Thursday, October 18, 2012
Rais dan Fuad perlu kenalpasti petualang! |
KEBANJIRAN penyokong-penyokong
pembangkang ataupun agen-agen asing dalam kerajaan maupun agensi-agensinya
bukan lagi menjadi rahsia umum malah ada yang secara terang-terangan,.secara
terbuka dan tidak segan silu lagi mendokong prinsip perjuangan pembangkang
walaupun mereka ini menerima gaji,elaun dan segala kemudahan yang disediakan
oleh kerajaan yang memerintah.
Mencari mereka dalam
pentadbiran kerajaan mungkin memakan masa yang agak lama kerana sikap mereka
yang seperti gunting dalam lipatan ataupun api dalam sekam tetapi kita agak terperanjat apabila agensi
seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang secara total menggerakkan agenda parti
pemerintah juga turt dihuni oleh kakitangan yang bersikap seperti talam dua
muka ini.
Kalau sebelum ini didedahkan
agensi-agensi lain seperti BTN dan jabatan kerajaan lain turut dihuni oleh
manusia-manusia yang bersifat talam dua muka ini kali ini JASA pula dibuktikan ada kakitangan mereka
yang telunjuk lurus tapi kelingking berkait dan cukup merbahaya kalau
kakitangan JASA ini terus kekal di jabatan sedia ada ataupun di dalam JASA itu
sendiri.
JASA di bawah kawalselia Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan serta dipimpin oleh Fuad Hassan.
Dalam usaha sebahagian besar
kakitangan JASA ini memacu untuk menarik sokongan tanpa berbelah bagi rakyat
kepada kerajaan sedia ada rupa-rupanya ada dari kalangan mereka yang
menggunakan media social terutama sekali Facebook untuk menyerang kerajaan dari
dalam dan menyokong parti pembangkang.
Kita hairan bagaimana
pengurusan JASA boleh terlepas pandang sebelum melantik mereka ini dan
ditempatkan di bahagian yang cukup strategic iaitiu Bahagian Kewangan dan
menggunakan kemudahan sedia ada mereka yang dimaksudkan menyatakan endirian
secara terbuka terutama sekali kepada arti PAS.
Cuba lihat pembangkang di
negeri-negeri yang mereka perintah,sebelum menerima kakitangan baru,mereka
menapis segala maklumat serta latar belakang sebelum menawarkan sebarang
jawatan yang dipohon tetapi jauh berbeza dengan kerajaan Barisa Nasional
termasuklah agensi-agensinya menerima sesiapa sahaja tanpa menyelidiki latar belakang adakah mereka itu
agen,penyokong pembangkang yang berpotensi menjahanamkan peracangan kerajaan
dari dalam.
Saya tidak bersedia untuk peringkat ini mendedahkan siapa di sebalik menggunakan nama samaran
di Facebook dengan nama Pencetus Idea tapi akan mendedahkan
secara terperinci maklumat beliau setelah melayari Facebooknya dan melihat
komen-komennya serta posting-postingnya termasuklah komen-komen beliau di Facebook kakitangan
JASA yang lain termasuklah Timbalan Ketua Pengarah JASA,Dato Abu Talib
Harun,jelaslah Pencetus Idea adalah peyambung lidah pembangkang yang
bertopengkan sebagai pegawai JASA.
JASA yang dibangunkan khusus untuk menjadi agensi
utama,menarik sokongan rakyat,mengumpul maklumat,menganjurkan program dan mengerakkan gerakan rakyat serta
menjadi mata telinga dan kekuatan jiwa raga untuk kerajaan dan juga Barisan
Nasional tidak boleh sesekali walau dalam sesaat pun mempunyai seorang yang
berjiwa pembelot seperti ini.
Siapa yang berani
mengesahkan bahawa Pencetus Idea ini tidak akan menyalurkan maklumat kepada
pihak lawan?Sedangkan yang berada di sekliling Perdana Menteri pun boleh
menjual maklumat apa sangat dengan pegawai yang Gred 41 ini dan kalau JASA
merasakan tindak tanduk pegawainya ini tidak mampu menggangu gugat operasi
mereka,dipersilakan untuk terus mengekalkannya namun menempatkan pegawai ini di
Bahagian Kewangan,banyak risikonya kalau tiba-tiba beliau mengambil keputusan
meletak jawatan.
JASA yang sedang dikhianati.. |
Kes Rafizi Ramli semasa
bertugas di Petronas harus menjadi rujukan kepada pengurusan tertinggi JASA.Lihat
bagaimana Rafizi menyerang Petronas walaupun beliau berbohong tetapi sebagai
orang yang pernah berada di dalam Petronas.beliau mampu menyakin rakyat dengan
putarbelitnya dan pegawai JASA yang dimaksudkan ini juga boleh menadi belati
tajam yang akan merobekkan agenda-agenda JASA.
Sesiapa yang ada akaun Facebook,cuba
layari muka buku Pencetus Idea ini dan lihatlah pendirian politiknya melalui
tulisan ataupun komen-komennya dan adakah tepat pemilihan beliau untuk berada
di dalam JASA?
Kita bersimpati dengan
kesungguhan kakitangan JASA yang lain yang menumpahkan taat setia kepada
pemerintahan tetapi dalam masa yang sama ada rakan mereka yang menikam dari
belakang.
Kita terima setiap orang
boleh berbeza fahaman politik tetapi JASA adalah agensi kerajaan yang
difahamkan setiap kakitangannya wajib menandatangani akujanji sebelum menerima
jawatan di JASA dan tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa JASA yang
juga turut dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas adalah antara badan yang
paling efisen membantu kerajaan serta Barisan Nasional untuk mengekalkan
pemerintahan.
Saya berhenti setakat ini dulu untuk melihat respon dari
pihak JASA..
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
19 comments:
mmg patut dibuang.. skrg ni tgh dlm perbincangan peringkat HQ tentang perkara ni.. sepatutnya dari awal lg pihak atasan godam abis2 dulu sblm diserap ke JASA... JASA adalah agensi utk membantu kerajaan menerangkan pasal dasar2 kerajaan. nampaknya pembangkang dah menjalar2 dlm jabatan dan agensi kerajaan sbb dh rasa depa akan menang ke? tlg la buang org2 mcm ni.. yg busuk nama org2 lain yg ikhlas buat keja bantu kerajaan... org mcm ni hanya pandang duit dan kepentingan peribadi je
manusia mcm nie x layak simpan oleh jasa..ini nama nyer pengkhianat negara...dngn adanyer orng2 mcm nie la yg akan membuat rakyat tidak pecaya kepada dasar kerajaan kerana orng2 mcm nie akan memburuk2 kan imej kerajaan .....dan dlm masa yg sama ia memburukan imej jasa sendiri.....
Apa nak heran... menteri yg pegang JASA nie pun bukannya betul sgt...
Sy tak nak amik org lain sbgai contoh... SAYA adalah mangsa RY atau nama glamournya DSURY.... Saya undur diri dari salah sbuah jabatan dlmnya kerana DSURY.... sy dituduh tak sokong UMNO kerana sbb2 yg sy tak buat, siang malam sy bekerja bantu kerajaan, malah kalau ditoreh darah sy barangkali BN yg tertulis, sy berjuang habis2an bantu kerajaan... Tapi malangnya DSURY dgr kata2 dari puak2 tertentu yg takut sy pantau tugas mereka... sbb diorg nie ada kabel yg kuat sehingga ke KSU dan DSURY... Nak diceritakan terlampau panjang,,, tapi inilah akibatnya, kalau pemimpin kita buta,,, yg benar2 menyokong dikatakan tak membantu, namunyg duk mengular, cari makan itu yg terus kekal malah naik pangkat...
Tak kisahlah mungkin dh tertulis rezeki sy begitu.. Tp kalau saudara ada talian hayat dgn DSURY yg mulia dimata KSU dan pengampu2nya... sylah manusia yg terbuang kesan drp sikap tanpa usul periksa mereka....
Tp apa2pn sy ttp sayangkan kerajaan ini,,, tp bukan pemimpin2 yg tak pernah berubah....
TQVM NSK.
Jika benar saya pasti organisasi ini akan menangani dengan bijaksana... tak erlu untuk mana2 kakitangan JASA menjawab isu ini sebab bimbang isu ini boleh meruntuhkan nama baik JASA... pastinya kebenaran terserlah jua...
macamana blh trlepas..
JASA semakin tenat. Siapa yang kuburkan program Taqarrub?... sendiri mau ingat.
bikin malu jabatan org2 mcm ni...mohon siasatan d buat..
Mengapa Pencetus Idea deletae atau deactivekan facebooknya?Adakah ini cubaan utk menghapuskan bukti bahawa beliau mmg pengkhianat yang dimaksudkan?
Saya cukup maklumat dan sekiranya JASA tidak bertindak..saya akan dedahkan siapa nama sebenar yg berselindung di sebalik nama samaran Pencetus Idea ini..
Kalau benar beliau berada di pihak yg benar.kononnya utk psywar atau sebagainya..da harus berani utk menjawab persoalan yg timbul..
Dedah Sekarang.Selamatkn Malaysia!
Salam Mohon dilinkkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terima kasih.
tempat aku pun berlambak...apa nak heran
byk juga penyokong anwar (bn la jugak)
so.macam nak.marah ...mereka.sokong anwar dulu...
lepas tu madey sepak dia..
anwar pun satu hal...org dah tolong kasi cepat naik..
nak kasi pancung pulak org yg kasi tolong tu...
so sapa yg salah??
ala...yang dok dalam barisan panel pemikir tu...apa yang mereka fikir selama ini pun? fikir macamana nak songlap duit masuk ke poket sendiri? dah bersara tu buatlah cara bersara...nak pegang jawatan sampai mati? kalau menyumbang tu ok lah jugak ini sekadar menempel muka nak ampu menteri? ikut kajian sains jarang otak tua ni mampu se aktif otak muda...jadi apa lagi yagn diharap dari koleksi pesara-pesara gayut ni? lepas tu salahkan JASA nila tak perform...apa JASA ni diwujudkan untuk beri kerja pada pesara-pesara kah?
-PENSEL BB
Salam
Pengkritik tidak semestinya duri dlm daging. Tuduhan tuan boleh menimbulkan salah faham antara pegawai2 JASA. gov Officer ada kod etika sendiri. Dan penampilan pegawai juga adalah atas arahan dan dalam pengetahuan JASA. Orang luar bolrh meneka, tetapi jangan menuduh yang bukan2. Menampakkan sedikit kebodohan dan kejahilan berkenaan pelantikan, penempatan dan peranan pegawai awam..
Sebelum ni depa taruh nama Lini Azmi dah bagitau HQ tapi takdak tindakan pun. Seronoklah depa takdak sapa berani bertindak..kan
Patut ada pasukan risikan dalaman yang sentiasa mengawasi sesiapa saja dalam JASA dan mengenalpasti pembelot / pengkhianat sebelum disabotaj usaha2 murni JASA dan Kerajaan kini. Cantas mereka dengan cepat dan basmikan daripada JASA. Gunting dalam lipatan sangat bahaya !
pembangkang mmg tak blh di percayai lsg
Membuat keputusan tanpa usul periksa. Ingatlah ayat alquran : apabila dtg seorg fasik membawa berita, siasat dulu supaya tdk menyesal nanti.
DATUK NAJIB TERLALU BAIK SANGKA WALAU PUN MEREKA MERUPAKAN MUSUH DALAM SELIMUT, TETAPI DATUK NAJIB MASEH MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA. INI MENUNJUKKAN SIFAT PEMIMPIN YANG TULUS, IKHLAS, TANPA SANGKA BURUK PADA ORANG LAIN. JADI SEPATUTNYA RASA KEINSAFAN DIKALANGAN MEREKA YANG MENJADI GUNTING INI PATUTLAH LEBIH BERMORAL DAN BERINTEGRETI. TETAPI DATUK NAJIB PERLU JUGA BERHATI-HATI SEHINGGA IANYA AKAN MENJEJASKAN KEDUDUKAN KITA, PATUT TINDAKAN PANTAS DAN TINDAKAN BERJAGA-JAGA PERLU DILAKSANAKAN.