Saturday, December 17, 2011

YA Allah! Apa sudah jadi?Beginikah akhirnya agamaku?Mengapa serendah ini martabat ataupun kesyumulan Islam dipersendakan?Budaya apakah ini?Dunia sudah semakin dekat dengan akhir zamannya..

Sebenarnya sukar untuk meyusun ayat yang sesuai apabila menatap gambar ini yang tersebar di internet ini kecuali satu perkataan sahaja iaitu GILA.

Seorang lelaki mat saleh manakala seorang lagi lelaki Melayu,lengkap berbaju Melayu.Upacaranya ialah majlis perkahwinan - lelaki dengan lelaki.

"Betul ke?".Dilihat dari segenap sudut,rasanya gambar yang disiar menerusi twitter Aysha Ridzuan bukan satu rekaan atau lakonan.

Rentetan gambar-gambar cukup meyakinkan.

Sedihnya kenyataan ini adalah realiti ngeri bagi keluarga lelaki Melayu itu yang selama ini mencari 'kehilangannya'.

Situasi itu tentu menyeksakan...lebih dari satu kehilangan.Ia menyimpang terus dari norma adat,budaya dan agama.

Mengikut Aysha Ridzuan inilah Ariff Alfian Rosli,pelajar Malaysia jurusan perubatan di Dublin,Ireland yang dilaporkan oleh keluarganya di Kuala Lumpur gagal dihubungi sejak tiga tahun lampau.

Kisah pencarian keluarga itu yang telah lapan kali berulang alik ke Dublin disiarkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ariff,kini berusia  28, ialah bekas pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan, Seksyen 5 Wangsa Maju,Kuala Lumpur pada 2001.

Dia kemudian dihantar ke United Kingdom untuk membuat A Level dan pada 2003 melanjutkan pengajian di Universiti College Dublin

1 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

MasyAllah....terkejut Pakcu bila menatap gambar dan merenung jauh laporan tuan mengenai kehilangan pelajar tersebut...dan akhirnya telah bernikah dengan Mat Salleh yang sama jantina......

Betapa hancur luluh hati ibubapa dan keluarga serta saudara seagama sebagai mana hancurnya kaca dek hempatan batu yang keras...

Pakcu doakan semoga Allah kembali kan hidayah kepada adik Ariff....amin..

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers