Wednesday, November 23, 2011
Madrasah Salihiah Kanchut bakal dirobohkan untuk dibina Plaza Tunku Yaacob |
BANYAK kali sudah saya menulis mengenai sikap hipokrasi dan munafik orang kita, iaitu orang Melayu beragama Islam di negara ini. Cakap tak serupa bikin. Matlamat menghalalkan cara. Akhirnya yang rugi ialah bangsa itu sendiri.
Apabila terkena di atas batang hidung sendiri semua senyap. Ya, semuanya yang salah menjadi betul. Sehinggakan Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar berusia lebih 100 tahun, yang diumumkan oleh kerajaan Pas Kedah mahu dirobohkan, pun menjadi betul.
Semua orang senyap sunyi. Hanya 30 orang sahaja kariah yang berdemo. Tiada perbincangan dalam blog. Tiada kata-kata yang menuduh kerajaan Pas Kedah zalim, mahazalim, mahafiraun kerana mahu merobohkan sebuah madrasah – rumah suci umat Islam untuk dijadikan sebuah kompleks beli-belah.
Apa kata sekiranya kerajaan Kedah yang mahu merobohkan madrasah itu ialah Kerajaan Barisan Nasional (BN)? Saya rasa akan ada pak-pak lebai Pas yang sanggup tidur di atas jalan bagi mempertahankan madrasah itu.
Kini, tiada apa-apa berlaku. Malah kerajaan negeri pimpinan ustaz Azizan pula berkata siapa yang menentang ‘projek pembangunan’ itu dengan merobohkan madrasah itu sebagai orang bingai, atau tak reti bahasa atau dalam bahasa Inggeris yang bersopan ignorant atau jahil.
Wahai pembaca sekelian. Madrasah itu bukanlah madrasah biasa atau surau baru. Ia telah berusia lebih 100 tahun dan menjadi salah satu bangunan warisan Kedah di kota raya Alor Setar tua itu.Perlu disebut, Alor Setar ialah salah sebuah bandar yang tertua di dunia, berusia sekitar lebih 200 tahun.
Bangunan-bangunan tua seperti Madrasah Salihiah Kanchut itu sepatutnya diperbaiki dan perindahkan seperti Masjid Zahir Alor Setar – bukannya dirobohkan.
Madrasah itu sepatutnya dijadikan bangunan warisan. Carilah tanah lain untuk didirikan kompleks beli-belah itu atau biarkanlah madrasah itu berdiri megah di keliling pusat beli-belah tersebut.
Yang mahu dirobohkan ini pula bukan bangunan tua yang bukan-bukan, ia adalah tempat ibadah yang maha suci umat Islam. Islam pula ialah parti yang kononnya didokong oleh parti Pas, parti yang memerintah Kedah sekarang?
Apa sudah jadi ini? Mana pergi hulubalang Pas yang sanggup tidur di atas jalan di Kuala Kangsar dulu dan sanggup menjadikan tubuh badan sebagai perisai di hadapan kereta FRU semasa demo Bersih dulu? Pergilah pertahankan madrasah berusia 100 tahun itu.
Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)
Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya. Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?
Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.
Oleh kerana surau itu sudah menjadi markas pengikut Pas, maka mereka melancarkan tentangan hebat dan blog-blog memainkan peranan dengan melancarkan kempen zalim terhadap kerajaan negeri.
Jika sebuah surau sementara di bawah sebuah flat Jubli Perak itu pun ditentang habis-habisan oleh puak Pas, bandingkan pula Madrasah Salihiah Kanchut berusia 100 tahun? Kenapa senyap sunyi?
Oleh itu wahai sahabatku di Kedah, cubalah lihat hipokrasi yang anda semua tunjukkan. Sesungguhnya kami sedih kerana anak-anak kami dan kaum kerabat kami telah dikelirukan oleh anda semua selama ini.
Kelmarin ustaz Azizan dengan megah menaiki jentera backhoe membuat upacara pecah tanah – tanpa mempedulikan tunjuk perasaan kariah. Kompleks membeli-belah itu berharga RM500 juta. Turut hadir ialah Pengarah Urusan syarikat pemaju, Belleview Group, Datuk Sonny Ho, sebuah syarikat berpangkalan di negeri pakatan, Pulau Pinang.
Sesungguhnya Allah amat murka dengan orang yang munafik. Antara ciri-ciri munafik yang berat ialah: Apabila berbicara selalu berbohong (Orang ini tidak boleh dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkan); Apabila berjanji tidak ditepati, dan; Apabila diberi kepercayaan mereka mengkhianatinya.
Semua ciri itu adalah bertentangan sama sekali semasa mereka berjanji ketika pilihan raya lalu.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
5 comments:
Assalamualaikum, salam 1 malaysia
Tuan,
Seandainya tidak keberatan tolong masukkan link ini kedalam blog list tuan. kerjasama tuan amat dihargai dan terima kasih.
N9kini.net
url: http://www.n9kini.net
Sekian,
Salam perjuangan.
Teringat saya peristiwa kg bujal terengganu dulu..pas mengamok sakan..jgn lupa, sampai ke parlimen di bincang.....
ha54x...
terima akibatnya kalo org yg mengaku alim ulamak bersifat munafik.....
PAS AKAN ROBOH SEMUA MASJID DAN SURAU DI KEDAH KER...
JAHANAM KEDAH....
kerajaan pas kedah telah melampaui batas batas peradaban manusia
sanggup berbohong kepada rakyat kedah bahwa mereka ganti surau yang baru..
ITU ADALAH JANJI PALSU...
KERANA APA..
KERANA....AZIZAN SENDIRI TIDAK TAHU MENAHU TENTANG TANAH WAKAF INI...DIA TELAH DITIPU OLEH PEMAJU..YANG BERMATA DUITAN..
DISEBUT MUFTI TELAH SETUJU..MAIK DAN SETUJU AMBEK DUIT..
UNTUK MAKLUMAN YANG DITERIMA..MAIK TELAH BERPAKAT DENGAN PEMAJU UNTUK TERIMA WANG..ENTAH DIMANA WANG ITU..
TETAPI AJK MADRASAH SALIHIAH JALAN TAMBANG BADAK..TIDAK SAMA SEKALI BERSETUJU UNTUK MENERIMA WANG PAMPASAN...
WANG PAMPASAN ITU TIDAK PENTING..TETAPI HANYALAH UNTUK ...MELEPAS DIRI MAIK..UNTUK MEROBOHKAN SURAU YANG TERTUA DI KEDAH TU..
ITULAH PENGKHIANAT AGAMA ISLAM..KERANA APA..KERANA..GEREJA YANG BERDEKATAN YANG BERADA DI KAWASAN PROJEK YANG SAMA TIDAK DIROBOHKAN...SATU MUSLIHAT KRISTIAN PADERIM SONNY HO..
AZIZAN TERLAH DIPUKAU...OLEH ORANG NYA SENDIRI ..IAITU...AMER DAN JAHUBAR..CARILAH SIAPA MEREKA..