Wednesday, November 23, 2011

KITA bersetuju dengan pandangan Ahmad Zahid Hamidi,Naib Presiden UMNO yang mahu semua pihak dalam UMNO menghentikan sengketa sesama sendiri demi menjamin kemenangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum akan dating dan sekaligus bersetuju untuk gencatan senjata,melupakan pertelingkahan dalaman ataupun di peringkat bahagian.

Beliau mahu semua masalah dalaman parti  diselesaikan sebelum parti bersedia menghadapi pilihanraya umum ke 13 bahkan semua hulubalang di peringkat akar umbi perlu memastikan bahawa bukan saja pedang mereka tajam tetapi juga mempunyai bala tentera di belakang.

Selain itu, untuk berdepan dengan pilihanraya umum paling getir ini, kata Menteri Pertahanan itu, unsur sabotaj seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lepas perlu dihentikan bagi memastikan calon yang ditampilkan Umno untuk bertanding menang.

Sambil menegaskan Umno perlu berada dalam keadaan "cacat sifar" sebelum pilihan raya umum, beliau berkata perbuatan sabotaj boleh dihindari sekiranya setiap anggota Umno bersatu padu dengan segera menyelesaikan setiap permasalahan di peringkat cawangan dan bahagian.Menurutnya, memegang jawatan tinggi di mana-mana peringkat bukan jaminan bagi individu itu dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

"Namun yang agak menggusarkan kepimpinan atasan adalah permasalahan daripada segi kepimpinan di peringkat bahagian yang istilah politiknya dipanggil warlord (hulubalang) yang mahu terus memberikan penekanan bahawa mereka telah mengasah pedang begitu lama... hendak tajamkan (memperkukuhkan) kuasa dan mencengkam pengaruh di kawasan masing-masing, maka akan berlakulah masalah 'intra-party'.

"Kalau tiada tentera di belakang, hanya kita sebagai jeneral (sahaja) yang ada pedang yang tajam, kita akan kalah dalam perang. Oleh sebab itu kita perlu mempunyai bala tentera yang berada di belakang dan mendapat sokongan semua," katanya.

Ahmad Zahid berkata perkara itu adalah antara mesej penting yang akan disampaikan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2011, yang bermula Selasa depan.

"Ini memandangkan pengalaman kita pada pilihan raya umum ke-12 memperlihatkan bahawa permasalahan dalaman yang tidak diselesaikan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan banyak calon Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu sidang media khas.
.
Katanya satu kajian akademik mendapati pemilihan calon yang baik mampu menyumbang sebanyak 31 peratus kemenangan parti manakala jika permasalahan dalaman dapat diselesaikan, ia boleh menyumbang lebih daripada 50 peratus.

Naib Presiden Umno itu menegaskan selain perlu memberi sokongan padu pada calon yang dipilih pucuk pimpinan, anggota parti hendaklah melupakan segala kepentingan peribadi bagi memberi kemenangan kepada calon.

"Saya hampir pasti Presiden dan Timbalan Presiden parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tentunya akan memberi penekanan bahawa kita tidak boleh berkompromi dengan aspek kekalahan mana-mana calon hanya disebabkan oleh masalah yang tidak dirungkaikan di peringkat bahagian," katanya.

Ahmad Zahid berkata anggota parti juga perlu melipatgandakan usaha untuk menawan negeri yang dikuasai pembangkang -- Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang -- serta kembali menguasai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Kepada soalan mengenai pengaruh yang dimainkan media baru seperti blog, Twitter dan Facebook, Ahmad Zahid berkata pada pilihan raya umum yang lepas, media baru itu dilihat penyumbang terhadap penolakan rakyat terhadap calon BN.

"Media sosial telah menjadi satu faktor yang menyumbang kepada hakisan pengaruh politik kerana media sosial adalah satu pengantara media yang dianggap cukup berwibawa sehingga meminggirkan media arus perdana.

"Pihak antagonistik mengambil peluang kredibiliti media sosial tetapi selepas berada di khalayak lebih lima tahun, banyak maklumat dalam media sosial tidak mencapai tahap kredibiliti dan tidak berdasarkan fakta tetapi lebih kepada spekulatif, imaginatif dan hentam keromo menyebabkan kredibiliti pengamal media sosial menurun," katanya.

Beliau berkata inisiatif Perdana Menteri mewujudkan blog serta mempunyai akaun Twitter serta Facebook adalah tepat bagi menarik sokongan rakyat termasuk golongan belia yang mudah terdedah dengan pelbagai maklumat tidak tepat di Internet.

Menyentuh hasrat pembangkang untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya umum, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata ia adalah sesuatu yang baik.

"Ini kerana ia akan memberi kelebihan kepada BN. Apabila semua pilihan raya di setiap negeri selesai, kita akan memberi tumpuan penuh kepada negeri yang dikuasai pembangkang dan sekaligus merampas semula negeri tersebut.

"Saya tidak fikir mereka akan menang kerana kebanyakan janji mereka dalam manifesto 2008 gagal ditunaikan dan rakyat tidak boleh lagi dibutakan dengan janji retorik mereka," katanya.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers