Wednesday, November 16, 2011

Jangan layan debat gila DAP!
BETUL sangatlah tindakan Ismail sabri menolak cabaran Cina DAP untuk berdebat tentang Kedai Rakyat 1Malaysia.Tindakan Menteri ini boleh kita sifatkan sebagai cerdik kerena tidak membenarkan dirinya dijadikan perangkap nafsu kegilaan Cina-Cina DAP untuk menggagal atau membantutkan usaha kerajaan mengurangkan bebana rakyat dalam menghadapai isu kenaikan harga barang di pasaran.

Cina DAP akan sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka dan usaha mereka memburukan pengeluaran susu sebagai satu lagi usaha jahat apabila Cina DAP ini tahu bahawa yang mengeluarkan susu untuk dipasarkan di pasaran Kedai Rakyat 1Malaysia itu milik sepenuhnya orang Melayu.

Tony Pua sedang mempertahankan bangsanya yang semakin terhimpit perniagaan mereka dengan kemunculan KR1M dan Ismail Sabri bukan sahaja harus mempertahankan KR1M tetapi bertanggungjawab mempertahankan perniagaan bangsanya sendiri yang baru sahaja diberikan peluang menguasai pasaran seperti mana Tony Pua mempertahankan agenda bangsanya.

Setiap barangan yang Tony Pua adalah produk keluaran syarikat-syarikat milik penuh orang Melayu dan barangkali kerana melayu yang mengeluarkan produk susu sebab itulah Cina DAP ini bersungguh-sungguh berusaha untuk mengsabotaj pengeluaran ini dan tidak mungkin Tony Pua akan bertindak sebegini rupa andainya susu itu dikleluarkan bangsanya.

Ismail Sabri jangan sesekali membiarkan diri beliau dan kementeriannya dijadikan alat politik oleh mereka ini kerana yang lebih penting hari ini, bila pembangkang sering memutarbelitkan kononnya harga barang naik,tndakan beliau melalui kementeriannya mewujudkan inisiatif mengurangkan harga di pasaran membuatkan mereka ini terdedah segala macam penipuan tentang hrga barang ini kepada rakyat.

Pedulikan cabaran DAP itu.pembangkang akan tidak senang bila rakyat Negara ini senang dan mereka rela rakyat susah kerana inilah modal untuk mereka memburukkan kerajaan Barisan Nasional

DAP akan tetap tidak senang dengan sebarang usaha kerajaan untuk membantu rakyat secara keseluruhan.mereka akan menggunakan apa sahaja cara agar rakyat benci kerajaan.Jadi tindakan ismail sabri ini kena pada masanya,jangan melayan sebarang karenah gila pemimpin yang sedang mengajak rakyat untuk tidak berpijak di bumi nyata ini.
Sebelum ini dalam perkembangan sama Ismail Sabri Yaakob menolak cabaran PDAP untuk berdebat berhubung kontroversi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didakwa menjual produk pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula lebih rendah.

Ismail Sabri berkata cabaran yang dibuat oleh setiausaha publisiti DAP Tony Pua supaya perbahasan itu bakal yang disiarkan menerusi televisyen dibuat dengan niat untuk menggagalkan projek berkenaan dan mencari kesalahan kerajaan.

"Mereka tidak berminat untuk bantu rakyat Mereka mahu kedai 1Malaysia ditutup dan boleh berkata: '... Tengok BN sama dengan)Barang Naik . Dan kerajaan gagal untuk mengekalkan kos hidup yang rendah',

"Jelas dari awal lagi Pua berniat jahat, jadi saya tidak berminat. Saya hanya berminat berdebat dengan orang-orang yang ikhlas yang mahu membantu rakyat," katanya.

Katanya, adalah lebih produktif jika Pua dan konco-konconya menghubungi kementeriannya dengan penyelesaian dan bukannya mengadakan sidang akhbar harian mengutuk kedai 1Malaysia.

"Kami tidak bertolak ansur dengan kualiti. Jika KR1M buat silap, kami akan meminta mereka untuk memperbetulkannya.

"Apa yang kita tidak mahu adalah fitnah, seperti fitnah terhadap harga (KR1M). Itu tidak betul," kata Ismail Sabri.


0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers