Monday, October 8, 2012
Ali perlu tubuh JK Siasatan..
PENDEDAHAN ada pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi talibarut George Soros tidak boleh dipandang ringan oleh Ali Hamsa,Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan jangan dianggap itu sekadar khabar angin ataupun gosip semata-mata malah Ali perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk menyiasat dakwaan yang telah dilemparkan bagi membersihkan nama-nama pegawai yang dikaitkan.

Kita percaya tuduhan ini bukan disasarkan kepada pegawai-pegawai bawahan malah pasti ianya disasarkan kepada Ketua-Ketua Setiausaha (KSU),Timbalan-Timbalan KSU, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan dalangnya pasti adalah orang yang boleh memberikan arahan yang akan diakur tanpa bantah oleh pegawai-pegawai bawahan.

Sekian lama sebelum ini pun sudah ada pihak yang meragui kesetiaan dan kebertanggungjawaban pegawai-pegawai terhadap kepimpinan PM Najib dan ada beberapa bukti yang menjuruskan bahawa sebahagian daripada mereka ini adalah talibarut asing,yang mengambil upah menjual rahsia negara,yang kaya dengan hasil menjual maklumat dalaman untuk diberikan kepada pembangkang.

Terdedahnya maklumat-maklumat yang diklasfikasikan sebagai Sulit dan berada ditangan pihak pembangkang membuktikan lagi bahawa terlalu ramai gunting dalam lipatan serta duri dalam daging di bawah kepimpinan PM Najib ini malah sehingga ke hari ini masih ada pegawai-pegawai ataupun ketua-Ketua Jabatan yang begitu taksub terhadap Anwar Ibrahim,mereka inilah yang dikatakan menjadi agen pembangkang dalam kerajaan.

Isu melibatkan Soros bukan satu perkara kecil,bukan soal main-main kerana ini melibatkan kedaulatan negara dan kalau benar mereka ini terlibat untuk menjual negara ini,mereka bukan sahaja perlu dihukum buang kerja tetapi mereka ini perlu diberikan hukuman mati kerana di negara ini tidak ada tempat untuk pengkhianat serta penderhaka seperti ini.

Pegawai-pegawai kerajaan adalah nadi pemerintahan negara dan tindakan mereka bersekongkol ataupun berkomplot untuk menjadi talibarut kuasa asing adalah lebih hina dan lebih jijik dari pelacur yang menjual maruahnya dan tindakan mereka mempertaruhkan negara untuk hidup mewah dan kaya raya merupakan satu tindakan yang cukup biadap serta kurang ajar sifatnya.

PM Najib bukan sahaja berdepan dengan kerakusan pembangkang yang turut dikaitkan menerima dana asing bagi menumbangkan kerajaan sedia ada tetapi malang Najib bertimpa-timpa apabila pegawai-pegawai yang diamanahkan olehnya untuk menerus ataupun melaksanakan dasar-dasarnya mengkhianati beliau dan menikam dari belakang.

Ali Hamsa harus mengambil tindakan segera,memanggil pihak yang membuat tuduhan untuk memberikan bukti-bukti dan menubuhkan satu panel siasatan bagi mengenalpasti pegawai-pegawai mana yang terbabit dan sebagai KSN Ali sendiri perlu mengetuai panel ini.

Malah pegawai-pegawai bawahan yang menjadi mangsa kepada pengkhianatan Ketua-Ketua mereka ini harus tampil memberikan bukti tanpa rasa takut dan bimbang.Orang bawahan yang selama ini menjadi benteng kukuh mempertahankan kerajaan harus juga diberikan imuniti bila mereka mendedahkan tentang Ketua-Ketua mereka yang melacurkan diri untuk Soros dan mereka harus berani berkata benar,itupun kalau mereka ini patriotik untuk negara dan sayang pada masa depan Malaysia ini.

Mereka juga dituntut untuk bertanggungjawab mendedahkan siapakah Ketua-Ketua mereka yang masih menjadi talibarut Anwar,agen Anwar dalam jabatan masing-masing yang menyalurkan segala maklumat serta menjual rahsia kerajaan.Meraka ini kalau bermaruah tidak akan membenarkan diri mereka dianiyai oleh Ketua-Ketua Jabatan yang tidak bertanggungjawab ini.

Penyangak dan pengkhianat bergabung!
Dendam Soros terhadap negara ini tidak pernah padam.Sayang Soros terhadap Anwar tidak pernah luntur dan dengan kekayaan luar biasa serta kuasa ringgit yang beliau miliki,Soros mengumpan ringgit ini untuk ditelan oleh kakitangan kerajaan dan dalam masa yang sama menyusup agendanya bagi meruntuhkan kerajaan daripada dalam dan kita tidak hairanlah bilamana kekuatan kewangan pembangkang cukup luar biasa malah pergerakan pertubuhan seperti Suaram juga cukup luar biasa dengan dana yang mereka perolehi.

Kita juga tertanya-tanya disebalik pendedahan yang dibuat oleh JMM adakah agensi-agensi kerajaan seperti MKN,BTN,JASA dan beberapa agensi lain juga turut dihuni oleh talibarut-talibaru Soros ini?Adakah dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan PDRM turut ada talibarut-tali barut asing ini? 

Kalangan pemerhati politik tidak berani menafi ataupun mengesahkan namun mereka yakin dan pasti di dalam semua tempat yang disebutkan itu sebahagian besar daripada mereka adalah orang Anwar Ibrahim,yang taksub dan simpati pada Anwar dan kalau Anwar dikaitkan mempunyai hubungan secara langsung dengan Soros adakah tidak mungkin mereka ini juga boleh dikaitkan sama mempunyai hubungan dengan penyangak mata wang itu?

Disebutkan juga bukan sahaja di kalangan pegawai-pegawai tingggi kerajaan ada talibarut sebegini bermaharajalela tetapi di pejabat PM Najib juga masih ada saki baki orang-orang tertentu yang menggerakan gerakan pembangkang dan mengintai segala gerakan Najib untuk dilaporkan kepada `warlord' mereka.

Saat Najib sedang berusaha keras untuk mempertahankan kerajaannya dan tatkala Najib meminta rakyat memberikan kemenangan mutlak kepada beliau untuk memimpin negara dalam tempoh 5 tahun lagi,pendedahan sebegini boleh menjadikan Najib tidak tidur malam dan inilah pun yang dimahukan oleh pembangkang

Sebagai pegawai tertinggi dalam sektor kerajaan,Ali Hamsa harus menggunakan segala apa cara untuk memperkukuhkan serta merealisasikan impian Najib apatah lagi sebagai Perdana Menteri,Najib berusaha dan telah memberikan segalanya kepada penjawat awam, jadi sial sangatlah mereka ini kalau mereka terus mengambil kesempatan untuk membunuh Najib dan kepimpinannya.

Ali Hamsa tidak boleh membiarkan `anjing-anjing' ini berkeliaran di semua jabatan kerajaan maupun agensi dan Ali Hamsa perlu bertindak segera bagi membersihkan segaka najis serta bangkai yang sedang berserakan ketika ini.








2 comments:

Anonymous said...

Mmg masih ramai kalangan pegawai kerajaan yg sayangkan Anwar ataupun sokong PR. Tak fikir panjang. Apalah yg PR blh buat utk rakyat?

kalau PR menang dan buat hal, sbg pegawai kerajan, depa juga yg tanggung akibatnya. Tu la dia. Kecik-kecik taknak mampus, bila besar menyusahkan orang. Hampas.

Anonymous said...

KSN.... Jgn jadi Si Kitol.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers