Thursday, December 15, 2011

Peneroka perlu jaminan!
SEBAHAGIAN besar kumpulan pengurusan FELDA hidup mewah dan kemewahan mereka adalah datang dari usaha keringat peneroka-peneroka FELDA.Ada yang berpendapatan melebihi RM100 ribu sebulan hasil menduduki Lembaga Pengarah anak-anak syarikat milik FELDA dalam saat peneroka bertungkus lumus menjayakan pelbagai tanah-tanah rancangan.

Mereka ini mengaut untung dan laba atas angin.Tidak cukup dengan pendapatan sekian banyak yang mereka perolehi dan kalau dicampur dengan berbagai-bagai komisen yang mereka ini kenakan kepada mana-mana syarikat, mereka ini hidup cukup mewah.

Bila kerajaan menyedari ada yang tidak kena dalam pembahagian untung rugi antara peneroka dan kalangan pengrusan FELDA,sesuatu hafrus dilakukan bagi menaik taraf serta memberikan feadah jangka panjang kepada kumpulan peneroka.

Usaha kerajaan ini mula ditentang secara senyap pada mulanya oleh pengurusan Felda yang berkepentingan menjadi cukup terbuka apabila anak syarikat Felda Holding ,Felda Global Ventures Holding(FGVH) dilantik oleh kerajaan untuk mencari peluang pelaburan supaya nasib dan masa depan peneroka terbela walaupun satu hari nanti dunia berdepan dengan krisis ekonomi.

Mereka tentang usaha menaiktarafkan nasib dan masa depan penerola Felda ini kerana bimbang tembelang mereka yang memerah hasil keringat peneroka selama ini terdedah.Mereka bimbang penyelewengan serta kerakusan selama ni diketahui oleh peneroka setelah menipu kumpulan peneroka ini sekian lama.

Berbagai usaha dilakukan termasuklah memecat Isa Samad sebagai Pengeri Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan ada yang mendakwa Zulkifli Wahab,Pengarah Besar Felda yang menjadi dalangnya dan tidak cukup dengan tentangan serta mengaibkan Pengerusi Felda,mereka ini berpakat pula dengan pembangkang yang berselindung di sebalik nama ANAK kononnya mahu membela nasib peneroka-peneroka Felda seluruh negara untuk menentang usaha penyenaraian ini.

Mereka ini menyalurkan segala maklumat yang tidak sahih kepada pembangkang dan maklumat inilah yang dijadikan dokumen untuk menipu peneroka.Peneroka cuba dinafikan hak mereka untuk hidup mewah seperti kumpulan pengurusan Felda ini. Orang-orang tertentu dalam Felda sanggup menjadi pengkhianat,gunting dalam lipatan dan mereka terpaksa melakukan halangan ini bagi menyambung segala kerakusan yang mereka lakuakan sebagai orang yang sepatutnya bertanggungjawab mengangkat taraf kehidupan peneroka Felda.

ANAK yang dipimpin Mazlan Aliman menyerap masuk ke dalam masyarakat peneroka untuk menghasut dan mengelirukan peneroka sekaligus menolak usaha transformasi Felda yang diilhamkan PM Najib.Dan tepatlah tindakan merehatkan Zulkfli Wahab selama lapan bulan itu kerana beliualah dilihat yang menjadi tuan kepada tangan-tangan ghaib selama ini yang cuba memporak perandakan pengurusan Felda dalam usaha penyenaraian oleh FGVH.

Kita pun hairan dengan tindakan PAS dan ANAK,dimana mereka ini saat Felda dibangunkan?Tiba-tiba mereka mahu menjadi hero kononnya untuk menyelamatkan Felda?Atau mereka ini sengaja mahu gagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan masyarakat Fela bagi satu penghijarahan baru?Jelas ada niat jahat dalam gerakan yang digerakkan oleh Mazlan Aliman ini.Kita amat berharap peneroka dan generasi kedua tidak mudah terpedaya dengan dakyah songsang dendangan Mazlan ini.

Kita menyokong tuntutan beberapa pihak yang mahukan supaya satu audit dilaukan terhadap pengurusan Felda dan sekiranya ada penyelewengan,semua pihak perlu diambil tindakan ataupun dihadapkan ke mahkamah,jangan biarkan mereka ini terus memperalatkan peneroka untuk kepentingan peribadi.

Secara asasnya kita bersetuju dengan usaha penyenaraian FGV namun sejauh mana jaminan yang boleh diberikan oleh pengurusan FELDA terutama sekali Isa Samad dalam menentukan untung nasib generasi seterusnya kerana apabila d`ilisting’kan,untung nasib penerola menjadi pertaruhan.Jangan yang peneroka kejar tak dapat,yang dikendong pula berciciran.

Peneroka perlu diberikan jaminan khusus kerana yang mereka pertaruhkan bersama dengan penyenarai ini adalah masa depan mereka dan generasi seterusnya dalam Felda.

Adakah jaminan boleh diberikan  lebih baik seperti yang ada sekarang ataupuun jaminan kepada peneroka mengikut musim. Kita juga bersetuju usaha kerajaan untuk membela nasib dan masa depan peneroka tetapi bersetuju mesti bersyarat,jangan pertaruhkan masa depan mereka demi memenuhi transformasi yang PM Najib laungkan.

Kita amat berharap sesiapa sahaja tidak akan mengkhianati nasib dan masa depan peneroka dan tidak mengkhianati penyambungan usaha Tun Razak yang sedang dilegasikan oleh anaknya PM Najib

6 comments:

Anonymous said...

tahniah diucapkan kepada penulis kerana berjaya mengupas perkara ini dengan baik sekali, saya sebagai anak peneroka cukup masak dengan budayadan kehidupan sebagai anak felda, kita tidak bantah peyenaraian tersebut, akan tetapi betul kata penulis yang kita hendak buat ni ialah bersangkutan dengan masa depan peneroka dan generasi seterusnya malah masa depan negara kita MALAYSIA itu sendiri, sepegetahuan saya belum ada pihak pengurusan tertinggi felda mau pun menteri turun untuk berjumpa dengan peneroka untuk menjelaskan duduk perkara sebenar akan penyenarain felda, jangan nanti peneroka memberontak menentang kerajaan yang selama dianggap bapa kepada peneroka, salurkan maklumat yang jelas kepada seluruh pelosok felda,saya tidak memendang rendah akan keupayaan pemikiran peneroka, akan tetapi jika di tinjau atau di ajukan soalan berkaitan penyenarain ini mereka langsung tidak tahu apa itu bursa saham, jadi bagaimanakah pihak felda mengambil keputusan yang sanagt drasti untuk tujuan itu, saya pun tak faham,bagaimana masa depan felda dan peneroka jika saham jatuh? kalau disenaraikan mungkin ramai pemegang saham dikalangan orang luar, peendapat mungkin berbeza, perlaksanaan dasar mungkin akan terbantut, saya tidak tau, KAMI MAHU PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI FELDA DAN KERAJAAN TOLONG PERJELASKANN ISU INI KEPADA PENEROKA FELDA DENGAN SEJELAS_JELASNYA. Ibrahim Hj Sabri anaka peneroka felda yang kini menetap di Shah Alam Selangor. 0162192460

Anonymous said...

nak buat tentu minta pandangan pakar ekonomi....bukan minta pandang pakar sodomi sembang kedai kopi!!!

Nok said...

apakah yg haprak ini sumbang pada felda semasa allah... semasa tun razak meng imliplementasikan Felda dahulu???

sekarang setelah felda berjaya ke perengkat antara bangsa .....haprak2 serta pengkhianat bangsa melayu "ANAK" mula membuat onah bagi meranapkan impian arwah Tun razak.....khasnya org melayu yg di sokong oleh Parti haramjadah PAS....dan PKR...gomen mesti mngambil tindakan sekeras2nya sebelum segalayg di rancangkan hancur oleh haramjadah2ni termasuk pemimpin kanan felda Zulkifly haprak..untuk kebaikan peserta dan national...sesunggohnya dalam satu tandan kepala memang ada yg busuk dan rosak...ya itu satu kumpulan penentang nasinal parti paspispus yg di jangka akan manpos di PRU 13 nanti...insyaallah

Anonymous said...

saya rasa saya pihak ketiga, sebab pihak pertama menyokong dan pihalk kedua membangkang. saya ingin bertanya apa2 yang dibuat FELDA adakah perlu dirisau akan masa depan 'peneroka'? apa benda yang dikatakan menggadai masa depan 'peneroka'? apa kene mengena harta benda felda dengan 'peneroka'? dan last sekali adakah FELDA 'peneroka' yang punya? Utk pengetahuan saya anak kepada pegawai felda yang bertanggungjawab untuk meneroka dan mebuka ladang-ladang felda dari zaman awal 70an sehingga awal 90an bersama kontraktor yang berburuhkan indon. seluruh keluarga saya berkampung didalam ladang yang maseh dalam pembikinan, dari segi rumah tapak dan 10 ekar ladang untuk peneroka bila mana anak sawit matang kira2 beberpa tahun barulah dipanggil segala 'peneroka'untuk masuk ke ladang dan tapak rumag serta rumah yang tersedia siap semuanya. dan kami sekeluarga pindah lagi ke rancangan lain follow ayah untuk di buka ladang lain pula begitulah seterusnya.sepanjang itu saya tidak menegenal 'peneroka', perkataan yang paling formal adalah PESERTA TANAH RANCANGAN. selepas itu ayah pencen JPA dan join Felda plantation untuk handle bangla/indon sebagai buruh utama dalam pengeluaran sawit. sehingga mencatat keuntungan berjuta dan berbilion. di kabarkan yang FELDA bernafas dengan lega kerana hasil plantation. dan 'peneroka' mendAPAT banyak manafaat darinya.

TApi semua itu tidak membuatkan yang FELDA adalah milik ayah saya dan rakan sejawatnya. kerana ayah saya hanya staf atau pekerja FELDA yang khidmatnya dibayar dengan gaji. sekarang ayah telah pencen dari FELDA. jawatan terakhirnya penolong pengurus di ladang yang dikuasai Plantation. persoalannya FELDA milik siapa? pada hemat saya ia adalah harta kerajaan, dan sesiapa berkuasa berhak menggunakan FELDA untuk kepentingan yang negatif atau positif. siapa peduli? kerana isu hangat FELDA sekarang ini akan menjadi basi nanti..

kemaspack said...

saya rasa saya pihak ketiga, sebab pihak pertama menyokong dan pihalk kedua membangkang. saya ingin bertanya apa2 yang dibuat FELDA adakah perlu dirisau akan masa depan 'peneroka'? apa benda yang dikatakan menggadai masa depan 'peneroka'? apa kene mengena harta benda felda dengan 'peneroka'? dan last sekali adakah FELDA 'peneroka' yang punya?

Saya tertarik dengan ulasan anda namum saya merasakan anda masih berpikiran menyebelahi sesuatu pihak.Saya bukan orang kanan DS Najib ataupun Tan sri Isa Samad mahupun Zulkefli .Saya adalah gerasi ketiga Felda berbeza dengan anda hanya pihak ketiga .Saya lebih suka memberi komen secara fakta dan asas pemikiran secara rasional.Adakah Tan Sri Isa ,Ds Najib mahupun Zulkefli anak felda atau genrasi felda ?Jawapannya TIDAK.Adakah Felda mempunyai ladang milik penuh atau tanah yang luas perbanding peneroka ?Jawapan TIDAK .tanah semua adalah milik peneroka dan felda hanya menguruskan.Rentetan dari tersebut saya ingin bertanya Perlukah KPF di senaraikan ? Jawapan Boleh jika ia menguntungkan peneroka dan tidak terhakis keuntungannya dek kerana pasaran.Jawapan TIDAK BOLEH kalau pengurusan Felda tidak pasti memutuskan memberi keuntungan ertikata lain main teka teki.Kenapa pengurusan felda ingin menyenarikan ladang milik orang peneroka ?kenapa tak senrai miliki Felda sahaja ?Jawapannya ialah pengurusan felda nak perjudikan titik peluh orang felda.Saya sarankanlah ANDA PIHAK KETIGA baca balik matapelajaran tingkatan 5 iaitu tentang koperasi .Saya nama orang luar lebih sibuk nak suruh peneroka atau KPF disenaraikan berbanding orang peneroka itu sendiri.Bah kata orang : Tanah Pak Hamid miliknya disuruh oleh Tok Jangguh untuk jual ....sapa yang mempunyai kuasa untuk menjual ?

cadangan saya lah itu pun kalau tok janggung boleh salurkan...Kalau betul Tan Sri nak senaraikan hendaklah dia berjanji dividen 15 setiap tahun diberikan oleh ahlih KPF tidak kurang ....kalau lebih lagi bagus ...itu yang ahli KPF nak dgr ....kalau betul saya rasa peneroka tiada halangan .Bak kata orang tua....kerana mulut takut badan binasa kerana tak dapat untung BN dapat tempiasnya.

dari anak sahabat tok janggut jumpa di Pan pacific...

Anonymous said...

saudara kemaspack...saya rasa anda salah faham..tanah peneroka(10ekar) langsung tidak diusik..hanya tanah felda akan dipajakkan..bukan dijual!!ianya akan menjadikan peneroka bakal menikmati hasil yg lebih lumayan melalui pemilikan saham dan juga dividen tahunan..Semua bantuan dan sumbangan selama ini telah dijamin oleh kerajaan untuk diteruskan..malah dividen juga dijamin lebih tinggi atas setaraf mcm biasa..ini lebih kepada bersifat teknikal(korporat)..cuba fikir..xkanlah PM Najib nak hancurkan Felda padahal BN perlukan undi dr peneroka..ianya hanya nak memberi habuan lumayan kepada peneroka(felda)..jgn sebab segelintir yg 'suka buat kacau'..ianya akan diberikan kepada PNB (ASNB atau Lembaga Tentera)..nanti melopong peneroka2..(harap2 xberlaku).."isu klu saham jatuh?" sama juga dgn isu klu " harga sawit jatuh?"..dgn tersenarai..Felda dpt bantu peneroka dgn lebih tersusun dan masa depan lebih terjamin walaupun harga sawit jatuh...cuba fikir..negara2 barat dpt hasilkan produk coklat yg terkenal( VOCHELLE,Van Houten dan banyak lagi)padahal sesuai ker tanaman koko dgn cuaca sana(sejuk)..mereka dptkan koko dgn harga murah dr
petani(penanam) dr Asia(malaysia juga) n Afrika..buat kilang n hasilkan produk koko(coklat n mcm2) pastu jual kat petani(penanam) tadi dgn harga lebih mahal..huhu...sampai bila nak jadi petani(penanam) jer..padahal orang lain dpt jana lebih hasil..fikir2 kan!!!sebab tu nak senaraikan agar dpt buat produk hiliran dgn lebih efektif dan dpt masuk pasaran dunia dgn lebih mudah..

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers