Wednesday, December 7, 2011

Najib kena bertindak!
APAKAH yang mendorong MP Kuantan Fuziah Salleh begitu berani menentang projek Lynas?Siapakah sebenarnya dibelakang gerakan Fuziah bersama dengan Save Malaysia ini? Ada yang mendakwa seorang tokoh perniagaan yang diberikan kekayaan oleh kerajaan Barisan Nasional iaitu Tan Sri Pheng Yin Huah berada di belakang gerakan ini dengan menyumbang dana termasuklah mencetak poster serta baju dan juga individu bertanggungjawab dibelakang penubuhan syarikat Save Malaysia itu?

Tokoh ini didakwa sering dilihat naik turun di pejabat Perdana Menteri.Mana mungkin beliau sanggup mengkhinati projek ini sedangkan pembangunan kilang Lynas di Gebeng Kuantan ini adalah hasil usaha PM Najib atau beliau bersikap lempar batu sembunyi tangan. Mana mungkin Pauziah dan beberapa kerat Cina-cina Kuantan erani secara terbuka menentang projek ini kalau tiada tangan-tangan gahiab yang berkepentingan di belakang mereka.

Ada juga yang mendakwa selain daripada Pheng ini turut melibatkan diri untuk menggagalkan usaha Perdana Menteri ini bekas seorang Menteri Pusat yang tidak mahu projek ini dilaksanakan dan beliau dikatakan menghasut Perdana Menteri untuk menangguhkan kelulusan projek ini saebagai cubaan untuk memalukan Menteri Besar Pahang,kononnya ini adalah kegagalan kerajaan negeri dan memudahkan lagi gerakan untuk menarik turun Adnan Yaacob dari kerusi Menteri Besar untuk beliau menggantikannya.Ini bukan projek kerajaan Pahang tetapi adalah hasil ilham Perdana Menteri Malaysia.

Bekas Menteri Pusat ini dikatakan menjejaki PM Najib hingga ke Honolulu bagi mempengaruhi Najib supaya tidak diluluskan projek ini selagi pilihanraya belum selesai.Apa bedanya lulus sekarang ataupun selepas pilihanraya umum?Yang jelas projek ini telah diperjelaskan tidak mendatangkan apa-apa kesan sampingan.

Fauziah makin sakit jiwa!
Sepatutnya PM Najib tidak terpedaya dengan hasutan pihak-pihak yang berkepentingan ini serta mengarahkan MITI mempercepatkan kelulusan lesen operasinya kerana telah disahkan selamat termasuklah MP PAS yang pakar atom juga mengesahkan keselamatannya.

Lynas mampu menjana ekonomi Negeri Pahang dan mampu memberikan peluang pekerjaan bukan sedikit kepada ana-anak tempatan dan kita bersetuju bahawa projek ini cuba digagalkan bukan kerana merbahayakepada rakyat tetapi untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu termasuklah memperalatkan Pauziah yang semakin sakit jiwa sejak akhir-akhir ini termasuklah Pheng,Pengarah Urusan Kinsteal itu.

Andainya benar Pheng terlibat di sebalik gerakan memusnahkan Lynas yang beragenda untuk membangunkan ekonomi negeri Pahang serta menutup peluang perkerjaan,maka ternyata Pheng adalah manusia yang tidak mengenang jasa Barisan Nasional terutama sekali Menteri Besar Pahang yang menghantar surat sokongan kepada Menteri MITI ketika itu Rafidah Aziz untuk disenaraikan syarikatnya di BSKL tapi akhirnya hari ini Pheng bersekongkol menjayakan matlamat bekas seorang Menteri Pusat untuk menggagalkan projek itu dan mengaibkan MB Pahang dan seterusnya boleh dijadikan sebab untuk menghasut najib menggantikan MB dengan dirinya.

Ramai pihak yang pelik,seluruh pakar telah mengesahkan bahawa projek tersebut tidak memudaratkan penduduk dan alam sekitar namun sehingga ke hari ini lesen untuk memulkan projek tersebut tidak dikeluarkan oleh pihak MITI.Agenda jahat bekas Menteri Pusat ini ingatkan sudah tiada tetapi rupanya masih berdendam kesumat!

Jadi mangsa kebodohan sendiri!
Kita juga hairan bagaimana kerajaan boleh tunduk sehingga ke hari ini kepada sebilangan kecil pembangkang yang menentang projek ini sedangkan segala pakar telah dijemput untuk mengkaji projek tersebut dan membuat keputusan bahawa projek ini tidak merbahaya malah seluruh media diberikan kesempatan untuk menjengah operasi kilang ini namun kerajaan bagaikan takut untuk buat keputusan.

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri menyarankan agar projek itu diteruskan dan dalam tempoh opeasii dua tahun itu sekiranya ada tanda-tanda merbahaya,barulah boleh dihentikan dan bukan menghentikannnya sekarang kerana terpengaruh dengan hasutan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kerajaan  terutama MITI tidak perlu takut kepada desakan pengkhianat. Kalau sudah terbukti dan disahkan oleh pakar-pakar yang diterima oleh dunia bahawa operasi kilang Lynas di Gebeng itu selamat, patuhi peraturan dan undang-undang, keluarkanlah Pre-operating Licence yg berkuatkuasa selama 2 tahun itu.

Kalau dalam tempoh itu ada radiasi yang bahaya dikeluarkan oleh kilang itu sepert yang digembar gemburkan oleh pembangkang, tamatkan lesen itu dan arahkan kilang Lynas supaya ditutup serta merta.

Ada  konspiras Pheng dan bekas Menteri?
Tidak perlu gentar kepada pengkhianat seperti Fuziah, Pheng, Save Malaysia atau kumpulan fanatic PAS yang berselindung disebalik nama BADAR. Ini semua adalah sialan yang mahu menggagalkan projek tersebut termasuklah bekas menteri Pusat yang sedang merancang gerakan menjatuhkan Menteri Besar Pahang dan mengatur rakan-rakannya untuk bertanding dalam PRU13 nanti.

Ketatkan sahaja penguatkuasaan syarat-syarat, peraturan dan undang-undang yg perlu dipatuhi oleh Lynas. Sikap berdolak dalik ataupun sorong tarik MITI ini tidak akan menyelasaikan masalah malah boleh membantut usaha murni Perdana Menteri.

Kita percaya kalau beginilah cara kerajaan menangani isu Lynas ini,pelabur yang bersetuju untuk melabur akan menarik diri kerana tidak mahu terlibat dengan kontraversi yang sengaja diada-adakan ini. Ataupun pegawai-pegawai MITI sendiri sudah pun  dibeli untuk melewatkan pemberian kelulusan lesen ini?

4 comments:

usin said...

dah ada yg tarik diripun. siemens dh belah. kalau tak silap nk pegi kelang @ kulim. teruk betul la ko ni fuziah. khianat tempat sendiri utk kayakan negeri lain. ko rasa mcm sial tak ko ni...

Anonymous said...

org2 melayu patut sedar puak2 haramjadah PAS dan PKR ni selalu hasut utk memperbodohkan rakyat yg untungnya org cina tapi melayu dilembukan

Semut Hitam said...

Terbaik bro!!! Pinjam artikel ek. Kita kasi Fuziah Thoron ni terbogel.
Mohon linkkan blog Semut dalam senarai. Terima kasih.
httt://semuthitam80.blogspot.com

Unknown said...

mohon link blog..
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers