Tuesday, November 8, 2011
KITA tidak tahu apa niat yang tersirat Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut beliau dengan laporan twiter PM Najib `Alahamdulillah,saya telah selesai mengerjakan ibadah haji..’ tanpa sempat bertanyakan keadaan sebenarnya di sebalik laporan itu.
Nampak seperti Dr Juanda sedang cuba mendahulukan pandangannya tanpa menyelidik dan bertanya lebih lanjut kepada Najib sendiri atau-atau pegawai PM dan dengan hanya bergantung kepada laporan twiter, Dr Juanda menyanggah bahawa ibadah haji PM Najib dan keluarga tidak sempurna kerana menurutnya paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini (8/11/2011) itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.
“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.
“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataannya,
Sebagai seorang Mufti,beliau tidak sepatutnya menunjukkan kegelojohan menilai kesempurnaan ibadah haji itu tanpa mendengar sendiri daripada mulut Najib ataupun pegawai-pegawai yang mengiringinya.Malah kenyataan ini boleh diumpamakan sebagai berniat jahat dengan mengambil kira laporan twiter sebagai panduan semata-mata untuk beliau menunjukkan bahawa dia berilmu tanpa beliau sedar akan memungkinkan boleh lagi dipertikaikan.
Mufti tidak boleh gelojoh,kena sabar dan seharusnya menanti kepulangan PM Najib serta rombongan bagi mencari kepastian kerana ketika ini terdapat ramai sangat orang ingin menjadi Tuhan mempersoalkan niat serta ibadah seseorang.
Kita tidak mahu Dr Juanda juga terbabit dalam kontraversi haji Najib ini seperti mana Anwar yang mempersoalkan tentang mabrur ataupun tidak ibadah yang sedang najib lakukan ketika ini dan kita yakin kenyataan Dr Juanda ini akan digunakan dengan sewenang-wenang oleh musuh pilitik Najib menyerang najib dan ibadah haji yang beliau lakukan.
Malah sebagai seorang Mufti,beliau harus berfikir panjang,mencari baik dan buruknya di atas segala kenyataan kerana kenyataan beliau itu akan dijadikan juga senjata untuk menghina Najib dan Mufti ini juga boleh dikaitkan sebagai agen yang bersekongkol untuk menghina dan memperlekehkan ibada haji Perdana Menteri itu.
Mufti ini harus menyedari dalam keadaan Najib diserang hebat pembangkang ketika ini,beliau harus berwaspada untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan menggusarkan rakyat.
Walaupun tujuan kenyataan itu baik namun tidak kena waktu dan tempatnya apatah lagi menggunakan portal milik pembangkang dan sebagai Mufti,pertimbangan akal yang bijaksana harus digunakan untuk sebarang tujuan supaya tidak memudaratkan rakyat dan Negara.
Kalau Mufti tidak mahu rakyat terkeliru,langkah terbaik adalah mendengar sendiri ataupun bertemu dengan PM bagi mencari kesahihahnnya dan bukan bertindak seperti orang politik yang mahu mencari populariti di media kecualilah Mufti juga berminat untuk menjadi calon parti pembangkang di PRU akan datang.
Sebagai orang bijak agama,Mufti juga harus bijak akal.Kalau Mufti mahu beri peringatan bukan menggunakan akhbar atau portal berita,Mufti patut menggunakan segala saluran untuk menyampaikan kekeliruannnya dengan menghubungi Najib ataupun pegawainya termasuklah Jamil Khir Baharom ataupun Zambry Kadir di Mekah,beritahu dan bukannya terpekik terlolong dalam Negara bagai orang hilang akal!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
8 comments:
standard Mufti kat Malaysia..pasal judge hukum konon deme lah pandai sgt...sembahyang dia entah kompom betul atau idak? Takat belajar Al-Azhar x yah nak tunjuk terror la...bnyk nye belajar menghafal jer..faham 100% belum tahu.agaknya..benci blum apa2 dah judge org.
suku sakat Asri ....biasalah
Dr. Juanda mgkin gelojoh dlm mmberikan pdgn..tp knpa anon 4:47 nk kaitkan dgn solat die confirm btl @ tidak??? d ungkit pula ilmu yg beliau ada hnyalh skdr hafalan shj??? mgkin anon 4:47 rsa ilmu anda lg tinggi kot.
maaf..sbg org yg cetek ilmu, sya tetap hormatkn beliau atas kapasiti beliau sbg mufti & ilmu yg beliau ada berbanding dgn sya. apa yg beliau smpaikan adlh ilmu utk pgetahuan utk kita smua.
apa yg sya ingin katakn ialah, jgn lh kita jd spt puak2 d sblh sna yg suka mengelar & memburukkn ulama' hnya krn die xselari dgn pdgn kita. sape lg nk hormat ulama' kalo bkn kita org islam sdiri??
berita tbru yg sya dpt tahu, kenyataan dr. Juanda sbnrnya d putar belit oleh Malaysiakini...
Wallahua'lam..
ini lah akibat nya....."orang muda" di beri jawatan "orang tua"....ijazah PhD belum tentu sempurna akalnya....
ini lah akibatnya ..."orang muda" di beri jawatan "orang tua"...PhD belum tentu pemikirannya matang......
“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.
“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataannya,
Komen saya ialah... Mufti ini tidak dapat membezakan diantara "selesai" dan "sempurna"... Sememangnya PM telah "selesai" mengerjakan ibadah hajinya setelah menyempurnakan "rukun haji"....namun ibadah hajinya belum "sempurna" sehinggalah ianya menyempurnakan "wajib haji". Justeru Mufti Perlis seharusnya dapat membezakan diantara "selesai" dan "sempurna"....
>>>>PhD belum tentu akal menjadi sempurna<<<<<<<
itulah mufti sekarang, nak main politik jugak. nak bantu anwar berahi hantam najib lah tu. letak jawatan dan masuk lah parti. kenyataannya amat dialu2kan oleh puak2 pr.
sabar.. jangan ikut sikap cepat melenting dan lps cakap je.. kena nilaikan berita tu bersumber sahih atau tidak... sumber pulak dari mkini... dah tau kejanya serang pihak lawan.. so tak mustahil dibelitnya laporan... ( tapi percayalah jika ini jadi isu besar..akan ada penerangan lanjut atau penafian ).. yang pasti satu pihak telah berjaya mengumpul mata bagi satu lagi persepsi negatif... kat Malaysia nie.. undi berdasarkan persepsi je.. sapa pandai manupulasi... dapatlah undi tu...
"yang penting ... selidik berita dulu... samada berita benar.. tak betul atau fasik... samakah berita berita dari org (pemberita/blogger ) yg tak dikenali dengan berita dari org fasik??? mana yang paling bahaya... APA APA PUN SELIDIK DAN FIKIR wallahualam..