Thursday, November 10, 2011
Belajar tinggi-tinggi tapi bodoh!
MALANG sungguh Rafizi Ramli,anak muda yang belajar hingga ke Leeds University akhirnya mempraktiskan segala pendidikannya untuk menjadi penipu,memutarbelitkan fakta,pemfitnah dan membenarkan dirinya diperbodoh dan diperalatkankan oleh Saifuddin Nasution dan juga Zuraida,Ketua Wanita KeADILan untk menyerang National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC),syarikat yang diterajui oleh Dato Sri Mohd Salleh Ismail.

Ketidakmatangan Rafizi menilai kepentingan projek Pusat Fiflot Nasional sebagai sebuah syarikat yang diterajui oleh orang Melayu sepenuhnya menterjemahkan bahawa pendidikan bertaraf tinggi anak muda ini tidak digunakan sebaiknya untuk kepentingan bangsa dan Negara ini malah kebodohannya menilai projek berharga RM250 juta itu cukup membimbangkan sejauh mana daya fikir anak muda yang pernah mendapat pendidikan di MCKK ini.


Projek ternakan lembu selama ini dimonopoli oleh bangsa asing dan apabila Melayu berpeluang untuk membangunkan projek ternakan ini, ada orang Melayu termasuklah Rafizi tidak senang ataupun adakah berkemungkinan Rafizi alat kepada bangsa asing itu untuk menjahanamkan projek ini dan memangsai syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kewangan ini?


Rafizi yang bagaikan menjadi budak suruhan Saifudin dan Zuraidah cuba memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat bagi mempercayai fitnah dan pembohongannya kononnya syarikat ini telah diberikan geran percuma oleh kerajaan untuk membangunkan NFC sama sekali tidak masuk akal kerana jelas syarikat ini sebenarnya meminjam daripada kerajaan. Bila meminjam syarikat ini kena bayar balik bila sampai tempoh yang telah ditetapkan.


Namun atas dasar kepentingan politik kerana Mohd Salleh adalah suami kepada Shahrizat, Rafizi hilang sifat kemanusian serta kewarasannya dan  mencela Sharizat kononnya wujud unsur-unsur kronisme ekoran syarikat ini dianggotai oleh suami dan anak-anak Shahrizat.Tidak boleh berniaga rupanya bila isteri atau ibu menjadi Menteri!


Salahkah mereka ini diberikan peluang kerana Mohd Salleh berpengalaman serta berkelayakan termasuklah membangunkan Taman Teknologi dan apa salah Shahrizat hingga begitu sekali Rafizi dan kumpulannyanya menghina Ketua Wanita UMNO Malaysia ini hingga Shahrizat dituduh merompak wang rakyat?Tuduhan yang jijik ini biasanya diluahkan oleh orang-orang jijik yang sudah biasa dengan dunia jijik.


Adakah serangan bertali arus Rafizi ini seolah-olah mahu memberitahu rakyat bahawa walaupun berkemampuan dan berkelayakan anak ataupun suami seorang Menteri itu tidak layak berniaga dan hidupnya perlu mengharapkan belas ehsan daripada isteri yang memegang jawatan Menteri?Secara halusnya Rafizi seolah-oleh menggalakan suami menjadi dayus dan anak-anak sampai ketua terus hidup di bawah ketiak ibu bapa dan dilarang berusaha sendiri.Ini satu penghinaan yang tidak layak dimaafkan!


Perniagaan Mohd Salleh ini mungkin salah seandainya ketika itu Shahrizat Menteri di Kementerian berkaitan dan kita bersetuju Shahrizat membuat tindakan yang salah kerana meluluskan projek tersebut kepada keluarganya tetapi projek ini diluluskan oleh Kementerian Kewangan dengan dikawalselia oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Di mana salahnya Shahrizat dan kenapa Shahrizat yang dicela serta dicerca seolah-olah satu dosa yang cukup besar beliau lakukan?


Apa salah anak-anak Shahrizat?Adakah projek ini gagal?Malang sungguh Rafizi,ilmu yang ada disalahgunakan,kercerdikannya dibenarkan untuk diperalat serta diperbodohkan.Hanya kerana mengejar untuuk menjadi calon pilihanrya dan membuktikan kasih sayangnya pada Anwar Ibrahim, Rafizi bersedia untuk melakukan apa sahaja termasuklah menggadaikan prinsipnya sebagai mukmin..


Rafizi juga memutarbelitkan fakta laporan Ketua Audir Negara  kononnya NFC gagal mencapai matlamat sedangkan jelas tercatat di muka surat 138 laporan Audit itu mencatatkan bahawa sasaran 8,000 eokor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai dan pemalsuan ini adalah penipuan paling tidak bermaruah malah tidak disangka boleh dilakukan oleh seorang yang berpendidikan seperti Rafizi ini. Atau sememangnya Rafizi lelaki yang sudah hilang maruahnya?


Hubungan istimewa Rafizi-Anwar bakal terdedah..!
Terlalu banyak fakta dan bukti dikelirukan oleh Rafizi Ramli yang pernah mencipta peristiwa semasa menumpang di rumah satu keluarga di Terengganu sewaktu Pilihanraya Kecil tidak lama dulu (kisah ini kita bongkarkan kemudian) hingga rakyat menjadi keliru termasuklah kalangan pemimpin UMNO yang sememangnya turut sama mencari peluang untuk menghalau Shahrizat keluar dari gelanggang politik tanahair.


Meskipun Noh Omar sebagai Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menerangkan secara menyeluruh tentang projek ini namun pembangkang dengan menggunakan Rafizi memekakkan telinga untuk mendengar ataupun mempercayai penjelasan Noh Omar termasuklah mengelirukan laporan daripada Ketua Audit Negara dan mereka terus mengheret Shahrizat dengan politik fitnah serta adu domba mereka.


Isu ini menjadi besar dan diekspolitasikan hanya bermotifkan politik semata-mata dan andainya Mohd Salleh bukan suami Shahrizat,isu ini tidak akan timbul namun kerana merasakan inilah peluang terbaik untuk menyerang Shahrizat, kumpulan pemfitnah tegar ini mencanai fitnah ini sebaik-baiknya bagi mengelirukan rakyat untuk mempercayai bahawa projek ini diberikan bukan kerana kepakaran yang ada kepada Mohd Salleh tetapi kerana beliau adalah suami kepada Shahrizat.


Dendam kesumat Zuraidah (nasib baik tak angkat kain kerana seronok dapat peluang cerca) terhadap Shahrizat diluahkan bagai orang hilang akal dan kebencian Saifudin kepada UMNO digunakan sebaiknya dengan menjadikan Shahrizat sebagai `punching beg’ untuk menyerang UMNO dengan menggunakan Shahrizat dan kita juga terkilan kerana selama berada di dalam UMNO,Saifudin dilihat orang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam tetapi bila beliau menyertai PKR, Saifuddin akhirnya menjadikan dirinya seperti lembu yang dicucuk hidung.


Rafizi telah menunjukkan belangnya yang kononnya cukup hebat menabur fitnah dan menyiram racun, maka Rafizi kena bersedia untuk menerima pembongkaran tentang kehidupan peribadinya dari zaman MCKK hingga beliau belajar di Leeds University. Rafizi kena menelan pendedahan yang bakal berlaku tentang hubungan peribadinya dengan Anwar Ibrahim. Rafizi kena bersedia untuk menerima pembongkaran tentang apa yang berlaku sewaktu beliau menumpang di rumah seorang penduduk sewaktu pilihanraya kecil di Terengganu.


Malang dalam usia muda sebegini Rafizi terpaksa menerima segalanya ini kerana beliau yang memulai budaya memfitnah tanpa mencerminkan dirinya sendiri bahawa zamannya sendiri ada titik hitam sedangkan yang bakal terbongkar nanti adalah wajah-wajah sebenar Rafizi Ramli yang bercita-cita besar untuk menjadi calon sehingga sanggup dijadikan alat oleh pihak-pihak yang berkepentingan..


Persiapkanlah diri Rafizi..gelangang sudah dibuka...Padang sudah sama rata..Ini baru muka surat pertama..!...

10 comments:

Anonymous said...

kalau ada salah laku kewangan bukankah selalunya juak-juak PR akan laporkan pada pencegah rasuah?

mana boleh pembangkang jadi pembangkang, penguatkuasa dan penghukum sekali gus. siapa yang lantik?

NAK TAHU JUGAK

Anonymous said...

Gelanggang politik dah tepu. Gelanggang yang belum tepu ialah usahawan.

Kalau ada anak Melayu yang berpotensi dalam usahawan masuklah ke bidang itu dulu.

Bila dah kaya melana, kemudian hari masuklah gelanggang politik. Kan cantik macam itew?

SEKADAR PANDANGAN

Anonymous said...

Apa yang sebenarnya berlaku pada Tan Sri Yahya Ahmad itu benar2 kemalangan atau sabotage..oleh siapa.

HeroTamil said...

Salam,

Kes Feedlot ini ada salah dan ada benarnya.

Memang benarlah Mohd Salleh tu ada kepakaran, Tapi tak boleh nak dinafikan dia adalah Suami Sharizat.

Ini lah beberapa pengorbanan yang terpaksa dilakukan bila nak berkecimpung dalam politik.

Yep...memang betul lah bukan Sharizat yang meluluskan, tapi ini lah "KABEL" yang diperkatakan oleh org ramai.

Sorry to say lah.
Bukan masalah dengki org Melayu kaya. Bukan bermaksud dia Suami menteri dia tak boleh nak kaya.
But does every1 have the same chances?
Adakah suami Sharizat jer yang ada kepakaran tersebut?

Anonymous said...

BRAVOOOO...

SATU PENULISAN YANG AMAT BAIK... harap rafizi baca artikel ni... jangan jadikan fitnah itu satu budaya...

mat said...

not leeds but cambridge

Anonymous said...

btul bro..tp anak2 muda yg br nak berminat nk jd usahawan slalu x bg peluang..usahawan melayu yg dh berjaya pun asyik kene serang je..anak2 melayu takut nk berniaga..kalu berjaya kang dikata kroni, kisah yg x de kene mengena ngan org lain, dijaja keluar, difitnah..

Anonymous said...

inilah masalahnya bangsa melayu , penyakit sakit hati , dengki , hasad dan cemburu memang lekat dihati sepanjang masa , pantang tengok orang senang , ada saja caranya untuk mengacau ..

suami shahrizat itu bangsa melayu , buat bisnes dengan cara betul , kenapa melayu pembangkang nak bunuh dan runtuhkan bisnesnya ?

bayangkan kalau bangsa asing , seperti bangsa cina atau India yg memiliki bisnes sedemikian , adakah saifudin dan Rafizi akan menyalak liar ? TIDAK ! mereka akan tunduk membisu pura2 buta , kerana apa ? kerana sekiranya mereka bersuara DAP akan tampar!

yg rugi bangsa melayu , yg terhina bangsa melayu , yg pecah berderai melayu , yg luka tercalar adalah melayu.
yg senyum riang adalah bangsa asing , yang bertepuk tangan adalah pendatang , yang menghasut adalah persatuan2 Cina , yg disuruh menyalak adalah melayu yang rela dirinya dianjingkan!

Enjit2 Semut said...

Pasai apa hangpa tak pertikaikan kekayaan keluarga Goh Chok Thong,Boon Siew, Tan Chong, Ananda Krisna, Robert Kuok,Anuar Ibrahim Azmin Ali dan berlambak lagi tauke-tauke Cina.

Puak ini adalah Melayu pengkhinat Bangsa dan penjilat juboq.

Kunun nak jadi jaguh pembela rakyat. Porahh...

Sapa yang dok taja 3 parti pakatan selama ni.

Kalau berani bongkarlah, rakyat pun nak tau.

Rakyat mau bukti yang lengkap dan kukuh sekarang ni.
Kalau setakad nak tembak peluru kosong siapa pun boleh.

Pergi main jauh-jauh. Lagi syok main sorok-sorok.

Anonymous said...

Idea nak buat biz tu adalah idea dia. Dia nampak apa yang orang lain tak nampak. Macam Tony Fernandez buat. Masa mula-mula Air Asia nak naik, semua orang rasa dia akan gagal. Tapi dia tak toleh ke belakang lagi dan kini Air asia melalui idea dia yang orang lain tak pernah fikirkan, terus berkembang. Begitu juga dengan Dato Seri Mohd Salleh. Mungkin sebab dia orang Melayu.. kejayaannya menjadi sesuatu yang menyakitkan hati beberapa orang bangsanya sendiri. Kejayaan Tony Fernandez tiada sesiapa yang pertikaikan sebab Tony Fernandez bukan dari bangsa Melayu.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers