Thursday, November 10, 2011

In appreciating the people’s aspirations, Pakatan Rakyat therefore declares our commitment to fully internalise and carry out an agenda of new politics by mobilizing the people’s power from the various races, religions and cultures as one force.

Further, we have confidence; we can change our policy framework from narrow
racial approach to principles based on religious faiths, humanism, ethical and
human rights, and equality before the law regardless of status, race or group.

The policies that are derived from adherence to the Constitution and universal
principles of justice will safeguard the rule of law and the independence of the
judiciary, which in turn will guarantee that the human rights and dignity of the
people will continuously be defended and upheld.
(The Policies Of Pakatan Rakyat, page 2)

SEKSUALITI MERDEKA lebih mudah difahami sebagai SEKS SONGSANG adalah salah satu perjuangan hak asasi manusia pembangkang sealiran dengan hak asasi manusia aliran barat yang melampau dan ini ditegaskan oleh Majlis Peguam dan Ambiga.

Namun kita dapati Pakatan Rakyat tidak sepakat dalam isu ini. Pas cuba menjadi jaguh tapi pendirian ibarat mahu menjaga hati PKR dan DAP. PAS melalui Nik Aziz cuba menjadi juara, mereka kelihatan menunjukkan bahawa merekalah juara menentang program tersebut.

"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu. "Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," itu kata Nik Aziz.

Begitu juga, Dewan Pemuda PAS berusaha menjadi jaguh dengan mahu menganjurkan demonstrasi menentang program tersebut di seluruh Negara tapi yang jelas perjuangan PAS dalam menentang Seksualiti Merdeka tidak sehebat perjuangan mereka menyokong Bersih 2.0..

Selain Majlis Peguam dan SUARAM, turut sama terlibat dalam Seks Songsanf ini  adalah Empower, Marina Chin Abdullah, Ambiga dan Xavier Jeyakuma dan semua mereka ini merupakan tulang belakang Anwar Ibrahim yang sangat aktif apabila Anwar disabitkan dengan kesalahan seksualiti. Mereka ini juga golongan yang menggunakan Pakatan Rakyat untuk memastikan seks bebas merupakan rukun di negara ini.

Anwar Ibrahim mungkin tidak kelihatan dalam Festival Seksualiti Merdeka ini, tetapi kita boleh meneka mengapa Festival tersebut diadakan pada penghujung perbicaraan liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya.
Motif festival tersebut cukup mudah untuk difahami iaitu untuk menunjukkan perbicaraan liwat dan keputusan perbicaraan yang sekiranya tidak berpihak kepada Anwar, membuktikan Malaysia mendiskriminasi golongan songsang itu.Penganjuran program Seks Songsang ini, yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.
Begitu ketara PAS menggunakan strategi berbeza-beza.Flip flop. Sekejap menentang tetapi tidak membantah, tidak bersungguh-sungguh. Apakah PAS sedang terperangkap dengan hubungan cinta dan kasih saying BERSIH 2.0 dengan Ambiga? Atau PAS sedang merencanakan agenda yang lebih besar untuk menarik undi ?
Macam mana hinanya rasa PAS menggunakan nama Islam, begitu jugalah dengan NGO Sisters In Islam yang bertindak 'berani' mempertahankan penganjuran Seksualiti Merdeka. Bagaimana sebuah NGO yang menggunakan Jenama 'Islam' ini bukan sahaja membela Festival yang melibatkan pasangan gay dan lesbian, malah sanggup membuat kenyataan terbuka menyokong serta mengkritik pihak polis yang mengharamkan festival ini? Alasan kebebasan bersuara.

Pemimpin -pemimpin liberal PAS seperti  Khalid Samad (Pro-Gereja) yang menyokong nama Allah digunakan oleh Kristian, Mohd Sabu dan Salleh Man yang lebih moden,  Dzulkifli Ahmad yang tidak membantah Seksualiti Merdeka, ditambah pula sikap Anwar Ibrahim yang tidak jelas pendiriannya ( baru berjumpa Al-Gore penyokong Gay) menunjukkan PAS cacamerba di dalam gejolak nafsu mereka mengaut undi seberapa banyak dengan menggadai prinsip Islam dan prinsip perjuangan mereka sendiri.

PAS cuba bertindak sebagai jaguh dalam isu ini bila kononnya menentang sekeras-kerasnya Seks Songsang kerana mencemarkan Imej Islam.

Tetapi mengapa dalam isu-isu sebelum ini yang  menjejaskan imej Islam, PAS berpendirian berlainan dan sebagai contoh isu Arak di Selangor, Gerakan Murtad,Pencemaran Masjid oleh pemimpin-pemimpin wanita DAP di Sri Kembangan,mempertahankan gambar bogel Elizabeth Wong,penarikan semula keputusan menutup tempat- hiburan dalam bulan Ramadan di Kedah dan Isu rumah urut, pelacuran yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di beberapa penempatan kerajaan campuran pembangkang.

Pendirian berbeza PAS ini akan memberi keuntungan politik kepada PAS sedangkan isu-isu yang membabitkan Islam sebelum ini, PAS mengambil pendirian cukup liberal kerana takut pengundi Cina,India dan bukan Islam tidak menyokong mereka.Pada mereka undi lebih penting daripada menjaga kesucian ataupun martabat islam itu sendiri.

PKR pula menyokong hak asasi manusia melampau ala barat, tidak selari dengan nila-nilai budaya rakyat Malaysia. Agenda barat meliberalkan orang Islam di Malaysia sepertimana di Indonesia. Kumpulan pejuang kebebasan seks di Barat menyokong Anwar. 

Dalam soal ini, kumpulan Pakatan Rakyat yang secara konsisten bercakap soal kesamarataan, hak asasi manusia, Liberal dan  Pluralisme kini semakin menuju kepada landasan yang semakin hampir iaitu pembinaan negara berasaskan Republik of Malaysia.

Sejak kebelakangan ini Aziz Bari yang kononnya dikatakan Pakar Perlembagaan,juga penyokong kuat Anwar bercakap tentang kebejatan  Institusi Sultan, dengan memperlekehkan titah Sultan, malah kesannya disambut oleh bukan Islam dan golongan Liberal dengan kata-kata Sultan pun manusia biasa juga. Maka Trend menurunkan nilai Institusi Raja itu didokong oleh komrad-komrad liberal dan plural seperti Aziz Bari ini. 

Anwar dan Al Gore..
Anwar, pemain utama di sebalik Total Change, kelihatannya sedang merencanakan impak politik yang sangat besar ke atas negara kita. Kita tidak perlu bercakap lagi isu pelbagai Yayasan Yahudi yang berada di belakang Anwar melalui IKD, yang kini ditukar kepada IKDAS. Penglibatan Yayasan Jerman, Komrad Adenauer Foundation (KAF) yang sekarang lebih dikenali sebagai Komrad Adenauer Stiftung (KAS) dan mentornya adalah Al-Gore.

Anwar sendiri bercakap isu Plural, mengiyakan dan membenarkan konsep barat dicampurkan dengan addinul Islam. Kata Anwar, " “Munich panel: ref to Quran ‘kalimatun Sawa‘(common word) ie advocacy of interfaith dialogue on grand scale..”tulis  Anwar dalam twitternya, 13 Sept.  
  
Kalimah ‘Kalimatun Sawa’ bermaksud titik pertemuan penyembahan Tuhan yang satu di antara tiga agama samawi, Islam, Kristian dan Yahudi. “Menghuraikan (tentang) kesatuan Tuhan dalam agama Yahudi, ulama besar Abu Imran Musa bin Ubaidalluh Maimon al-Qurtubi dalam zaman pertengahan yang lebih dikenali di dunia Barat sebagai Maimonides, berkata: ‘Tuhan adalah satu dan tidak ada kesatuan yang lain seperti-Nya’. “Itu adalah cara untuk membawa kita keluar dari kegelapan kepada cahaya, dari perang kepada keamanan dan dari kebencian & kejahatan kepada kasih sayang & kebaikan hati”, kata Anwar dalam teks ucapannya yang disiarkan di blognya, anwaribrahimblog.com.

Visi dan misi antara Anwar , Aziz Bari dan Ambiga Sreenevasan dilihat hampir sama iaitu bercita-cita mewujudkan Negara Liberal atas platform demokrasi dengan bantuan dana Barat.

Negara Liberal pertama di dunia adalah Perancis yang tercetus ekoran daripada Revolusi Perancis dan justeru itu tidak hairanlah bila Ambiga menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan itu `Chevalier de Legion d’Honneur (The Legion of Honor)’ lantaran sumbangannya menggerakkan mobilisasi rakyat ke arah mencapai matlamat itu melalui BERSIH 2.0

Grace Poore dalam satu rencananya kepada NGO IGLHRC menyeru kepada kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) Malaysia agar menyokong Anwar Ibrahim dan partinya, Parti Keadilan Rakyat demi untuk menjamin kebebasan kumpulan tersebut di negara ini. 

Sebagai seorang lesbian yang lahir dan membesar di Malaysia, Grace Poore juga turut aktif sebagai Penyelaras Serantau Asia dan Kepulauan Pasifik IGLHRC (The International Gay and Lesbian Human Rights Commission), sebuah NGO LGBT yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).

IGLHRC adalah badan yang menjadi jurucakap kepada lesbian, lelaki gay, biseksual, intersexual, transgender dan juga pengidap HIV/AIDS yang telah dicabuli atau didiskriminasi hak-hak asasi mereka.

Majlis Peguam merupakan antara pendesak paling kuat untuk meliberalkan masyarakat Malaysia dengan nilai-nilai yang mereka pandang sebagai elemen demokrasi dan kebebasan. Majlis Peguam Malaysia sebelum ini merupakan antara penyokong kuat perhimpunan BERSIH 2.0 tetapi memberi komen yang negatif terhadap Himpunan Sejuta Umat.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers