Friday, February 17, 2012

Buku ini umpama komik lucah..!
ADA yang kata tindakan Ahmad Maslan mencampakkan Buku Jingga ke dalam tong sampah sebagai perbuatan yang melanggar prinsip demokrasi,satu perbuatan yang tidak beradab serta bertamadun dan sebagai satu penghinaan terhadap manifesto parti lawan.

Malah ada juga yang mengganggap tindakan mencampakkan Buku Jingga itu (ada yang sebut Buku JingGAY) sebagai tindakan yang tidak berapa berani daripada Ahmad Maslan kerana buku itu bukan seharusnya dicampakkan tetapi dikumpulkan untuk dibakar sepenuhnya kerana jelas buku tersebut bukan memberikan faedah kepada rakyat serta negara kerana dalam buku tersebut penuh dengan penipuan serta janji-janji palsu terhadap rakyat di negara ini.

Tawaran pembangkang dalam buku tersebut jelas tidak masuk akal dan ianya hanya sekadar pintalan janji-janji manis untuk meraih undi dari rakyat bagi menyokong perjuangan mengejar kuasa dan bukan sebenar satu janji pasti untuk rakyat jelata.

Kita hairan kerana masih ada lagi rakyat yang percaya dengan tawaran-tawaran pembangkang sedangkan jelas serta terbukti setelah memerintah beberapa buah negeri mereka terus bersilat lidah untuk menafikan janji-janji mereka sebelum ini kepada rakyat.Lihat sahaja di Pulau Pinang,rakyat yang terpedaya dengan manifesto yang mengumpulkan segala janiu pembangkang sebelum ini mula mengeluh kerana yang mereka catat dalam manifesto lain tetapi bila menang jadi lain.

PRU12 membuktikan  pembangkang telah melakukan pembohongan cukup besar hingga rakyat menjadi keliru dengan segala janji-janji yang mereka tawarkan tetapi setelah pembangkang berjaya menguasai Selangor,Pulau Pinang dan Kedah,janji yang mereka taburkan hanya tinggal janji semata-mata.

Perak bernasib baik kerana rakyat dan pemimpinnya sedar pembohongan yang menjerat mereka hingga DAP menang besar dalam PRU itu dan berjaya membentuk kerajaan namun hajat pemerintahan pembangkang tidak sampai kemana apabila rakyat dan pemimpin di Perak bangkit menoktahkan penipuan mereka dan akhirnya kerajaan Perak bertukar tangan.

Begitu juga di Kedah,walaupun sehingga hari ini pembangkang memerintah negeri tersebut tetapi sampai hari ini tidak ada satu pun janji-janji yang mereka tunaikan sewaktu meraih undi PRU lalu dan tidak ada bezanya Buku JingGAY ini dengan manifesto pembangkang pada pilihanraya lepas cuma kali ini penipuan dalam buku tersebut disusun dalam bentuk buku supaya rakyat melihat kononnya mereka serius mahu membawa perubahan kepada rakyat serta negara ini.Hakikatnya manifesto PRU12 lalu dengan Buku Jinggay ini tiada bezanya,penuh dengan muslihat serta tipu daya.

Kelantan juga tiada bezanya,hampir 21 tahun PAS kononnya mendokong aspirasi penubuhan sebuah pemerintah Islam berteraskan Al Qur`an dan Sunnah tetapi akhrinya PAS tersembam di kaki DAP serta PKR hingga mereka terpaksa menukar slogan kepimpinan mereka dan dalam masa yang sama PAS terus menjanjikan syurga dalam manifesto mereka,hingga hari ini rakyat kelantan terus terpedaya dengan helah licik politik PAS yang memperalatkan agama islam untuk meneruskan survival politik mereka.

Patutnya dibakar!
Tidakkan Ahmad Maslan mendapat kecaman yang bukan sedikit daripada penjilat pembangkang hingga seorang yang kononnya Profesor menyelar tindakan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak bertamadun serta tidak menghormati Buku JingGAY tersebut.

Sesiapa yang waras dan non partisan perlu mengambil masa mengkaji tawaran pembangkang dalam buku tersebut dan akhirnya harus bersetuju bahawa segala tawaran yang ditawarkan dalam buku itu umpama sebuah komik atau cerita lucah yang digarap rapi bagi menaikkan nafsu serakah rakyat yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada di depan mata mereka ketika ini.

Buku ini kalau tidak sampai hati untuk dibakar,ianya juga boileh dibekalkan ke tandas-tandas awam bagi kegunaan untuk menyapu najis sekiranya tandas-tandas awam itu tidak mempunyai air seperti yang berlaku di Kelantan. 

Kita kena setuju dengan kata Najib Razak bahawa Buku JingGay ini adalah sebuah buku yang sia-sianya.Kulitnya nampka cantik tapi isinya penuh dengan penipuan.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers