Saturday, October 6, 2012
Ali seperti dihina oleh SPRM!
SEKALUNG tahniah dan puji-pujian harus kita berikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang begitu pantas mengambil tindakan menyiasat majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka,Ali Rustam baru-baru ini yang tersenarai dalam Guniess Book Of Record kerna berjaya mengumpulkan kehadiran tetamu lebih daripada 130,000 orang.

Siasatan SPRM itu dibuat setelah Ketua Pemuda KeADILan,Shamsul Iskandar Akin membuat laporan kerana mendakwa kononnya ada unsur-unsur rasuah serta penyelewengan di sebalik majlis perkahwinan tersebut dan tidak sampai 24 jam,SPRM terus bertindak dan memanggil beberapa orang untuk dirakamkan kenyataan.Hebat SPRM!Cukup efisen..!

Tapi malangnya SPRM tidak pula bertindak sepantas begini untuk menyiasat bila melibatkan kepimpinan pembangkang malah ada kalanya dilihat seperti sengaja melengah-lengahkan siasatannya dan berdolak dalik dengan seribu satu macam kenyataan serta alasan,

Lihat sahaja kes-kes penyelewengan yang berlaku di Selangor seperti isu Talam,isu pembelian bas oleh Khalid Ibrahim,isu pembelian lori sampah dan berbagai-bagai lagi dakwaan penyelwengan serta rasuah berlaku dalam kerajaan negeri Selangor,di mana peranan SPRM?

Seperti ada `double standard' antara siasatan bekas menteri Besar Selangor,Khir Toyo dengan Khalid Ibrahim,seperti mahu cepat memenjarakan MP Sabak Bernam bila mana SPRM bersungguh-sungguh menyelesaikan siasatan bagi menghukum kedua-dua pemimpin dari Selangor ini.

Majlis yang dikontraversikan oleh pembangkang!
Tidak termasuk lagi apa yang berlaku di Kelantan serta negeri-negeri lain yang dikuasai pembangkang,SPRM tidaklah seefisen seperti mengambil keputusan menyiasat majlis perkahwinan anak Ali Rustam ini?Atau sebahagian besar anggota SRM menjadi perkakas ataupun tali barut kepada pimpinan pembangkang?

Apakah ada juga dari kalangan mereka seperti yang didakwa oleh JMM menerima rasuah daripada George Soros untuk berada di dalam kerajaan ataupun Suruhanjaya bagi menikam serta mempercepatkan runtuhnya kerajaan Barisan Nasional?

Kadang-kadang kita seperti mahu meludah dengan melihat kejijikan proses tindakan SPRM ini terhadap tuduhan ataupun dakwaan yang melibatkan pembangkang dan adakah kerana mereka dilindungi oleh kuasa diRaja,mereka bebas untuk menyiasat sesiapa sahaja yang mereka benci?

Paling malang sekali bila mereka mendakwa pimpinan pembangkang,mereka sentiasa kalah tetapi melibatkan kepimpinan kerajaan,mereka sentiasa menang dan kalau kalah sekalipun mereka menggunakan usaha untuk merayu keputusan penghakiman tersebut dan dilihat berusaha untuk mencari jalan bagi mensabitkan juga kesalahan terhadap kepimpinan kerajaan ataupun penyokong-penyokong kerajaan.

Adakah SPRM ini sentiasa melihat pembangkang ini sebagai orang yang suci bersih dan kerajaan ataupun pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional itu buruk laku dengan penuh rasuah serta penyelewengan hingga menunggu masa yang begitu lama ataupun membiarkan sahaja pesalah daripada pembangkang lepas bebas?

Atau SPRM ini menjadi bacul hingga takut kepada laporan-laporan yang dibuat oleh pembangkang dan terpaksa menyiasat walaupun melibatkan majlis perkahwinan termasuklah pernah mereka dikatakan mahu menyiasat majlis pertunangan anak Perdana Menteri satu ketika dulu?

Tak sampai 24 jam laporan mamat ini disiasat!
Adakah SPRM mahu menafikan pendapatan yang diperolehi oleh Ketua Menteri Melaka itu yang berpenggal-pengal menjadi Ketua Menteri dan pernah menjadi Menteri kabinet dan adakah salah Ali Rustam menggunakan pendapatannya untuk majlis perkahwinan anaknya? Adakah mereka ini menganggap Ali Rustam itu sengkek dan tidak mampu berbelanja untuk majlis kahwin anaknya?

Atau adakah SPRM menjadi fobia apabila melibatkan perbelanjaan pemimpin-pemimpn kerajaan maka di dalamnya terus disyaki ada unsur-unsur rasuah serta penyelewengan dan  inikah yang menjadi penanda aras kepada siasatan mereka hingga begitu terburu-buru menyiasat pemimpin-pemimpin kerajaan?

Kita bukan mahu mengkacau ganggu siasatan SPRM tetapi kita mahu keadilan dan kesamarataan dalam sistem siasatan.Sebagaimana mereka begitu pantas bertindak menyiasat pemimpin kerajaan,kita juga mahu mereka bertindak sepantas itu juga menyiasat serta mendakwa pemimpin-pemimpin pembangkang.

Banyak lagi isu negara yang lebih besar perlu campurtangan SPRM dan tindakan SPRM menyiasat Ali Rustam ini seperti berniat jahat dan  mahu memalukan beliau dan paling membimbangkan kita apabila ada dakwaan yang mendedahkan bahawa sebahagian besar kakitangan SPRM ini lebih condong menyokong gerakan pembangkang daripada membawa aspirasi SPRM sebagai sebuah suruhanjaya bebas serta berintergeriti.







16 comments:

Anonymous said...

SPRM...jangan sok nnt ramai yg memanggil anda ...Sendiri Pon Rasuah Maaaaaaaaa......

Anonymous said...

Memang aneh tahap Gaban. Anwar pakai jet persendirian ulang alik Siam Singapork, SPRM tak nak ambil tahu pun?! Khalid MB Selangor dapat bas free hasil komisen beli lori sampah seken hand pun, SPRM buat buto pokak yo!!

Kes curi pasir Selangor baru2 ni apo cerito? Sonyap yo? Udah solosai ko?

Anonymous said...

MEMANG tahap gaban meroyan betul la SPRM ni...
begitu banyak isu bertahap nasional tidak di siasat jemputan orangramai yg hadir ke Majlis kahwin yg lebih di pentingkan.....

Anonymous said...

Kenapa tak siasat ramai pemimpin pembangkang yang hidup mewah? Kenapa tak bising SUARAM terima dana dari Soros?. AMK Shamsul ada sifat dengki dan iri hati sesama Islam. Pelik betul majlis perkahwinan pun nak sibuk. Makin meluat orang Melaka kepada pembangkang yang hanya tahu cari salah orang.

Anonymous said...

Cakap kat sini tak jadi ape nye .... elok buat laporan polis pasal SPRM ini ... biar polis pulak siasat SPRM ... kalau polis pun tak jadi report aje kat bomba minta bomba bomb kan SPRM tu ...he he

anoymous said...

Saya pun rasa hairan juga,kebelakangan ini kalau kesalahan disyakki di pihak kerajaan begitu pantas sekali mereka melakukan siasatan karana kalau nak diikutkan banyak sekali diperkatakan pelbagai kesalahan di pihak pembanghkang tetapi tidak ada pun apa-apa tindakkan...hairan juga ya...?? Kalau ada pendakwaan selalu saya kalah...

Anonymous said...

sprm ni dah jadi talibarut pihak pembangkang. kalau pembangkang buat laporan ke atas kakitangan kerajaan, bukan main cepat lagi buka fail siasatan, tapi kalau pembangkang tu rasuah sana sini, seleweng sana sini, sprm buat apa? dok buat taik ajer. dimana adilnya sprm?

Dot said...

Tuan,

izinkan laluan....

kalau pemimpin2 kerajaan buat, cepat sgt tindakan sprm nih! telus sungguh! walau bagaimana pun...

SPRM,

Tolong siasat mana perginya:

duit tabung memali?
duit kohilal?
projek jambatan palekbang?
projek pengkalan darat kkrai?
projek koridor depu?
projek kambing jamnaparee?
projek stadium pputih?
projek hub2 pertanian?
wang kutipan utk lebuhraya rakyat?

yg paling jijik

kutipan dlm setiap kali ceramah politik yg dibuat oleh puak2 pas yg CARI MAKAN CARA MUDAH ni!!

MANA SEMUA PENYATA DUIT MASUK KELUAR?

jawabla depan Allah nnt!!

(dap ambo takmo sentuh sbb sah2 dah ni puak kafir harbi yg tak kisah halal/haram!!)

Anonymous said...

sprm dah gila tahap gaban dah. gila yg tak boleh diubati lagi. eloklah ketua2 sprm letak jawatan kerana takut jalankan tugas!

Anonymous said...

kalu aku jadi ali rustam, aku dah saman sprm ni kerana menjatuhkan air muka dgn tindakan menyiasat tak tentu pasal! buat laporan polis ke atas sprm!

Anonymous said...

SPRM in ketua dia cakap lain orang kat bawah buat lain ......Sungguh malang bagi SPRM jika bertindak memileh bulu .......Memang tidak dapat disangkal lagi jika dilihat semenjak dua menjak ini dapat dilihat dengan jelas ketidak adilan didalam menjalankan ssesatu siasatan terhadap sesatu aduan uang dibuat.Memang nampak sangat jelas SPRM takut dan gentar untuk menghampiri atau membuat siasatan jika pihak PR yang terlibat .Kenapa ini berlaku .......adakah kerana pihak PR mempunyai barisan peguam bela yang sangat handal?ataupun SPRM sediri adalah Talibarut PR?Kita sama SAMALAH LIHAT?jIKA IANYA BENAR SEWPERTI YANG DIKATANKAN TADI INI SUDAH MENJADI TUGAS DAN TANGUNGJAWAB RAYAAT UNTUK BERTINDAK TERHADAP SPRM PULA .anggota SPRM mesti ditukar ke jabatan lain dan penjawat awam dari jabatan lain dilantik untuk menjalankan tugas tersebut .......

Anonymous said...

Tolong siasat dan pamerkan nama-2 pegawai dan ketua penyiasat sprm yang begitu effisien menyiasat Rustam. kita nak tahu siapa? siapa bagi arahan.

Anonymous said...

Kepada yang komen SPRM lelebih nih.. Kepada yang gila taksub mana-mana parti politik BN atau PR .. SPRM jalankan tugas menyiasat mencari kebanaran dan keadilan.. Ada tuduhan kepada KM Melaka, siasatan dijalankan..Rasanya SPRM dah kuar statement kata tak ada masalah tentang majlis itu.. Yang pengomen meroyan dok kutuk SPRM nih buat pelik nih .. Bila siasat puak UMNO kata SPRM berat pembangkang, bila siasat Pakatan rakyat, puak sana kata SPRM alat pembangkang .. pelik .. Apapun tahniah SPRM, siasat jer dua-dua pihak..cari kebenaran dan keadilan untuk rakyat dan negara..bukan pendukung kepada pengampu/penjilat mana-mana parti.. Tak ada sapa yang kebal dari undang-undang..Allah jua yang mengetahui segalanya..

Anonymous said...

aku di bogelkan di pukul dan di maki oleh sprm, alat sulit ku di permainkan. report polis sprm terus ubah bilik pendakwaan jadi bilik menunggu. apabila aku membaca orang dibunuh sprm aku memang percaya ia adalah angkara sprm. aku minta kerajaan buat satu suruhanjaya khas yang ada kuasa siasatan yang lebih kuat dari sprm untuk pantau tindakan sprm. kalau yang mengadu kesalahan sprm akan dirahsiahkan (Weisel blower. kedua apbila sprm ambil keterangan hendaklah ada peguam atau muahram bersama jadi kes cabul takkan berlaku. ketiga sprm boleh disaman tanpa inkues ini hak manusia. dan aku tau banyak kesalahan sprm termasuk bersubahat dgn kontraktor. mana aku nak adu kalau kes bogel dan pukul aku tak dapat nak sabitkan?

Anonymous said...

aku di bogelkan di pukul dan di maki oleh sprm, alat sulit ku di permainkan. report polis sprm terus ubah bilik pendakwaan jadi bilik menunggu. apabila aku membaca orang dibunuh sprm aku memang percaya ia adalah angkara sprm. aku minta kerajaan buat satu suruhanjaya khas yang ada kuasa siasatan yang lebih kuat dari sprm untuk pantau tindakan sprm. kalau yang mengadu kesalahan sprm akan dirahsiahkan (Weisel blower. kedua apbila sprm ambil keterangan hendaklah ada peguam atau muahram bersama jadi kes cabul takkan berlaku. ketiga sprm boleh disaman tanpa inkues ini hak manusia. dan aku tau banyak kesalahan sprm termasuk bersubahat dgn kontraktor. mana aku nak adu kalau kes bogel dan pukul aku tak dapat nak sabitkan?

Anonymous said...

Tunggu la. Kalau pembangkang naik, sprm akan bungkus.
Kau ingat, siasat orang BN boleh bikin pembangkang puji sama lu. Jangan harap la.
Silap haribulan si SELCAT Chang kim akan ganti sprm.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers