Monday, November 14, 2011
Ini buku pertama...
SUDAH dua buah buku ditulis oleh Shahbuddin Hussin,bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju menyerang kepimpinan PM Najib dan kedua-dua buku tersebut dibiarkan terjual bebas di pasaran dan menyusul pula sebuah buku yang ditulis oleh Syed Hussien Al-Atas berjudul Konspirasi Pak Lah-Susilo,buku Syed Hussin atau Pak Habib ini lagi kritikal menyerang Najib dan Rosmah.


Buku Shahbudin yang berjudul Najib-PM Terakhir dan Kesilapan2 Najib sekiranya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan ataupun penafian termasuklah buku Pak Habib bakal dijadikan modal politik pembangkang  dan musuh-musuh politik untuk terus membetikan tekanan kepada kepimpinan Najib sebagai PM dan juga Presiden UMNO serta Pengerusi BN.


Betul atau tidak fakta dalam buku tersebut adalah soal kedua kerana apa yang penting bagi mereka,ini adalah modal terbaru untuk mereka menghasut rakyat berpandukan segala yang ditulis dalam buku-buku tersebut dan pada rakyat yang semakin buta hati dan fikiran mereka,mereka akan menerima serta menelan bulat-bulat apa yang dihasut oleh pembangkang.


Bukan masanya juga untuk tahu siapa di belakang penerbitan buku-buku ini kerana buku-buku tersebut telahpun berada di pasaran dan dijual secara meluas termasuklah di poskan kepada orang-orang tertentu.


Dan malang bagi Najib kerana tidak ada seorang pun baik Menteri,Timbalan Menteri ataupun Ketua-Ketua Bahagiandan ahli-ahli UMNO yang sanggup ke depan mempertahankan Najib bagi menyanggah segala yang tertulis dalam buku-buku itu.Mereka semua berdiam diri dan melihat sahaja segala serangan ataupun fitnah yang ditulis ole penulis ini.Seolah-olah mereka rela Najib dan isterinya dicerca sedemikian rupa ataupun memungkinkan ada di kalangan mereka yang turut bersekongkol menyalurkan maklumat untuk dijadikan bahan tulisan.


Dalam saat UMNO sedang memulihkan semangat untuk kembali bersaing gagah dalam PRU13, malangnya sudah ada usaha-usaha nakal termasuklah penerbitan buku sebegini untuk mencalar imej UMNO dan Najib yang semakin pulih ini.Serangan bertali arus dalam corak sebegini silap gaya tangkisnya mampu memakan diri sendiri.


Betul atau tindakan Shahbudin itu bukan lagi perkara penting tetapi membenarkan beliau menconteng arang ke muka Najib dengan segala kritikan tersebut adalah sesuatu yang membimbangkan apabila ahli UMNO seperti Shahbudin boleh bertindak sedemikian rupa dan 'serangan' Pak Habib bukan sahaja pada Najib tetapi pada Rosmah cukup `menggerikan’.


Shahbudin terus menyerang Najib dalam buku keduanya,
Saya tidak pandai mempersoalkan niat seseorang dan kita tidak tahu apa niat mereka di sebalik penerbitan buku ini.Adakah mereka mahu menegur dan mengkrtitik secara terbuka ini atau niat-niat lain sebaliknya kerana kita hanya mahu mempersoalakn apa pegawai-pegawai PM lakukan supaya tidak ada pihak mengambil kesempatan mencalar imej Nib dan isteri sedemikan rupa atau mereka ini hanya sekadar melangut di pejabat,makan gaji buta dan tidak peduli apa yang sedang berlaku sekeliling mereka. Betullah kata orang,Najib bukan sahaja menggalas cabaran menyakinkan rakyat tetapi dalam masa yang sama menyimpan duri dalam daging.

Ini semuanya tidak patut dibenarkan berlaku sekiranya semua pegawai PM sentiasa mengawasi penerbitan buku yang bercorak negatif seperti ini. Dan rakyat hari ini yang sudah termakan dengan segala hasutan pembangkang akan mudah mempercayainya dan kesan yang bakal tertanggung bukan sedikit bebannya.

Dan lagi besar balanya apabila sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun yang tampil untuk mengambil sebarang tindakan terhadap buku ini.Kalau buku ini fitnah,proses undang-undang harus dilakukan kepada penulis dan penerbitnya malah kita percaya buku-buku ini akan turut dijual secara meluas pada Hari Perhimpunan Agung UMNO akan datang

Atau barangkali ramai yang disekeliling PM Najib mahu Najib digulingkan sebelum sampai waktunya?Atau memang ada gerakan dari dalam yang mungkin tidak puas hati dengan Najib mendalangi penerbitan buku-buku seperti ini?

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers