Wednesday, December 7, 2011
Amin macam budak kecik!
MEREKA selama ini begitu lantang memperjuangkan kebebasan bersuara.Tidak cukup dengan menulis mereka berteater,bertwitter dan bersajak.Tulisan mereka sinis,kritikal dan mencerca kerajaan serta pemimpin dalam diam.Tulisan mereka nampak macam orang baik-baik tapi dalam tulisan mereka mengandungi racun dan fitnah kalau diselak pemahamannya sehelai demi sehelai.

Teater mereka bergerak ke seluruh negara. Menggunakan berbagai-bagai watak dan falsafah tapi watak itu adalah pemimpin UMNO dan kerajaan.Falksafah mereka adalah memutarbelitkan segala fakta dan bukti.Mengangkat yang bathil sebagai teras perjuangan mereka.

Sajak mereka cukup hebat.Kalah Usman Awang,menangis WS Rendra kalau penyajak tersohor Indonesia itu hidup lagi bila menikmati sajak-sajak mereka yang begitu lantang dan celaka mengkritik kerajaan.Itu mereka namakan sebagai karya yang mempunyai nilai estetika tersendiri.

Bahasa yang mereka tweet dalam twitter masingmasing lagi buruk sifat lakunya. Pandangan mereka sahaja betul dan pandangan orang lain semua tidak betul serta fitnah semata-mata.Selama ini mereka angkuh sebab tidak ada orang yang mengajar mereka tetapi bila Papagomo mengajar mereka dengan bahasa yang sama,mereka aanggap itu fitnah pula.Memang siallah puak ni!

Mereka lambangkan pemimpin dalam karektor yang cukup jijik pada  setiap karya yang mereka adaptasikan.Mereka menghina menggunakan bahasa yang kadang-kadang cukup melankolik,hanya yang berfikiran seperti mereka sahaja yang akan memahami apa yang tersirat baik dalam teater ataupun sajak-sajak mereka.

Saat mereka mengkrtitik,mereka begitu sekali mendokong kebebasan bersuara kononnya itu suara anak muda.Kononnya itu suara pembaharuan yang perlu dihormati dalam demokrasi di Negara ini meskipun karya ataupun tulisan mereka semuanya bias menyokong pembangkang dan bagi kumpulan ini hanya mereka yang betul.Orang lain semua salah,semua fitnah.

Jadi bila ada pihak yang bangkit menyuarakan tentangan kepada suara mereka.Mereka anggap itu fitnah.Bila ada anak muda bangun mempertahankan kerajaan serta pimpinan,mereka anggap anak muda ini memfitnah mereka.tapi kalau tulisan itu menyokong segala pendirian mereka,mereka akan anggap itulah suara anak muda.Tak ke sial namanya tu?

Sikap mereka ini terbukti apabila seorang penulis yang mengaku kolumnis sebuah portal jijik bernama Malaysian Insider yang menggunakan nama Amin Iskandar menyaman blogger yang menggunakan nama papagomo.com kerana tulisan itu tidak menyokong beliau,mereka akan anggap itu fitnah dan satu laporan polis dibuat.

Rendahnya moral kolumnis ini.Dia sudah jadi macam budak-budak kecik bergaduh dan bila tak mampu melawan,dia balik rumah mengadu dengan mak atau bapak.Tapi pelik jugak kita,bila masa mereka ini percaya pada polis?Selama ini mereka maki hamun polis dengan berbagai-bagai gelaran termasuklah anjing dan berbagai-bagai lagi.

Papagomo ada pendiriannya dan sebagai seorang penyokong ataupun pengikut setia kerajaan,bila Menteri atau Timbalan Menteri diserang serta dipersendakan,menjadi tanggungjawab beliau untuk mempertahankannya sebagaimana orang yang mengaku sebagai Amin Iskandar itu mempertahankan Anwar Ibrahim serta pembangkang apabila diserang.Timbalan Menteri adalah ntar Ulul Amri tetapi orang yang mengaku nama Amin Iskandar itu belum tentu Ulul pun.

Tapi siapa orang mengaku nama Amin Iskandar ini?Warganegarakah ataupun dia juga adalah sebahagian agen yang diupah untuk mengkucar kacirkan Negara?Marah sungguh Amin kepada papagomo,adakah betul beliau kena liwat seperti Saiful ataupun Sukma?

Agen tertentu dan terlatih sahaja yang mampu membongkar hingga dapat segala nama penuh serta nombor kad pengenalan,itupun kalau betul orang yang mereka adu itu Papagomo.Com.Siapa pula dibelakang Amin Iskandar ini?Adakah orang UMNO sendiri yang memang tidak gemar dengan tindakan Papagomo.com yang konsisten menyerang Anwar Ibrahim? 

Atau Amin Iskandar cemburu dengan kejayaan Papagomo mendominnasi kejayaan sebagai penulis blog hari ini?Atau kawan Amin yang turut menemani Amin di Bala Polis Travers itu cemburu kerana selama ini dialah yang mengaku sebagai orang hebat dalam dunia blogger serta mengasaskan bloger itu dan ini?

Ada yang dakwa Amin ini kumpulan yang bertuankan CIA?Ada yang panggilnya Amin,ada juga yang panggilnya Black dan dia sentiasa berdiri teguh di belakang Anwar.itu yang didakwa.

Ini tulisan yang saya petik…Apahal pun, kami merujuk dan mengulang posting lepas mengenai Amin Iskandar. Rujukan sini menunjukkan dia adalah sebahagian dari bekas NGO Mafrel atau kini dinamakan National Institute for Electoral Integrity (NIEI). Amin adalah Ekxecutive Direrctor NIEI.

Semasa Bersih 2.0, NIEI adalah penaja yang membawa masuk ahli Komunis Phillipnes dan aktivis pelajar dari Korea yang mungkin sekali pakar bom molotov.

NIEI atau MAFREL adalah sebahagian dari alat CIA untuk menjatuhkan kerajaan secara subversif atau covert melalui proses demokrasi kononnya. Baca di AIDC sini dan berita pengakuan MAFREL sini.

Puak-puak macam Amin dan sahabatnya di Universiti Bangsar Utama (UBU)memang hebatlah mendebat dan menyajakkan mengenai demokrasi, ahak asasi manusia, kebebasan bersuara, dan lain-lain hujah onani penjajah Amerika.

Selain itu, UBU adalah juga "pusat mengamal hisap ganja dan dadah khayal." Otak, impian dan pemikiran mereka pun khayalan dan unrealistik juga. Typical Mat Mat Seni ...

Tidak susah Papagomo, tulis baik-baik satu laporan dan laporkan Amin ini kepada polis sebagai collaborator CIA.

Difahami ada blogger yang kononnya pro UMNO dan dibiayai seorang Menteri dan bekas exco Pemuda UMNO ada bersama Black membuat laporan.

Ini satu lagi petikan…Apa punya manusia la si Amin Black ni, selama ini aku anggap brader ni mengamalkan kebebasan bersuara. Rupanya aku silap beb.

Amin Black tak leh terima apabila orang bersuara dan menentang dia, terbaru si Black ni nak buat report polis terhadap blogger no. 1 Malaysia iaitu Papa Gomo.

Alah, baru sikit kena sungkit dengan Gomo, terus hilang telor Amin Black ni. Apa benda la brader black ni. Menggelupor semacam je. Kata pejuang reformasi la, pejuang kebenaran la, baru kena sikit dah report polis?

Come on la bro, this is very not the UBU gang la. Alamak selama ini apa yang korang banggakan pasal kebebasan bersuara kira dah terkubur la. Kira lu orang ni cakap tak serupa bikin la kan?

Artikel aku ni pun kau nak report polis ke Amin? Eeuuuwwww

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers