Saturday, December 17, 2011

MENANTI  saat menjelang 9 januari,kita yakin dan penuh percaya bahawa untuk sekali lagi Anwar dan para juaknya akan mengheret sekali lagi rakyat untuk rurun ke jalanra seperti Peristiwa 1998 dulu bagi membentenginya saat beliau berdepan dengan keputusan perbicaraan kes liwat beliau dengan Saiful.

Anwar sudah pun memulakan gerakan menagih simpati dan menghasut rakyat.Pentas ceramah akan digunakan semaunya untuk mengelirukan rakyat dengan teori-teori konspirasi serta  apa yang berlaku kepada beliau hari ini adalah satu penganiyaan yang terhadap dirinya,kononya untuk memadamkan perjalanan politik belaiu yang sedang bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri.

Semua pihak terutama sekalii pihak berkuasa tidak boleh memandang ringan kerana sejarah sebelum ini terbukti bahawa Anwar mampu menghasut rakyat,mampu menjadkani yang cerdik pandai menjadi bodoh untuk ikut telunjuk dia dan kotaraya Kuala Lumpur bagaikan medan pertumpahan darah bagi menyelamatkan Anwar walaupun akhirnya Anwar tetap dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun.

Sejarah yang berlaku dalam Kuala Lumpur perlu diambil iktibar dan kalau Anwar sekali lagi berjaya memperbodohkan rakyat, kalau tangisan Wan Azizah sekali lagi Berjaya memperdayakan rakyat, 9 januari ini atu tarikh yang mungkin mencipta sejarah baru kerana terbukti hari ini,rakyat yang cerdik pun sanggup diperalat ataupun dijadikan perkakas oleh anwar untuk menutup kebejatan moralnya.

Bila Anwar mengistiharkan beliau akan menggunakan mahkamah rakyat untuk menyelamatkannya walaupun beliau disahkan oleh Karpal Sing,peguambelanya sendiri meliawt Saiful, Anwar pasti akan turun di segenap ceruk kampong untuk menipu rakyat bahawa segala perbuatannya itu dikosnpirasikan oleh UMNO dan kerajaan Barisa Nasional.

Kuala Lumpur bermandi darah...
Anwar tidak ada pilihan,balaci-balaci Anwar juga tidak ada pilihan,mereka akan pasti menggunakan pentas-pentas ceramah untuk menagih simpati rakyat,mereka akan gunakan ketumbuklan masing-masing sehingga menggerakkan usaha menggulingkan kerajaan bagi menyelamatkannya daripada merengkok dalam penjara selama 20 tahun dan beliau bernasib baik sekiranya terbukti bersalah,hukuman rotan diketepikan kerana terlalu tua.

Kerajaan terutama sekali pihak berkuasa jangan sesekali memberikan ruang dan peluang untuk Anwar menghina mahkamah sedangkan keputusan masih lagi terlalu jauh.Cukuplah selama ini beliau dan kuncu-kuncunya menghina mahkamah tanpa sebarang tindakan dan saat menanti keptusannya pada tarikh yang disebutkan, Anwar perlu dihalang dengan apa cara sekalipun.

Cukuplah pihak berkuasa membenarkan rakyat terus jadi alat,terus jadi bodoh hanya kerana seorang manusia yang istimewanya hanyalah menipu dan kepentingan rakyat jangan sesekali dibenarkan terjejas hanya kerana mahu tunduk kepada nafsu serakah Anwar Ibrahim yang mahu lari dari dikenakan hukuman ke atas segala perlakuan jijiknya selama ini.
Kita masih ingat bagaimana Jalan Masjid India seperti perkumpulan sebuah gerakan penjenayah,di jalan Mahkamah berhimpun rakyat yang sudah hilang akal budinya dan di Dataran merdeka,rakyat yang diperbodohkan bermandi darah dan air longkang kerana bertempur dengan pihak  polis.

Kita kena akui Anwar cukup bijak mengundang simpati rakyat kepadanya.Anwar cukup mahir bermain kata-kata hingga rakyat boleh percaya segalanya kata-katanya walaupun mereka tahu Anwar sedang berbohong,ketaksuban inilah yang membimbangkan kita dan boleh menjejaskan rakyat lain.

Kita tuntut demi rakyat,pihak polis menggunakan Akta Polis sewajarnya.Biar dilihat zalim kepada Anwar dan penyokong tetapi tidak kepada rakyat.Selama ini pun pihak polis sudah cukup berlembut ataupun mengalah dengan karenah anwar tetap[I tetap dikatakan zalim  ataupun segala macam gelaran dan kali ini,jangan sesekali membenarkan Anwar berhimpun ataupun berceramah tanpa permit.

Kasihan rakyat terbanyak dan kita percaya dalam banyak itu masih ramai lagi yang bodoh,jadi Pak Turut dan sanggup jadi perkakas kepada perjuangan yang penuh dengan kemaksiatan.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers