Sunday, December 11, 2011

PEGUAM Zulkifli Nordin, antara yang pertama membela Anwar Ibrahim yang berhadapan kes liwatanya pada tahun 1998. Beliau bersungguh-sungguh mempertahankan mantan Timbalan Perdana Menteri berkenaan dan sanggup menghadapi pelbagai risiko termasuklah disumbat dalam kurungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Malah beliau sanggup berbuat apa sahaja untuk Anwar dan pernah digelar Panglima semasa ditahan di bawah ISA kerana begitu taksub dengan bosnya itu.Itu dahulu,kini, beliau sudah pusing 360 darjah daripada penyokong dan pembela Anwar dan kini pusing merata tempat untuk menentang bekas idolanya itu.

Kenapa peguam yang kini bergelar Datuk dan menjadi ahli parlimen bebas di Kulim Bandar Baru meninggalkan pakatan rakyat dan menentang mereka?

Sebabnya adalah beliau tidak mahu ditipu, dibohongi dan diperdaya lagi dan tidak mahu rakyat memberi sokongan kepada Anwar yang disifatkannya orang yang paling tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi bergelar Perdana Menteri.

Katanya, bukan beliau sahaja yang tidak mahu lagi bersama-sama Ketua Pembangkang itu malah kesemua lapan orang lagi peguam bela yang mempertahankan Anwar kes liwat pertama tidak lagi bersamanya dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Beliau juga meminta orangramai berfikir kenapa semua sembilan orang peguam yang membela Anwar pada tahun 1998 tidak kembali membantunya dalam kes liwat 2008 melibatkan Saiful yang juga bekas kakitangannya.

"Anwar pembohong,dia tipu. Dulu saya percaya.  Dua belas tahun saya kena tipu.. tetapi Tun Dr. Mahathir terkena 20 tahun," katanya ketika menyampaikan ceramah anjuran Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Rukun Tetangga Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, Jumaat malam.

Kini barisan peguam Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh kebanyakan terdiripada dari bukan Islam.

Dalam ceramahnya kira-kira 90 minit itu Zulkifli, bekas pemimpin PAS yang bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya 2008 itu mendedahkan pelbagai pembohongan seperti kes 16 September yang diuar-uarkan sebagai tarikh pengambilalihan Putra Jaya, majlis angkat sumpah di Istana Negara dan kononnya pihak Angkatan Tentera juga berada di belakang pakatan pembangkang.

Beliau juga cerita bagaimana Anwar pernah mendakwa Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu menemui beliau kerana mahu memohon maaf.

"Apabila saya tanya pada Zaid Md Arip (cucu Ghafar), Zaid kata memang dia yang aturkan temujanji tetapi Anwar yang mahu memohon maaf kerana melawan Tun Ghafar dalam UMNO.  Akhirnya Zaid minta datuknya batalkan sahaja pertemuan itu,'' ujarnya.

Menurut Zulkifli, beliau berpaling kerana meragui pendirian Anwar terhadap agama dan sangggup berbuat apa saja demi memenuhi hasratnya.

"Kini PAS sudah gadaikan perjuangan Islamnya kerana itulah yang Anwar mahu. Fikirkanlah betapa bahayanya Anwar jika menjadi Perdana Menteri.

"Saya dah tengok dia rungkaikan pakatan rakyat dan PAS. Saya tidak akan duduk diam-diam,"Sebagai ahli parlimen, saya ada amanah. Saya kenal Anwar dan akan tentang dia secara terbuka kerana saya perlu beritahu," ujarnya.

Zulkifli juga mendakwa Anwar ada berjanji yang mahu melantik beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal Islam semasa pelan 16 September.
Juga dakwannya janji seumpama itu juga ditabur pada Ahli Parlimen BN yang cuba dipancing sertai pelan 16 September itu.

Mengulas lagi tentang kes liwat Saiful, Zulkifli berkata Anwar tidak berani bersumpah di mahkamah dalam kes liwatnya dan memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh sahaja.
Katanya, dengan berada di kandang, peguam atau hakim sendiri tidak boleh mengemukakan pertanyaan.

"Tetapi dia pusing keliling bagitau dia belasah hakim dan sebagainya di mahkamah. Betullah tak ada yang jawab sebab tidak dibolehkan. Dia cakap seorang sahaja, tetapi orang kampung percaya," katanya.

3 comments:

aliffmy said...

Anwar ini memang hebat. Tak dinafikan kehebatannya memutar alam supaya semua jadi miliknya. Teruskan Tok, belasah sampai bernanah pengkhianat agama ini.

Anonymous said...

kita tak pelik orang inner cirle masih bergayut kat anwar...kerna
jawatan,kuasa dan wang melingkari
kehidupan mereka...sedikitpun tak hendak dlepaskan!!!!

akan tetapi kita pelik sungguh jika
ader (memangpun masih ader!!)akar umbi yg muda dan bersikap pembengis
dlm PKR masih percaya kat anwar!!

mungkin masih tertutup mindanya utk
menerima kebenaran dan keterangan sesunguhnya bukti dan fakta diberi!!!

Tok Garu said...

..Anu WAR Al Jubb memang hebat. Usahkan setakat Tok Guru Nik Aziz yg kasyaf itu pun dia boleh 'kencing'..Presiden Ulamak Sedunia, Yusoff Qardawi pun dia 'kencing' sampai hacing berkunyit..

..adakah ciri2 Si Dajal dan Yuajuj Maujuk telah zahir dan menyerlahkan diri. Mungkin dunia sudah akhir zaman..????

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers