Monday, December 12, 2011

Kandungan pembohongan PAS!
AKHIRNYA  Hudud yang PAS jerit pekik hingga hingar bingar negara selama ini tersungkur hasil tekanan dan desakan daripada sekutu mereka DAP yang tidak mahu PAS menjadikan Hudud adalah sebahgian daripada manifesto parti itu menjelang PRU13 nanti dan sebagai mahu membuktikan kesetiaan serta rasa cinta mereka kepada DAP, PAS  mengemukakan dokumen polisi terbarunya yang langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud.

Kokok PAS selama ini berdera-derai tetapi akhirnya membuktikan ekor mereka penuh najis.
Perjuangan PAS yang selama ini berteraskan Al-Qur`an dan Sunnah serta bercita-cita untuk mendirikan daulah Islam hingga sanggup mengkafirkan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan UMNO serta Barisan Nasional menjadi puing-puing yang diterbangkan angin lalu. Mereka sudah tidak menawarkan Hudud tapi menawarkan syurga kepada rakyat yang menyokong pakatan pembangkang.

Satu ketika dulu,PAS pernah menyifatkan bahawa gabungan UMNO dengan MCA serta MIC adalah seperti memasak gulai kawah dan di dalamnya ada daging babi tetapi hari ini PAS memilih untuk menjadi daging babi itu bagi dimasak sekali dengan DAP serta PKR.

PAS selama ini melacurkan agama,menipu serta mengelirukan rakyat supaya terus menyokong mereka kerana perjuangan mereka itu lebih Islam dari UMNO.Perjuangan mereka lebih berakidah dan bermatlamatkan lebih Islam dari UMNO.PAS keliru serta perdayakan hampir 20 tahun rakyat Kelantan yang begitu bercita-cita untuk melihat daulah Islam berpaksikan Kelantan sebagai rujukannya.

Namun hari ini segala muntah yang PAS luahkan terhadap UMNO,segala caci maki mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional,PAS terpaksa menjilatnya kembali dan lebih rela menjadi kuda tunggangan DAP sertya PKR kononnya yang bakal menjanjikan kuasa kepada mereka seandainya menang PRU13 nanti.

PAS sudah jelas menipu rakyat,mengelirukan dalam perjuangan parti mereka yang sudah ada pihak-pihak tertentu tidak lagi menganggap PAS itu sebagai parti politik tetapi sudah terang-terangan berani mengatakan PAS itu agama,Nik Aziz itu Nabi.

Walau bagaimanapun, presidennya,Abdul Hadi Awang berkata konsep yang mahu dibawa PAS itu masih mengikut panduan yang ditetapkan dalam Al-Qur’an.

Janji pemimpin munafik!
Dalam buku  'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS'  yang baru mereka lancarkan,PAS mengulangi segala janji-janji lama,membaca skrip lama yang tidak pernah berubah kecuali tarikhnya sahaja.Janji-jani yang mereka tawarkan setiap kali menjelang pilihanraya dan tidak pernah mereka tunaikan walaupun menang di Kelantan dan Kedah.PAS parti yang kononnya Islam tetapi memilih untuk bersekongkol dengan segala penyelewengan akidah umat Islam,bagai merestui  segala gerakan termasuklah memurtadkan umat Islam.

Buku baru yang PAS lancarkan berteraskan Buku JinggaY bakal membawa rakyat dan Negara ini jauh terkebelakang.Mendepani Negara dengan kemusnahan,mengheret perpecahan yang berpanjangan,meruntuhkan sistem ekonomi rakyat dan Negara yang sedia ada malah konsep buku ini tidak jauh bezanya dengan konsep Malaysia Malaysian yang ditaja oleh DAP serta kesamarataan seperti PKR perjuangkan.

Janji-Janji PAS ini cukup manis dan enak sekali didengar.Mereka berusaha untuk menipu rakyat,seolah-olah rakyatlah pemerintah daripada Perdana Menteri hingga ke seluruh dasar kerajaan,kononnya pembangkang hanyalah alat dan rakyatlah yang membuat keputusan.Menarik argument yang PAS tawarkan ini..!

Rakyat yang buta hati perut dan pendek akal fikirkan akan menerima bulat-bulat segala yang PAS tawarkan dalam buku Negara Berkebajikan-Tawaran PAS ini.Rakyat akan terpedaya dengan segala cirri-ciri munafik seperti yang digariskan dalam buku itu apatahlagi segala janji-janji itu diucapkan oleh pemimpin munafik yang sekian lama menipu umat Islam Negara ini.Berjanji tidak perlu ada harga!

Kata Hadi Awang,PAS memperincikan 10 agenda yang ditawarkan - menyentuh kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama.Buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulisnya sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku tersebut adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkannya dalam Muktamar Tahunan PAS ke-57 Jun lalu yang bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan".

Sementara itu, agenda 10 mata dokumen Detail PAS untuk kerajaan yang adil, bersih dan amanah, penyayang, aman dan masyarakat yang bersatupadu dan ekonomi yang mapan, yang seimbang dan saksama.

Selepas pelancaran dokumen itu, Abdul Hadi memberitahu pemberita bahawa moral pemimpin negara adalah sangat penting untuk memastikan bahawa  mereka tidak mencuri kekayaan Negara dan persoalannya adakah Anwar Ibrahim itu pemimpin bermoral?Hadi itu sendiri bermoralkah apabila beliaulah pemimpin PAS pertama yang mengeluarkan deklarasi mengkafirkan sesiapa sahaja yang menyokong UMNO di Bukit Peradung tidak lama dulu?

PAS telah menabur janji untuk kesekian kalinya dan adakah kali ini rakyat akan terperangkap lagi dengan janji-janji pemimpin PAS ini sedangkan janji-janji mereka selama ini tidak ada satupun yang mereka tunaikan.Tapi kita percaya ada rakyat yang akan menelan janji-janji PAS ini kerana rakyat hari ini lebih percaya kepada janji daripada percaya kepada fakta dan bukti.

PAS kafir..Allah Bersama UMNO..!

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers