Wednesday, December 21, 2011

Adam Adli- gay atau lelaki sejati?
MEREKA sebenarnya adalah kumpulan pelampau dan dilatih daripada peringkat tadika PASTI lagi untuk menjadi pelampau dan pemberontak bagi menentang kerajaan.Mereka ini berselindung disebalik nama mahasiswa,memperalatkan pusat pengajian tinggi ataupun  universiti. untuk menghasut pelajar-pelajar bagi menyertai jemaah mereka.

Mereka dilatih ataupun dikaderkan untuk menjadi pengkhianat bangsa,agama dan Negara.Bilangan mereka ini tidak besar tetapi dengan pengaruh wang daripada pihak luar terutama pembangkang,mereka menjalankan gerakan setiap hari supaya mahasiswa lain turut serta dan menyokong gerakan mereka.Hari ini mereka berjaya kerana bilangan mahasiswa yang terhasut dengan slogan mereka makin bertambah.Semuanya Melayu...

Mereka ini tidak ada sifat malu ataupun kebertanggungjawaban terhadap keluarga dan masa depan mereka kerana yang paling penting bagi mereka adalah berusaha untuk menganggu gugat Negara,lulus atau gagal di universiti bukan lagi satu keutamaan dan kebanyakan pelampau mahasiswa ini adalah dari kalangan orang melayu.

Sementelahan pula anak-anak muda melayu mudah dirasuk,terlalu mudah untuk dihasut,terlalu lemah dengan pujukan dan pantang dijanjikan dengan upah lumayan,usahkan berarak,mereka juga rela dipecat oleh universiti ataupun digantung pengajian mereka.Kononnya itulah harga pada perjuangan mereka yang perlu mereka bayar.

Jelas pembangkang peralatkan pelajar..
Anak-anak Melayu yang masih mentah dengan kehidupan terlalu senang masuk perangkap walaupun mereka sedar ataupun di bawah sedar tindakan seorang dua pelampau mahasiswa ini mencemar serta menajiskan kredibiliti mereka sebagai pelajar.Pelampau mahasiswa ini adalah alat kepada pembangkang,mereka diperalat serta dijadikan perkakas untuk menjadi benteng bagi mempertahankan pembangkang dengan berselindung di sebalik nama kebebasan akedemik,suara mahasiswa ataupun sebagainya.

Beratus ataupun mungkin beribu yang berada di jalanan adalah anak-anak Melayu yang begitu rapuh pendiriannya sedangkan anak-anak Cina ataupun India bertepuk sakan melihat kebodohan mahasiswa melayu yang sedang diperalatkan oleh pelampau mahasiswa di mana di belakang pelampau mahasiswa ini tersenyum pembangkang bila melihat mahasiswa Melayu berjaya diperbodohkan.

Apa sebenarnya yang mereka mahu?
Mereka terpekik terlolong sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka perjuangkan dan adakah perjuangan mereka itu baik untuk masa depan mereka tetapi itu tidak penting kerana bagi mereka yang penting adalah kononnya menunjukkan suara mahasiswa.

Kita tumpang simpati dengan nasib malang sebahagian besar mahasiswa yang diperbodohkan oleh seorang dua pelampau mahasiswa ini dan kebodohan mereka ini pastinya mnemberikan impak buruk kepada masa depan mereka dan juga Negara.

Cina berjaya perbodohkan melayu!
Kita kasihan melihat nasib mahasiswa Melayu yang diperalatkan oleh pembangkang untuk menjayakan agenda peribadi mereka dan kita lagi kasihan memikirkan betapa luluhnya harapa ibu bapa mereka ini yang mengharapkan anak-anak mereka memberikan tumpuan kepada pelajaran dan balik dengan keyaan yang boleh keluarga banggakan akhirnya menjadi tunggul kayu buruk tempat anai-anai dan najis ditenggekkan.

Mahasiswa Melayu diperbodohkan dan pembangkang yang berusaha untuk merampas kuasa sedang yamseng meraikan kegembiraan mereka kerana kerja-kerja mereka sedang dilaksankan oleh anak-anak muda Melayu yang berjaya mereka perbodohkan.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers