Tuesday, February 21, 2012

Mimpi mereka tetap sama!
DEBAT antara Chua Soi Lek (CSL) dan Lim Guang Eng (LGE) sudah pun berlalu dan mungkin masyarakat Cina banyak mendapat munafaat hasil dari debat tersebut yang juga disiarkan secara langsung oleh sebuah syarikat TV swasta.

Debat yang berlangsung itu telah membuka banyak perkara tentang DAP dan LGE.Malah LGE yang selama ini sering menuduh UMNO dan Melayu rasis menempelak dirinya sendiri bilamana LGE membuktikan bahawa DAP adalah adalah parti yang cukup rasis apabila secara total menolak orang Melayu Islam menjadi Perdana Menteri negara ini dan mahu jawatan Perdana Menteri itu dibuka kepada semua kaum terutamanya parti yang menang besar di parlimen.

Kenyataan LGE ini seperti membayangkan dan yakin bahawa pakatan pembangkang akan menang dalam PRU13 nanti dan dengan kedudukan kerusi Parlimen yang mereka tandingi kalau mahu dibandingkan dengan PAS dan juga PKR,DAP bertanding di lebih kerusi daripada rakan pembangkang mereka yang lain yang memungkinkan mereka akan menerajui kuasa.

Di mana pendirian PAS ekoran kenyataan LGE ini?Adakah PAS bersetuju dengan kata dua Ketua Menteri Pulau Pinang seperti yang dilaporkan ini?Sekiranya PAS menerima sebulat suara maka jelaslah PAS telah membuktikan bahawa mereka adalah pengkhianat kepada bangsa mereka sendiri dan LGE juga menolak Ketuanan Melayu di Malaysia yang selama ini menjamin kedudukan semua kaum dan lebih meletakkan ketuanan rakyat sebagai asas perjuangan mereka.

Sanggupkah orang Melayu dalam negara ini bertuankan Perdana Menteri daripada bangsa lain sekaligus mengkhinati prinsip yang terpatri kemas antara kaum sejak merdeka dulu?Dan apakah hanya kerana mereka dihasut untuk membenci UMNO dan Barisan Nasional, rakyat di negara ini menelan segala dasar yang DAP perjuangkan dengan memperalatkan PAS serta DAP bagi tujuan itu.

Ketuanan Rakyat gagasa DAP ini tidak jauh bezanya dan mungkin hanya bertukar nama daripada Malaysia Malaysian yang mereka perjuangkan selama ini malah mereka mula yakin akan berkuasa secara mutlak di negara ini apabila sudah pun ada satu dua Melayu yang menyokong gerakan ala-komunis mereka ini.

LGE juga mengambil peluang dari debat itu dengan menyerang gagasan  1Malaysia sebagai Gagasan 1Penipuan sedangkan secara halusnya kaum Cinalah yang mengaut untung atau laba daripada gagasan ini kalau mahu dibandingkan dengan kaum-kaum lain dalam negara ini.

Kaum Cina buktikan mereka boleh satu podium tapi Melayu?
Timbul juga persoalan, mengapa debat antara CSL dan LGE diadakan dalam Bahasa Cina?Adakah mereka ini tidak mengikhtiraf Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan?Meskipun CSL mempertahankan dan berjaya mematahkan hujah-hujah retorik yang dilaungkan LGE ketika debat itu namun yang jelas  kaum Cina boleh berada di dalam satu dewan untuk memikir dan membuat keputusan tentang nasib dan masa depan mereka kalau mahu dibandingkan dengan Melayu yang tersu bertelagah sesama sendiri.

Pada kaum Cina sesiapa sahaja yang memerintah, nasib mereka terjamin.Baik DAP ataupun MCA dan mereka membuktikan dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini bahawa mereka tidak hairan dengan segala bantuan dan janji kerajaan pada mereka,akhirnya mereka tetap memilih pembangkang.Kerajaan gigit jari dan terus terpedaya dengan kelicikan undi Cina.

Pepatah pun ada menyebut,meskipun tidur malam mereka berlainan bantal dan tempat namun mimpi mereka tetap sama dan kejayaan menemukan dua pemimpin Cina dalam satu debat mencerminkan bahawa kaum Cina lebih awal membuka langkah kerjasama bagi mempertahankan bangsa mereka walaupun MCA itu adalah komponen terbesar Barisan Nasional.Dan kita setuju debat itu tidak merubah apa-apa pun,mereka tetap untung dan Melayu terus berbalah,terasing dan bakal terpinggir.

PRU12 membuktikan bahawa Cina bukan lagi kawan yang setia dan beberapa pilhanraya kecil lagi membuktikan bahawa mereka terus mengigit tangan kerajaan yang menjaga kehidupan serta perniagaan mereka selama ini.Kesetiaan mereka telah punah ranah!

LGE rasis!
Kita percaya tidak semua Cina bersikap sedemikan rupa tapi apalah ertinya kalau hanya seorang sahaja Cina yang setia tetapi beribu Cina lain sanggup menjadi pengkhianat untuk mengkhianati perjanjian pemimpin –pemimpin mereka terdahulu dan lihat sahajalah bagaimana LGE mengambil peluang untuk menghasut Cina-Cina yang hadir dalam debat tersebut bagi menyokong gerakan yang DAP perjuangkan.

DAP sudah berjaya PAS perlalatkan dan PKR hanya kerana mahu memperjuangkan Anwar Ibrahim rela menelan apa sahaja perubahan politik yang DAP bawa.Lohat sahaja apa yang berlaku di Selangor,meskipun Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar namun segala kuasa dan pergerakannya di kawal sepenuhnya oleh DAP hingga Khalid dilihat seperti badut sarkas.

Kesetiaan CSL terhadap Barisan Nasional (kalau ada) belum tentu mampu menarik kembali sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional dan kaum Cina sendiri harus melihat gerakan DAP itu umpama sebuah gerakan subversif yang boleh menghancurkan pembinaan negara bangsa yang sedang berlangsung dengan penuh harmoni ketika ini.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers