Tuesday, February 14, 2012

Masih waras atau tidak?
SELAMA menceburi bidang politik dan menjadi  Menteri Besar Kelantan,inilah tindakan yang paling betul dan  benar dilakukan oleh Nik Aziz apabila beliau mendesak anwar Ibrahim menarik balik sokongannya terhadap Israel yang sedang menggannas di Palestine dan tindakan Nik Aziz ini pasti menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit kepada penjilat-penjilat tegar Anwar.

Barangkali dengan tindakan Nik aziz ini juga akan menarik perhatian Azmin Ali untuk mendesak Pas mengambil tindakan serta memecat Nik Aziz sepertimana berlaku kepada Hassan Ali dan juga Azizan Razak,Menteri Besar Kedah (sedang diusahakan untuk dilucutkan jawatan Menteri Besar Kedah) kerana menyerang apa sahaja keputusan serta tindakan Anwar akan dianggap kurang ajar dan memecah perjanjian pakatan pembangkang antara mereka.

Bagi penjilat tegar Anwar Ibrahim termasuk yang berada di dalam PAS pasti tidak senang dengan tindakan Mursyidul Am PAS ini malah desakan Nik Aziz terhadap Anwar mengambil tindakan menyaman AWSJ merupakan satu lagi penghinaan terhadap Anwar kerana Nik Aziz sedar bahawa Anwar tidak mungkin mengambil tindakan menyaman akhbar tersebut sebab Anwar hanya suka mengambil tindakan saman individu yang berada dalam negara Malaysia sahaja.

Selama hidup warasnya Nik Aziz banyak melakukan tindakan yang bercanggah dengan kepentingan agama,bangsa dan negara selama ini tetapi untuk kali ini Nik Aziz menjadi  begitu waras dan mengelak untuk bersekongkol dengan Anwar dalam isu Palestine.

Apakah ini petanda awal untuk Nik Aziz bertaubat sebelum ajalnya tiba?Apakah mata hatinya yang buta untuk mengenali Anwar telah dicelikkan semula dan beliau baru tahu Anwar ini datang dari spesis ataupun jenama apa?Walaupun tindakan Nik Aziz dan kepimpinan PAS ini terlewat setelah Islam dan orang Melayu berpecahbelah namun kita boleh menganggap inilah tindakan beliau yang paling jujur (itu yang kita harapkan) untuk mengajar Anwar supaya dalam mengejar kedudukan untuk menjadi Perdana Menteri,jangan sesekali digadaikan semua prinsip termasuklah prinsip-prinsip Islam.

Sudah sampai masanya Nik aziz bertaubat..
Kalau sebelum ini PAS yang dilihat suci bersih perjuangannya untuk sebuah negara Islam kononnya namun tindakan PAS bersekongkol untuk sama-sama bergelumang dengan najis-najis berat dalam pakatan pembangkang turut melampiaskan bau yang cukup busuk kepada PAS yang selama ini memperalatkan agama untuk survival politik mereka.

Sudah sampai masanya PAS mufarakah daripada terus berganding dengan PKR dan DAP.Sudah tiba waktunya untuk PAS kembali kepada perjuangan asal setelah PAS tergelincir seperti yang Hassan Ali dakwa itu kerana PAS hanya bermimpi di siang hari kalau mereka mahu dihormati oleh PKR dan DAP kerana selama ini PAS telah ditipu hidup-hidup oleh dua parti pembangkang ini,PAS hanya umpama selipar jepun yang hanya dipakai untuk ke ntandas ataupun kebilik mandi semata-mata,tidak lebih dari itu.

Tak jadi masuk penjara!
Anwar Ibrahim hari ini sednag diserang sindrom `gila’ apabila harapannya untuk masuk penjara ekoran kes liwatnya dengan Saiful tidak menjadi namun beliau menjadi lebih `gila’ apabila Peguamnya Karpal Singh mengakui bahawa memenag berlaku liwat antara Anwar dan Saiful tapi secara sukarela.

Hasil dari impiannya yang tidak menjadi itu, Anwar terus hilang pedoman hidup dan ciri-ciri orang yang beragama Islam apabila mahu meminda undang-undang liwat,menyokong gerakan LGBT dan akhirnya mengikhtiraf Israel yang menyerang dan mahu menakluki Palestine.

Mungkin kerana sudah tidak tahan diperbodohkan,kepimpinan PAS akhrinya bersuara dan mendesak Anwar Ibrahim menarik balik sokongan terhadap Israel itu tetapi tidak bersuara menentang LGBT dan juga liwat yang diharamkan dalam agama.

PAS hanya memilih kepentingan tertentu yang mereka perjuangkan untuk mereka sanggah tetapi sampai hari ini PASW tetap masih hilang prinsip apabila terus mendokong `kegilaan’ Anwar yang lain dan kita tidak hairan dalam isu Hamza Kashgari, Nik Aziz membisu kerana beliau sendiri pun menyifatkan Nabi Muhamad SAW itu cuma insan biasa dan seperti mamat-mamat kampung yang lain.

Kita sedang menunggu apa tindak balas dari penjilat-penjilat dan balaci-balaci Anwar  terhadap kenyataan dan desakan Nik Aziz ini dan paling jelas apa yang sedang Nik Aziz dan pimpina PAS lain lakukan, Hassan Ali lebih mulia tindakannya kalau mahu dibandingkan dengan pemimpin PAS yang lain.



1 comments:

Anonymous said...

RAHMAT DAN BERKAT SEMBAHAYANG HAJAT YANG DI ANJURKAN SELAMA INI..... AKHIR NYA TERMAKBUR SEBALIKNYA...

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers