Thursday, October 18, 2012

Rais dan Fuad perlu kenalpasti petualang!

KEBANJIRAN penyokong-penyokong pembangkang ataupun agen-agen asing dalam kerajaan maupun agensi-agensinya bukan lagi menjadi rahsia umum malah ada yang secara terang-terangan,.secara terbuka dan tidak segan silu lagi mendokong prinsip perjuangan pembangkang walaupun mereka ini menerima gaji,elaun dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan yang memerintah.

Mencari mereka dalam pentadbiran kerajaan mungkin memakan masa yang agak lama kerana sikap mereka yang seperti gunting dalam lipatan ataupun api dalam sekam tetapi  kita agak terperanjat apabila agensi seperti   Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)  yang secara total menggerakkan agenda parti pemerintah juga turt dihuni oleh kakitangan yang bersikap seperti talam dua muka ini.

Kalau sebelum ini didedahkan agensi-agensi lain seperti BTN dan jabatan kerajaan lain turut dihuni oleh manusia-manusia yang bersifat talam dua muka ini kali ini  JASA pula dibuktikan ada kakitangan mereka yang telunjuk lurus tapi kelingking berkait dan cukup merbahaya kalau kakitangan JASA ini terus kekal di jabatan sedia ada ataupun di dalam JASA itu sendiri.

JASA di bawah kawalselia Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan serta dipimpin oleh Fuad Hassan.
Dalam usaha sebahagian besar kakitangan JASA ini memacu untuk menarik sokongan tanpa berbelah bagi rakyat kepada kerajaan sedia ada rupa-rupanya ada dari kalangan mereka yang menggunakan media social terutama sekali Facebook untuk menyerang kerajaan dari dalam dan menyokong parti pembangkang.

Kita hairan bagaimana pengurusan JASA boleh terlepas pandang sebelum melantik mereka ini dan ditempatkan di bahagian yang cukup strategic iaitiu Bahagian Kewangan dan menggunakan kemudahan sedia ada mereka yang dimaksudkan menyatakan endirian secara terbuka terutama sekali kepada arti PAS.

Cuba lihat pembangkang di negeri-negeri yang mereka perintah,sebelum menerima kakitangan baru,mereka menapis segala maklumat serta latar belakang sebelum menawarkan sebarang jawatan yang dipohon tetapi jauh berbeza dengan kerajaan Barisa Nasional termasuklah agensi-agensinya menerima sesiapa sahaja tanpa menyelidiki  latar belakang adakah mereka itu agen,penyokong pembangkang yang berpotensi menjahanamkan peracangan kerajaan dari dalam.

Saya tidak bersedia  untuk peringkat ini  mendedahkan siapa di sebalik menggunakan nama samaran di Facebook dengan nama  Pencetus Idea tapi akan mendedahkan secara terperinci maklumat beliau setelah melayari Facebooknya dan melihat komen-komennya serta posting-postingnya termasuklah  komen-komen beliau di Facebook kakitangan JASA yang lain termasuklah Timbalan Ketua Pengarah JASA,Dato Abu Talib Harun,jelaslah Pencetus Idea adalah peyambung lidah pembangkang yang bertopengkan sebagai pegawai JASA.

JASA yang  dibangunkan khusus untuk menjadi agensi utama,menarik sokongan rakyat,mengumpul maklumat,menganjurkan  program dan mengerakkan gerakan rakyat serta menjadi mata telinga dan kekuatan jiwa raga untuk kerajaan dan juga Barisan Nasional tidak boleh sesekali walau dalam sesaat pun mempunyai seorang yang berjiwa pembelot seperti ini.

Siapa yang berani mengesahkan bahawa Pencetus Idea ini tidak akan menyalurkan maklumat kepada pihak lawan?Sedangkan yang berada di sekliling Perdana Menteri pun boleh menjual maklumat apa sangat dengan pegawai yang Gred 41 ini dan kalau JASA merasakan tindak tanduk pegawainya ini tidak mampu menggangu gugat operasi mereka,dipersilakan untuk terus mengekalkannya namun menempatkan pegawai ini di Bahagian Kewangan,banyak risikonya kalau tiba-tiba beliau mengambil keputusan meletak jawatan. 

JASA yang sedang dikhianati..
Kes Rafizi Ramli semasa bertugas di Petronas harus menjadi rujukan kepada pengurusan tertinggi JASA.Lihat bagaimana Rafizi menyerang Petronas walaupun beliau berbohong tetapi sebagai orang yang pernah berada di dalam Petronas.beliau mampu menyakin rakyat dengan putarbelitnya dan pegawai JASA yang dimaksudkan ini juga boleh menadi belati tajam yang akan merobekkan agenda-agenda JASA.

Sesiapa yang ada akaun Facebook,cuba layari muka buku Pencetus Idea ini dan lihatlah pendirian politiknya melalui tulisan ataupun komen-komennya dan adakah tepat pemilihan beliau untuk berada di dalam JASA?

Kita bersimpati dengan kesungguhan kakitangan JASA yang lain yang menumpahkan taat setia kepada pemerintahan tetapi dalam masa yang sama ada rakan mereka yang menikam dari belakang.

Kita terima setiap orang boleh berbeza fahaman politik tetapi JASA adalah agensi kerajaan yang difahamkan setiap kakitangannya wajib menandatangani akujanji sebelum menerima jawatan di JASA dan tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa JASA yang juga turut dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas adalah antara badan yang paling efisen membantu kerajaan serta Barisan Nasional untuk mengekalkan pemerintahan.

Saya berhenti setakat ini dulu untuk melihat respon dari pihak JASA..

19 comments:

Norazniza Abdul Karim said...

mmg patut dibuang.. skrg ni tgh dlm perbincangan peringkat HQ tentang perkara ni.. sepatutnya dari awal lg pihak atasan godam abis2 dulu sblm diserap ke JASA... JASA adalah agensi utk membantu kerajaan menerangkan pasal dasar2 kerajaan. nampaknya pembangkang dah menjalar2 dlm jabatan dan agensi kerajaan sbb dh rasa depa akan menang ke? tlg la buang org2 mcm ni.. yg busuk nama org2 lain yg ikhlas buat keja bantu kerajaan... org mcm ni hanya pandang duit dan kepentingan peribadi je

Unknown said...

manusia mcm nie x layak simpan oleh jasa..ini nama nyer pengkhianat negara...dngn adanyer orng2 mcm nie la yg akan membuat rakyat tidak pecaya kepada dasar kerajaan kerana orng2 mcm nie akan memburuk2 kan imej kerajaan .....dan dlm masa yg sama ia memburukan imej jasa sendiri.....

NSK said...

Apa nak heran... menteri yg pegang JASA nie pun bukannya betul sgt...
Sy tak nak amik org lain sbgai contoh... SAYA adalah mangsa RY atau nama glamournya DSURY.... Saya undur diri dari salah sbuah jabatan dlmnya kerana DSURY.... sy dituduh tak sokong UMNO kerana sbb2 yg sy tak buat, siang malam sy bekerja bantu kerajaan, malah kalau ditoreh darah sy barangkali BN yg tertulis, sy berjuang habis2an bantu kerajaan... Tapi malangnya DSURY dgr kata2 dari puak2 tertentu yg takut sy pantau tugas mereka... sbb diorg nie ada kabel yg kuat sehingga ke KSU dan DSURY... Nak diceritakan terlampau panjang,,, tapi inilah akibatnya, kalau pemimpin kita buta,,, yg benar2 menyokong dikatakan tak membantu, namunyg duk mengular, cari makan itu yg terus kekal malah naik pangkat...
Tak kisahlah mungkin dh tertulis rezeki sy begitu.. Tp kalau saudara ada talian hayat dgn DSURY yg mulia dimata KSU dan pengampu2nya... sylah manusia yg terbuang kesan drp sikap tanpa usul periksa mereka....
Tp apa2pn sy ttp sayangkan kerajaan ini,,, tp bukan pemimpin2 yg tak pernah berubah....
TQVM NSK.

Unknown said...

Jika benar saya pasti organisasi ini akan menangani dengan bijaksana... tak erlu untuk mana2 kakitangan JASA menjawab isu ini sebab bimbang isu ini boleh meruntuhkan nama baik JASA... pastinya kebenaran terserlah jua...

Bicara Kelantan said...

macamana blh trlepas..

Amin said...

JASA semakin tenat. Siapa yang kuburkan program Taqarrub?... sendiri mau ingat.

Anonymous said...

bikin malu jabatan org2 mcm ni...mohon siasatan d buat..

Sanggah Tok Janggut said...

Mengapa Pencetus Idea deletae atau deactivekan facebooknya?Adakah ini cubaan utk menghapuskan bukti bahawa beliau mmg pengkhianat yang dimaksudkan?

Saya cukup maklumat dan sekiranya JASA tidak bertindak..saya akan dedahkan siapa nama sebenar yg berselindung di sebalik nama samaran Pencetus Idea ini..

Sanggah Tok Janggut said...

Kalau benar beliau berada di pihak yg benar.kononnya utk psywar atau sebagainya..da harus berani utk menjawab persoalan yg timbul..

Anonymous said...

Dedah Sekarang.Selamatkn Malaysia!

MMI said...

Salam Mohon dilinkkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terima kasih.

Anonymous said...

tempat aku pun berlambak...apa nak heran

byk juga penyokong anwar (bn la jugak)

so.macam nak.marah ...mereka.sokong anwar dulu...

lepas tu madey sepak dia..

anwar pun satu hal...org dah tolong kasi cepat naik..

nak kasi pancung pulak org yg kasi tolong tu...

so sapa yg salah??

Anonymous said...

ala...yang dok dalam barisan panel pemikir tu...apa yang mereka fikir selama ini pun? fikir macamana nak songlap duit masuk ke poket sendiri? dah bersara tu buatlah cara bersara...nak pegang jawatan sampai mati? kalau menyumbang tu ok lah jugak ini sekadar menempel muka nak ampu menteri? ikut kajian sains jarang otak tua ni mampu se aktif otak muda...jadi apa lagi yagn diharap dari koleksi pesara-pesara gayut ni? lepas tu salahkan JASA nila tak perform...apa JASA ni diwujudkan untuk beri kerja pada pesara-pesara kah?

-PENSEL BB

Anonymous said...

Salam
Pengkritik tidak semestinya duri dlm daging. Tuduhan tuan boleh menimbulkan salah faham antara pegawai2 JASA. gov Officer ada kod etika sendiri. Dan penampilan pegawai juga adalah atas arahan dan dalam pengetahuan JASA. Orang luar bolrh meneka, tetapi jangan menuduh yang bukan2. Menampakkan sedikit kebodohan dan kejahilan berkenaan pelantikan, penempatan dan peranan pegawai awam..

Anonymous said...

Sebelum ni depa taruh nama Lini Azmi dah bagitau HQ tapi takdak tindakan pun. Seronoklah depa takdak sapa berani bertindak..kan

Anonymous said...

Patut ada pasukan risikan dalaman yang sentiasa mengawasi sesiapa saja dalam JASA dan mengenalpasti pembelot / pengkhianat sebelum disabotaj usaha2 murni JASA dan Kerajaan kini. Cantas mereka dengan cepat dan basmikan daripada JASA. Gunting dalam lipatan sangat bahaya !

Unknown said...

pembangkang mmg tak blh di percayai lsg

damai said...

Membuat keputusan tanpa usul periksa. Ingatlah ayat alquran : apabila dtg seorg fasik membawa berita, siasat dulu supaya tdk menyesal nanti.

Anonymous said...

DATUK NAJIB TERLALU BAIK SANGKA WALAU PUN MEREKA MERUPAKAN MUSUH DALAM SELIMUT, TETAPI DATUK NAJIB MASEH MEMBERI PELUANG KEPADA MEREKA. INI MENUNJUKKAN SIFAT PEMIMPIN YANG TULUS, IKHLAS, TANPA SANGKA BURUK PADA ORANG LAIN. JADI SEPATUTNYA RASA KEINSAFAN DIKALANGAN MEREKA YANG MENJADI GUNTING INI PATUTLAH LEBIH BERMORAL DAN BERINTEGRETI. TETAPI DATUK NAJIB PERLU JUGA BERHATI-HATI SEHINGGA IANYA AKAN MENJEJASKAN KEDUDUKAN KITA, PATUT TINDAKAN PANTAS DAN TINDAKAN BERJAGA-JAGA PERLU DILAKSANAKAN.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers