Saturday, January 7, 2012

Masjid tempat bersatu,bukannya berpecah
SEMUA kerajaan laksanakan tidak betul,melanggar syariat,tidak Islamik dan pernah juga kerajaan ini dianggap kerajaan taghut malah sehingga ke hari ini kerajaan dan pimpinan UMNO diserang dengan berbagai-bagai fitnah.dimaki dan digelarkan dengan macam-macam gelaran.

Begitu bencinya Pak lebai,Pak Imam,ustaz ataupun  yang mengaku ulamak baik yang mengaji tinggi ataupun setaraf mangkuk ayun terhadap UMNO,terhadap PM Najib dan kepada semua pemimpin yang sebelum dan hari ini berkerja keras untuk memakmurkan negara dan rakyatnya.

Bongkak,angkuh orang yang melemparkan fitnah dan maki hamun ini.Mereka ini berserban,berkopiah dan mulutnya sentiasa kumat kami mencari helah baru dan merancang segala fitnah untuk mengelirukan rakyat.Mereka gunakan masjid dan surau sebagai tempat untuk mereka melampiaskan nafsu amarah mereka untuk kepentingan diri ataupun kepentingan idealogi pertubuhan ataupun persatuan yang mereka wakili.

Ada yang mengaku mereka tidak pernah berguru sedangkan Nabi Saw pun ada gurunya.Ada yang mengaku mereka bersekolah agama baik di pondok ataupun pasentren tapi  di sekolah pondok pun hari ini begitu banyak masalah moral termasuklah mencabul anak murid sendiri hingga ada yang melahirkan anak luar nikah.

Hari ini ada yang menjaja ataupun melacurkan ilmu agama yang tidak seberapa untuk mencari makan.Ada yang mengenakan bayaran cukup tinggi bagi kelas tazkirah,forum ilmuan agama malah ada yang meminta layanan bertaraf VIP sekiranya mahu khidmat mereka.

Saat beginilah mereka ini mengambil peluang mencerca,mengadu domba dan memecahbelahkanm masyarakat malah semakin dekat pilihanraya,telatah dan lidah mereka cukup menjadi-jadi. Kalau sebelum ini saya pernah menulis tentang betapa `hebat’nya Azhar Idrus hingga tulisan saya diserang dengan segala caci maki.

Ramai yang mengatakan Azhar ini hebat.Dakwahnya mudah difahami.Dia cukup disenangi oleh golongan muda.Kita tidak tahu golongan muda yang bagaimana?Adakah golongan muda yang memilih jalan pintas untuk bertaubat dan mengenal Tuhan serta Rasul tanpa mahu mengambil kira latar belakang guru mereka?Ataua adakah golongan yang telah sekian lama sesat dan akhirnya bertemu jalan senang untuk menghapuskan dosa silam mereka?

Bukan Ustaz internet tapi Ustaz PAS!
Kalau benarlah Azhar Idrus ini berdakwah untuk menegakkan syiar Islam di Negara ini,dia perlu menjawab beberapa soalan kerana dalam beberapa ceramahnya beliau begitu tega memfitnah dan menyerang kepimpinan PM Najib.

Saya tanya 11 soalan dulu untuk Azhar Idrus jawab dan kalau beliau tidak mampu untuk berkata benar dan menjawab soalan ini, kita desak Majlis Agama yang memberikannya tauliah untuk mengajar agama menarik balik tauliah tersebut .

1.Apa hukumnya sesorang itu mengerjakan Haji dengan wang sponsor oleh orang yang ada kepentingan terhadap kuasa seseorang?

2.Apa hukumnya jika seseorang pemimpin yang berjanji  sekiranya menang pilihanraya mereka akan melaksanakan hukum hudud tetapi setelah menang mereka tidak laksanakan?

3.Apa hukumnya jika pemimpin yang berkuasa ke atas undang-undang syariah apabila diberitahu ada pemimpin lain di bawahnya terlibat dengan zina tetapi tidak mengendahkannya sedangkan ada saksi yang sanggup tampil ke depan.

4.Apa hukumnya sebuah kerajaan yang banyak mendirikan berhala pada zaman pemerintahannya melebih daripada mendirikan masjid malah hamper tiada lansgung masjid didirikan?

5.Apa hukumnya jika seorang pemimpin yang berkuasa melantik anak menantunya menjadi Pengarah Syarikat dalam negeri yang diperintanya tanpa persetujuan syumul dan ahli lain?

6.Apa hukumnya jika sebuah kerajaan gagal untuk menyediakan kemudahan asas seperti air bersih kepada rakyat sedangkan sebelum ini mereka berjanji untuk melaksanakannya?

7.Apa hukumnya jika seorang pemimpin mengarahkan arak yang dirampas dihantar balik kepada penjual seperti yang berlaku di Selangor?

8.Apa hukumnya pemimpin yang menghalang Jabatan Agama membenteras gerakan Kristian memurtadkan orang-orang Islam malah mereka ini menyalahkan Jabatan Agama?

9.Apakah hukumnya jika pemimpin Islam menolak untuk bersatu dan perpaduan sesama Islam yang lain malah menolak ataupun meningkirkan pemimpin-pemimpin Islam lain yang mahu bersatu?

10.Apakah hukumnya memfitnah pemimpin atau orang lain membunuh seseorang sedangkan tiada sebarang saksi ataupun bukti walau sekeping gamabr mauopun seminit video?

Dan apakah hukumnya jika seseorang itu tidak bersyukur kepada Allah dan tidak berterima kasih kepada kerajaan di atas segala nikmat yang mereka terima ?


Selama ini Azhar Idrus ini cuma nampak dan bersungguh memeprtahankan pemimpin islam dalam PAS pada setiap ceramahnya walaupun tidak menamakan khusus pemimpin mana dan kali ini kita minta beliau jawab 11 persoalan itu kerana beliau dilihat bukan sekadar berdakwah tetapi sudah berani mengeluarkan hukum.Dan kalau tidak mampu jawab,seperti yang saya katakana tadi,Majlis Agama perlu menarik balik tauliah mengajarnya kerana jelas dakwahnya bermotifkan politik dan bukannya mahu menegakan syiar !slam.

7 comments:

aku sayang Tun Mahathir said...

maaf cakap laa....harap janggut panjang berserabut jer azhar ni. akal pendek!!!!.

juak juak pas yang dengar temberang dia tu sakan sebab depa memang machai suka dengar fitnah (buta hati la katakan).....takebeer!!!!!!

taib mahmud said...

bagi aku, kita tak perlu la kondem sangat ustaz azhar idrus ni, bagi aku ceramah beliau ada banyak manfaat,
memang la ada diselitkan beberapa cemuhan/teguran.. tetapi sepatutnya pihak kerajaan harus berubah menjadi lebih baik dan menerima teguran itu[yang baik2 je la]..

Anonymous said...

hidup ustaz azhar...
kami org muda syg ustaz azhar dan para ulamak..

Kaki Like said...

Wahai "aku sayang Tun Mahathir": Jangan nak "TAKEBEER" sangatlah. Tengkorak kau takebeer. Kau ni kafir ke? atau Islam yang dah murtad?

Pas Beruk said...

Eloknya ust azhar jgn campurkan antara tazkirah agama dgn ceramah politik. Rosak agama nanti. Aku suka ust azhar, sebab dia memang lawak dan kelakar. Walaupun kita tak tahu sangat di mana dia belajar, tapi tazkirah dia mudah di terima. Cuma tang dia kondem kerajaan tu yg kurang syok sikit, sepatutnya dia kena komdem pas dan pkr sekali. Geng muda org kta

couverv said...

post la soalan ni kat page fb ustaz tu tngk dia boleh jawab tak

Anonymous said...

Der tambah satu lagi soalan yg akan buat dia mengamok

12. Hukum bawa kereta laju mcm org gila kat jalan hingga bahayakan nyawa org lain. - dari 'haria penang haria'

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers