Sunday, February 26, 2012

Mana mereka ini nak letak muka!
MARI kita nilai penjelasan Badrul Amin yang telah pun mempunyai dua isteri ini terhadap tangkapan khalwat yang berlaku terhadap beliau di Hotel Swiss Garden,Kuantan dan apakah ada rasional di sebalik penjelasan ini dengan stiuasti dengan mengmabil kira tempat,waktu dan keadaan ketika beliau ditangkap.

Badrul Amin sebelum ini pernah mengistiharkan Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi yang Allah utuskan untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini daripada segala ancaman.

Beliau juga merupakan penasihat Agama kepada Menteri  Besar Selangor,Khalid Ibrahim dan juga merupakan pendakwa bebas yang sering menggunakan surau serta masjid untuk mencari makan.

Beliau pernah mahu `menyembelih’ Mufti Perlis dan ceramahnya penuh dengan emosi konon hidupnya penuh dengan puja puji kebesaran Allah namun dengan penjelasan yang diberikan ini, Badrul Amin sama sahaja dengan orang lain yang kalah kepada nafsu.

Penjelasan  Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. 

Katanya ini isteri ke 2 Badrul!
Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Zati-suka sama suka ke?
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Malukah?
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Nota kaki :-Kebenaran akan terserlah juga akhirnya, kepuraan dan kemunafikan tidak akan mampu berkekal lama. Apabila penghinaan terhadap sesama umat islam jadi mainan. Inilah akibatnya!

7 comments:

-LeGOlaS- said...

wallahualam.. yg tu urusan dia dgn Allah.. klu crita kat org boleh membawa fitnah..

IMANSHAH said...

banyak persoalan asas yang tidak dijawab oleh badrul..

1.Kenapa mesti 3 pagi di dalam bilik berdua2an tanpa ikatan yang sah. Rasanya ustaz lebih arif..ini sudah menghampiri zina?

2. Tidak adakah yang membantu ustaz kalaupun menyelesaikan masalah. Sudah tentu lebih ramai wanita yang lebih tepat untuk mendampingi iseri orang itu.

Apapaun Allah jua yang mengetahui.

Anonymous said...

Temurapat... temurapat... sedapnya ... temurapat.

melanau blogger said...

salam tuan,
mohon sokongan untuk pautkan blog kami, link blog tuan sudah dipautkan.

terima kasih
http://www.melanaublogger.com/

MegaBidaman said...

bro, minta link blog saya bidaman.blogspot.com, saya dah linkkan blog bro. tq

Anonymous said...

temu rapat..best juga kalau dah bertemu boleh rapat atas katil....kalau dah nafsu setan .apa nak buat..ketayap dan ilmu ugama habis lenyap

Anonymous said...

temu rapat..best juga kalau dah bertemu boleh rapat atas katil....kalau dah nafsu setan .apa nak buat..ketayap dan ilmu ugama habis lenyap

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers