Tuesday, February 28, 2012

Jangan bohong!
BADRUL Amin cuba mengheret nama Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah bagi menyelamatkan dirinya daripada tuduhan berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan baru-baru ini dan tindakan terbaru Badrul Amin ini cukup membuktikan beliau tersepit dengan tuduhan tersebut.

Tindakan mengaitkan Tengku Mahkota ini merupakan satu lagi tindakan yang paling tidak bermoral oleh Ustaz Celup ini selain mengambil kesempatan memprorak perandakan rumahtangga orang lain dengan memancing isteri orang untuk berkhalwat dengannya di hotel tersebut.

Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

"Dan rupanya kes saya ini juga diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam majlis beliau.

"Dan beliau tadi mengarahkan orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang sendiri dengan lawyer saya.

"Dan gambaran yang diberikan ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik Umno yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," katanya.

Sebagai orang yang dilihat kononnya beragama, kita cabar Badrul Amin dan pasangannya melakukan sumpah mubahalah bahawa mereka tidak melakukan khalwat dan jauh sekali antara mereka terlibat dengan zina.

Mereka tidak perlu berdolak dalik dengan menyalah kan orang lain termasuklah mengaitkan UMNO yang menjadi perancang disebalik kejadian khalwat itu malah tindakan Badrul dan pasangannya yang mengatakan bahawa tangkapan tersebut adalah fitnah terancang merupakan sesuatu yang tidak masuk akal.

Kokok berderai,ekor gelumang tahi!
Badrul Amin tidak ada jalan lain kalau benar-benar beliau merasakan difitnah,diperangkap atau sebagainya,jalan terbaik untuk beliau adalah bersumpah laknat.Begitu juga dengan wanita tersebut-bersumpahlah dengan nama Allah bahawa mereka tidak melakukan itu semua dan kita percaya Allah akan tunjukkan kebenaran ataupun balasanya kepada sesiapa sahaja.

Penjelasan yang Badrul berikan juga membuktikan bahawa wujud kejadian khalwat di antara mereka dan mengikut sumber-sumber tertentu hubungan kedua pasangan haram ini telah berlaku sekian lama tetapi mereka berjaya menyembunyikannya hinggalah tertangkap perbuatan sumbang mereka ini.

Bila Badrul Amin mengaitkan Tengku Mahkota Pahang yang kini difahamkan berada di Korea Selatan,beliau sebenarnya sedang mencari talian hayat untuk menyelamatkan maruah beliau dan keluarganya dan ada juga sumber mendakwa bahawa ada pihak-pihak tertentu sedang berusaha untuk membayar dengan harga yang mahal suami wanita terbabit supaya kes tersebut tidak dipanjangkan sehingga ke mahkamah.

Sebagai orang yang kononnya dilihat beragama dan mempunyai pengetahuan keagamaan yang tinggi,Badrul Amin sebenarnya dilihat cukup keji.teramat jijik sekali dan wajarlah suami wanita terbabit memukul beliau walaupun sebenarnya ketika itu Badrul Amin dan pasangan wajar direjam dengan batu ataupun disembelih lehernya.

Badrul Amin sedang berusaha untuk membuktikan beliau adalah suami kepada isteri –isteri yang cukup baik dan juga untuk menyelamatkan maruahnya yang mencari makan dengan menjual kaset-kaset yang kononnya penuh dengan motivasi,ibarat orang sedang lemas beliau akan cuba berpaut di apa sahaja keadaan untuk mengelakkannya lemas.

Badrul tidak perlu menyalahkan sesiapa termasuklah wanita tersebut kerana untuk membuktikan bahawa beliau telah insaf kerana menceroboh taman kepunyaan orang lain,beliau harus bertaubat dan wanita tersebut wajib sujud di kaki suaminya memohon ampun dan beliau akan berdosa sepanjang hayat sekiranya suami beliau tidak mengampunkan segala kecurangannya itu.



3 comments:

Anonymous said...

Tindakan pegawai KDYTM Tengku Mahkota Pahang yang gelojoh merujuk kes tangkapan pemimpin PKR ditangkap khalwat kepada Pengerusi Perhubungan PKR Pahang bagi mendapatkan maklumat siapa pemimpin PKR yang ditangkap adalah tindakan yg bodoh dan bangang...sepatutnya titah baginda itu dirujuk kepada pihak berkuasa iaitu Pengarah JAIP...untuk pengetahuan umum pegawai KDYTM Tengku Mahkota yang berjumpa dgn Dato' Fauzi Abdul Rahman ialah Lt Kol (B) Haji Che Dan bin Mat rakyat Kedah yang juga penyokong PAS...Perjumpaan Lt Kol Che Dan dgn Dato' Fauzi itu pastinya diambil kesempatan ditafsir sebagai campurtangan Tengku Mahkota Pahang bagi membantu menyelesaikan masalah yg menimpa Badrul Amin...

Anonymous said...

Pegawai KDYTM Tengku Mahkota Pahang memang bodoh dan simpati pada PKR.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang mesti professional dan jalankan tugas sebagai payung agama Islam Negeri Pahang. Biar JAIP siapkan tugasnya, tak payah campur tangan. Ini kes khalwat yang juga ditempuhi oleh rakyat jelata. Tak payah nak nak sokong orang yang kurang ahklak sanggup rosak rumah tangga orang.

Anonymous said...

Taubat2 juga yang pasti kalau ia benar2 berlaku keduanya wajib di kenakan hukuman ALLAH.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers