Monday, December 19, 2011
Suaranya bukan lagi suara UMNO! |
SAIFUDDIN Abdullah sudah tidak ada pilihan dan sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,kelibatnya makin menyakitkan mata memandang dan tindakan demi tindakannya tidak lagi mencerminkan kepentingan kerajaan serta UMNO dan pilihan yang beliau ada hanyalah mengosongkan kerusi Timbalan Menteri itu,keluar dari UMNO,letak jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO dan sekaligus melepaskan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh dan juga Ahli Parlimen Temerloh.
Pilihlah parti mana yang beliau berasakan sesuai dengan Politik Barunya.Bernaunglah di bawah parti mana yang beliau rasakan wajar untuk survival politiknya dan andainya beliau menganggap Anwar itu sifunya,sila ke kem Parti KeADILan Rakyat kerana tindakan-tindakan `gila;nya hanya sesuai untuk perjuangan parti itu.
Kerana buku Poilitik Barunyalah yang menjadikan kebangkitan pelajar-pelajar ataupun mahasiswa dan Saifuddin berharap sangat kerajaan bukan sahaja meminda AUKU tetapi memansuhkan terus AUKU agar pelajar-pelajar ataupun mahasiwa itu bebas berpolitik,bebas menyertai mana-mana parti politik tanpa memikirkan kesan yang bakal ditanggung oleh mahaiswa sekiranya mereka terbabit secara serius dalam politk yang boleh memudaratkan pengajian mereka.
Itu bukan agenda UMNO dan kerajaan.Itu agenda pembangkang kerana pembangkang sedar bahawa mahasiswa yang umpama telur separuh masak itu mudah diperalatkan untuk menggagalkan segala usaha-usaha kerajaan dan Saifuddin pula diletakan sebagai Trojan Horse dalam kerajaan bagi memainkan peranan ini dengan lebih berkesan.
Berada di dalam UMNO dan kerajaan Barisan Nasional,Saifuddin menjadi duri dalam daging,api dalam sekam serta gunting dalam lipatan dan melihat tindakannya sejak kebelakangan ini,elok sangatlah beliau keluar dari UMNO parti keramat melayu ini kerana UMNO tidak boleh terus membela musang berbulu ayam seperti Saifuddin ini.
Sebelum ini Saifuddin yang mendokong gagasan politik barunya memuja Buku Jingga yang dililhamkan oleh mentornya Anwar Ibrahim dan sentiasa berada dalam majlis anjuran pakatan pembangkang dan sejak akhir-akhir ini beliau begitu gigih memperjuangkan pemansuhan AUKU hingga pelajar-pelajar IPTA sudah berani biadap serta kurang ajar kepada pemimpin dan kerajaan.
Kebodohannya kerana gemar melayan karenah mahasiswa.. |
Malah beliau dilihat bangga apabila mahkamah memutuskan bahawa pelajar-pelajar UKM Bangi tidak salah kerana terlibat dalam pilihanraya di Hulu Selangor. Sikap Saifudin inilah yang membuatkan pelajar-pelajar university besar kepala dan naik minyak kerana walaupun mereka gila ada lagi Timbalan Menteri yang turut gila menghetam kerajaan dan menyokong gerakan mereka.
Kebiadapan pelajar-pelajar sejak akhir ini adalah kerana dorongan ataupun ransangan daripada beliau kerana hanya beliau sahaja yang sanggup menjadi alat untuk diperalatkan oleh kumpulan pelajar dimana di belakang pelajar-pelajar ini adalah daripada kalangan pemimpim pembangkang yang sememangnya menentang kerajaan dengan memperalatkan pelajar-pelajar yang menhdapai masalah moral serta kejuatan budaya kampus.
Bila Saifudin seperti lari daripada mahu bertanggungjawab di atas insiden kebiadapan pelajar yang bernama Adam Adli yang menurunkan bendera berlatarbelakangkan gambar PM Najib, Saifuddin dilihat menjadi dalang sebenarnya di sebalik demontrasi di Bangunan UMNO yang terletak di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.
Saiffuddin dilihat tahu dengan gerakan demontrasi anak-anak bangsat ini kerana a keldai-keldai biadap ini sudah pun bermula demonstrasi mereka dari Jalan Raja Laut lagi malah Saifuddin tidak berusaha untuk menghalang anak-anak yang bangang ini daripada menyerbu Ibu Pejabat UMNO,parti yang Saifuddin wakili sebagai ahli MKT.Saifudin bersikap lempar batu sembunyi tangan.Tweeter dan Facebooknya tidak cukup untuk menyakinkan bahawa Saifuddin bercakap benar tentang insiden ini.Saiffudin sedang menipu UMNO dan kerajaan!
Ini bukan cara UMNO-ini cara jahat! |
Bendera adalah lambang institusi.mengkhinati bendera adalah seperti membenarkan isntitusi diruntuhkan dan anak muda yang Saifddin sanjung begitu angkuh tidak akan meminta maaf kerana menurunkan bendera itu,sehingga hari ini Saifuddin berdiam diri dan bermakna beliau juga bersetuju institusi itu dikhianati oleh `anak-anak ikan’ belaan Anwar ini.
Saifuddin mengkhianati amanah rakyat terbanyak kerana sanggup tunduk kepada sekerat dua rakyat yang tidak ada jati dirinya, beliau mempersendakan amanah serta tanggungjawab sebagi Timbalan Menteri Pengajian Tingggi dan paling penting Saifuddin menderhaka kepada parti UMNO yang selama ini mengangkat martbatanya hingga dilihat pemimpin yang berjaya dan kalau bukan kerana UMNO belum tentu Saiffudin boleh berlagak seperti hari ini,menggunakan kuasa yang diberikan UMNO tetapi berpakat dengan gerakan pembangkang.
Kegilaan pelajar-pelajar yang mengaku cerdik pandai ini kerana mereka teransang dengan kegilaan Saiffudin untuk menterjemahkan politk barunya dan tindakan Saifuddin banyak menggagal serta mengkacaubilaukan usaha transformasi yang PM Najib mahu lakukan.Saiffudin membentuk gelombangnya sendiri dengan menjadikan pelajar-pelajar yang mentah akalnya sebagai wadah untuk memperlekehkan usaha Najib dan memberikan tekanan berterusan kepada UMNO serta Barisan Nasional.
Sewajarnyalah tempat untuk Saifudin ini bukan dalam UMNO,bukan dalam kerajaan dan Saifuddin dituntut untuk meleapskan jawatannya dan dicadangkan untuk menyertai pembangkang. UMNO lebih mudah berdepan dengan musuh nyata daripada ada musuh dalam selimut seperti Saifuddin ini.
Najib wajar bertegas dan tunjukkanlah pintu keluar kepada Saifudin dan meminjam kata-kata Dato Zaini Hassan,pemimpin yang ada kontraversi sudah tidak selayaknya lagi berada dalam UMNO dan kerajaan kerana ianya akan memalukan kerajaan dan rakyat.
Tunggu apa lagi Saifuddin?UMNO sudah tidak sesuai dengan prinsip dan perjuangan anda!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
9 comments:
waa sokong lu brader.kawan org temeloh.meluat yg amat sgt dah tengok muka kangkong ni.
saya setuju dan sokong saipudin dibuang drp UMNO. dia gian untuk berdemonstrasi. inilah anak didik Al-juburi.
bukan "windable candidate"
Sdra SANGGAH TOKJANGGUT
Mohon izin
SAifudin dah lama berniaga jual gunting dan selimut.
Sekarang dia nak buka di semua IPTA yang ramai anak melayu sebuah rantaian kedai jual gunting dan juga jual selimut dan jenama kedai nya ialah PLAYSAFE 1M ,yang dipatentkan olih
engage inclusive liberal Gen Y human rights civil liberties populist kelainan kreatif unconventional transformaci bapak vernakular penaung Dao Zhong.
Dapat lesen besar 1M.
arjuna waspada
changkat lobak.
Safuddin ni memang tidak selesa duduk dalam Kabinet kerajaan BN. Dia amat kekot untuk bekerja dengan kerajaan BN. Dia amat selesa bila bersama Rafizi, Anak Papa Hebat dalam forum2 yang diadakan. Dia gembira bila bersama kumpulan ini di dimana-mana acara hatta di Dewan Cina Selagor dalam membicara Politik Baru dan Segarnya yang menjadi agenda PKR dan DAP...apa lagi tunggu, turunlah dengan terhormat dari kerusi Kabinet. Kami sudah meluat dan resah dengan tindak tanduk munafik ini...
dato seri najib perlu mengambil tindakan tegas memecat tim. menteri yang tidak sehaluan dengan perjuangan umno ini, jika dia tak mahu letak jawatan. sikap saifuddin seperti gunting dalam lipatan, bagai sang rajuna tapa yang membuka kota singapura untuk penjurit majapahit masuk menawan kota singapura. Begitu juga dia membiarkan pelajar-pelajar tak matang ini masuk ke kawasan umno di pwtc dan melakukan perbuatan biadap yang kami sebagai orang melayu tak boleh terima perbuatan itu.
Salam STJ,
Memang betul apa yang STJ katakan. Pegangan politik Saifuddin Abdullah sudah terlalu jauh dpd pegangan politik UMNO.
Aku tak pasti apakah intipati "New Politics" yang dipegang si Saifuddin nih, tetapi nyata ianya bukan apa yang orang2 UMNO dapat terima.
Mungkin "New Politics" si Saifuddin menghalalkan pencercaan terhadap ketua sendiri sehingga tahap memijak2 gambar ketua, tetapi dalam UMNO ini tidak boleh diterima.
Jangan pula ada yang salah faham. Kita bukannya orang kultus yang mendewa2kan manusia lain, kita tidak kata yang ketua kita maksum dan sempurna sehingga tidak boleh ditegur.
Tetapi memijak2 gambar pemimpin yang kita pilih, apatah lagi menghina panji2 lambang perjuangan kita, ini sudah terlampau.
Aku harap Saifuddin atau konco2nya akan membaca post STJ ini dan juga komen aku nih, lalu menyedarkan Saifuddin bahawa dia bukan lagi duri dalam daging, tapi hipokrit yang terkutuk yang patut belajar apa erti malu.
Ptuihhh kau Saifuddin!!
politik baruA saifuddinabd...
Bro, teringin nk quote ayat atas.
"meminjam kata-kata Dato Zaini Hassan,pemimpin yang ada kontraversi sudah tidak selayaknya lagi berada dalam UMNO dan kerajaan kerana ianya akan memalukan kerajaan dan rakyat".
Kontraversi tu adakah setakat benda2 yang bertentangan dengan polisi dan pegangan UMNO? sebab setakat yang saya tahu, byk lagi pemimpin2 UMNO,BN dan PR yang penuh dengan kontroversi seperit DS Chua Soi Lek, Datuk Shahrizat Abd Jalil dll.
Mungkin semua yang dilitupi kontroversi boleh beramai2 meletakkan jawatan. kita bagi yang suci murni naik memegang jawatan itu. amacam?
Ada sape2 tau tahap pendidikan si Saifudin ni? Nampak gayanya macam tak pernah jejak U aje. Dia gambarkan suasana belajar kat U tu teruk sangat. Seolah2 siswa/siswi U tu sangat terikat dengan segala macam peraturan. Dan nampak sangat dia merasakan dirinya seolah2 seorang mahasiswa bukan seorang Timb menteri yang mengurus budak2 U. MMg sengal dia ni.