Monday, January 9, 2012




JIKA saya berada di dalam Kerajaan yang memerintah dan berhadapan dengan pilihanraya umum yang akan datang, keputusan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya adalah satu keputusan yang amat baik sekali.

Apalagi jika diambil kira bahawa ini adalah kali kedua Anwar dituduh meliwat. Kali pertama dia didakwa atas tuduhan meliwat, Anwar dibebaskan setelah rayuannya diterima walaupun dia telah merengkok 6 tahun dipenjara di atas kesalahan lain.

Bagaimanapun, untuk pentadbiran Najib Razak mengakui ini adalah keputusan yang diharapkan daripada hakim Mohd Zabidin Mohd Diah adalah sesuatu yang salah. Ia akan menggambarkan seolah-olah ada berupa tekanan terhadap hakim untuk membebaskan Anwar.

Mangsa sebenarnya selama 3 tahun perbicaraan kes ini ialah Najib Razak sendiri. Pertuduhan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi masih memerintah Malaysia. Pendakwaan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi dan anak menantunya masih mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan negara tetapi yang terkena sumpahnya ialah Najib Razak.

Sudah tentu Najib Razak merasa paling lega kes ini selesai juga akhirnya.

Tolak cakap-cakap politik ke tepi. Dari awal lagi kes pertuduhan terhadap Anwar merupakan sesuatu yang sukar dibuktikan dan berpegang hanya kepada Saiful Bukhari yang membuat dakwaan diliwat. Menyedari kesukaran ini dan tekanan sekeliling dalam menerima hakikat itu telah mendorong Saiful bersumpah laknat.

Bebasnya Anwar tidak membuktikan Saiful membuat dakwaan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Tetapi bebasnya Anwar kerana hakim mendapati tiada bukti-bukti lain yang tidak meragukannya boleh diterima untuk mendakwa yang tertuduh.

Akibatnya untuk hakim mendapati Anwar bersalah, hakim terpaksa hanya bergantung kepada pernyataan Saiful sahaja.

Bagi kita orang awam, masalah kredibiliti Saiful terganggu bukan kerana tuduhan yang dibuat oleh Saiful tetapi beberapa tindakan-tindakan yang dilakukan olehnya sebelum membuat laporan polis dan antara yang paling merisaukan ialah pertemuannya dengan Najib Razak dan isteri. 

Jika Saiful mendapat khidmat guaman dari awal, sudah tentu dia dinasihatkan terus untuk membuat laporan polis dan pemeriksaan perubatan serta jauhkan diri daripada menemui individu-individu yang boleh mengakibatkan beban yang tidak perlu kepada kesnya.

Ini telah menimbulkan keraguan paling awal dalam kes ini dan menjadikan pertuduhan seolah ada bau berunsur konspirasi di peringkat tertinggi.

Hari ini mahkamah telah membuat keputusannya. Adalah penting kita memahami keputusan mahkamah hari ini iaitu hakim telah membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari kerana pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti-bukti yang tidak menimbulkan sebarang keraguan bagi menyokong testimoni Saiful Bukhari. Dalam hal ini, bukti yang sepatutnya menyokong dakwaan Saiful bahawa berlaku perbuatan liwat ialah DNA Anwar Ibrahim dan status sample DNA itu menimbulkan ada menimbulkan keraguan.

Oleh itu tepatlah keputusan hakim hari ini.

Sekiranya Saiful Bukhari mendapat nasihat guaman sebaik sahaja dia diliwat, hari ini mungkin melakar sejarah yang berbeza.

Tahniah kepada Anwar Ibrahim dan kepada Saiful Bukhari, didoakan beliau tabah dan sabar dengan ketetapan hari ini.

“Bukankah Allah adalah sebaik-baik hakim….”.kickdefella.wordpress.com

1 comments:

usin said...

walaupun kesal (sbb apa yg diinginkan tidak spt yg terjadi), keputusan wajar dihormati. itu duniawi. hakim muktamad adalah Allah. kalau benar, benarlah kau anwar. andai kau songsang, azab tidak berapa lama lg dh...

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers