerajaan.sila berundur sebelum nasi menjadi bubur.

Anonymous said...

Bila Rakyat cakap kalau ikan bilis cepat sungguh sebab tak perlu keja keras bila ikan jerung lambat, lembek tp jika pemimpin BN laju meka jika geng Pakatan dan NGO siasat mcm kura kura.. apa beza SPRM dgn BPR.. Paklah hanya tukar Kulit.. Hasil masih kosong.. Biasa ikan jerung akhirnya terlepas jugak..yg ikan bils mampos lah kamu org.. Tak komen sakit hati, bila komen lagi sakit hati..Sebenar meka ini di pihak sebelah mana ni Itu ramai org dibawah dok cite...Lantak lah lu org.

Anonymous said...

Untuk memastikan kerajaan BN tidak tumbang akibat perbuatan dalam selimut Tok Najb dan Tan Sri Mahyuddin perlu melihat masalah musuh dalam selimut secara serius.Menteri KDN dan Jabatan Peguam Negara perlu dimantapkan kerana amat ternyata keuda-dua KDN dan JPN amat lemah dan lembab dalam semua hal terutamanya yang dikalangan pegawai kerajaan dan pesara-pesara kerajaan.Cuepacs sepatutnya amat maklum mengenai isu nagatif dan wajar menjalankan siasatan rapi untuk menghukum mereka yang menjadi gunting dalam lipatan bilangannya memang ramai dan isu ini amat menggugat kerajaan BN sekarang.PM dan TPM kena mengambil tindakan tegas dan segera

Anonymous said...

ni la satu cara nak jatuhkan lawan dalam parti sendiri. guna la si mamat ni. memang betul mamat ni wayang je. yang takut pada bayang-bayang sendiri adalah bos nya. tamat la riwayat bos nya nanti dalam pru 13. apa-apa pun, kumpul bukti siap-siap, nanti lepas pru, bole kita dakwa bos nya. simamat ni jangan kemana mana, sebab kamu akan jadi saksi penting nanti. orang-orang yang jenis lembik memang bahaya. yang pertama, mereka pandai menghasut dan membodek bos. yang kedua dan yang paling bahaya, orang jenis ni suka guna nama bos untuk buat keputusan yang menjahanamkan orang lain. bos tak tau pun. macam ni banyak juga kat GLC diglenmarie. lebih -lebih lagi bos yang jenis pompuan.

Anonymous said...

jangan harapkan cuepacs menasihati k/tangan serta pegawai awam agar berkhidmat dengan cemerlang,kerana tugan utama cuepacs ialah menuntut gaji yg lebih tinggi serta pelbagai imbuhan dari kerajaan walaupun perkhidamatan yg diberikan tidak setimpal dengan tuntutan.

kopiah tp Ular said...

selalu nya orang kerajaan yg tak sokong kerajaan adalah mereka yang bermasalah,tak displin dan tak produktif..cukup bulan tggu dpt gaji je tp suka mengULAR..memang bangsat org mcm ni.

Anonymous said...

wahai shukri abdul, kalu dah minat sangat @ sokong sangat pembangkang, baik letak jawatan. kau kenakan pegawai2 kerajaan, tapi dalam masa yg sama puak2 pembangkang yg penuh dgn rasuah, penyelewengan kau lepaskan. apa cerita ni?

Anonymous said...

Yg mengherankan bin mengajaibkan spesis mengular begini pangkat cepat naik dah bergaji besar mereka tidak jujur dengan tanggungjawab dan amanah diberikan. Letak jawatan lagi baik dari mengularkan jawatan dgn amanah. Spesis begini elok diberikan surat tunjuk sebab, nyahkan dari jabatan...

Anonymous said...

bangang betul korang ni. dah masa lantik dulu dia lebih layak drp geng2 totok bn nk buat macam mana. dlm borang spa tu xda sebut 'anda menyokong parti mana?' nasihatla budak2 bn kat u, ngajilah sungguh2 supaya result diorg boleh bersaing dgn result geng2 pro pmbangkang. ni asyik bjoli, main club, study hampeh

Anonymous said...

Baru sedar ker,,,kakitangan kerajaan meyolong pembankang dah menjadi barah...sukar diubati akibat proses kenailkan pangkat tidak melalui tapisan dan temuduga...

Anonymous said...

kalo diri tak bersalah, xpyh takut la nk kena siasat..

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers