Wednesday, November 9, 2011

MalaysiaKini-Rumah pelacuran moden!
ENTAH sudah berapa kali buruk dan kejinya corak pemberitaan ataupun penulisan terutama sekali MalaysiaKini dan terbaru mereka berjaya mengekspolitasikan pandangan Mufti Perlis, Dr Juanda tentang ibadah haji yang akhirnya dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib Razak apabila Mufti itu diperangkap dengan soalan umum berniat jahat daripada pemberita terbabit.Mufti pun boleh terpedaya!

Umpama pelacur yang menjual tubuh untuk hidup, mereka ini bolehlah juga diibaratkan sebagai satu kumpulan bapa ayam yang kaya,mewah dan terkenal hasil memakan hasilan daripada tindakan kejai,jijik dan amat hina sekali malah tidak keteraluan, portal ini adalah sebuah kilang fitnah yang khusus dibangunkan untuk memfitnah pemimpin-pemimpin kerajaan dalam negara ini.

Mereka hilang rasa malu,mereka jadi pemberita serta portal bersifat iblis bertopengkan manusia dengan bertujuan untuk menyesatkan seluruh pembaca serta rakyat dalam Negara ini dan ternyata Mufti yang sebegitu hebat ilmunya pun boleh terpedaya dengan kelicikan syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia ini.

Dalam kepala pemberita dan portal ini tidak ada langsung rasa baik,bertanggungjawab malah mereka ini tidak ada sekelumit pun sifat kemanusian yang takut dengan dosa dan neraka malah mereka setiap hari,masa dan ketika terus mengadu domba dan hasilnya mereka menjadi portal yang cukup diminati oleh golongan-golongan yang bersifat serta bersendikan fitnah,pembohongan serta kepalsuan.

Majal yang dibawa oleh portal ini sepatutnya disedari oleh semua pihak dan sebagai Mufti,mereka harus menyedari niat jahat portal ini dan tidak sepatutnya melayan para-para pencacai serta lembu tua yang sedang menanti masa untuk disembelih ini.

Mereka sepatutnya menolak terus untuk memberikan sebarang kenyataan kerana terbukti Malaysikini adalah satu produk yang tidak halal pemberitaannya dan haram sama sekali untuk didekati.Biar sahaja Saifuddin Abdullah dan Dr Asri yang mengagung-agungkan portal ini yang kononnya dikatakan bebas serta berwibawa.

Mufti pun kena tipu..!
Saya tidak berniat untuk menarik balik artikel saya tentang Mufti Perlis sebelum ini kerana sekurang-kurangnya Mufti Perlis itu boleh menjadikannnya sebagai penanda aras untuk menolak segala panggilan ataupun temujanjanji membabitkan pemberita daripada portal ini kerana mereka adalah satu spesis jahat yang Tuhan lahirkan bagi menguji diri kita.

Malaysiakini tidak pernah berlaku adil terhadap pemerintah.Ini patut kita sedari dari awal penubuhan mereka.Malayskini adalah perkakas khusus yang dibina untuk membentuk gerakan bagi menentang kerajaan dengan berselindung di sebalik nama kreatif dan mauduk Malaysiakini ini sedang diolah pula oleh satu lagi portal iaitiu MalaysianInsider.Dua nama ini adalah umpama langsuir yang digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Kita kasihan dengan Mufti Perlis apabila kenyataannya diputarbelitkan oleh MalaysiaKini tapi Mufti itu perlu mengasihani diri beliau sendiri kerana begitu mudah membenarkan diri diperangkap oleh syaitan-syaitan bertopengkan manusia ini.Orang yang berilmu tinggi sepatutnya mampu meneka niat jahat mereka itu dan tidak mudah terpedaya dengan begitu mudah.

Kita juga kasihan dengan pembaca dan rakyat yang menerima bulat-bulat laporan portal ini tanpa menyelidiki benar atau tidak dan yang paling penting `kebijakan’ malaysiaKini adalah menggunakan tokoh-tokoh tertentu untuk melengkapkan agenda pembohongan serta kepalsuan mereka.

Kita berharap sangat kepada seluruh pemimpin kerajaan termasuklah UMNO, sudah sampai masanya portal ini dibakulsampahkan dan kepada SKMM,sampai bila mererka mahu bersekongkol dengan kumpulan haramjadah ini. Portal ini sedang membudayakan fitnah,pembohongan dan kepalsuan sebagai satu cara hidup baru.Bertindaklah sebelum mereka ini jauh tersesat dan terus menyesatkan orang lain

Dan cukuplah pemimpin kerajaan ataupun parti menggunakan potral ini untuk menyalurkan pandangan ataupun pendapat mereka.Mereka tidak akan berlaku jujur dan mereka akan mengenepikan etika penulisan demi memenuhi tembolok nafsu serakah mereka yang ingin terus menjadi golongan penentang yang berselidunng kononnya atas nama profesionalisme

Ezam Mohd Nor kata nak bakar..betulkah?

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers