Monday, November 14, 2011

Biasanya bila marah,mereka berpiket.
OMAR Osman, Presiden Cuepacs  melahirkan kemarahan yang bukan  sedikit kepada Tony Pua bila DAP berhasrat untuk mengecilkan bilangan perkerja awam seandainya mereka memerintah nanti tetapi Omar cuma bersuara di dalam media sahaja dan tidak mengambil tindakan apa-apa.

Kalau sebelum ini mereka ini cukup gemar berpiket menentang kerajaan tetapi dalam soal kenyataan Tony Pua ini,Omar hanya melahirkan kemarahan dan kekecewaannya dengan hanya mengeluarkan kenyataan akhbar,tidak sama tindakan bila mereka tidak senang dengan kerajaan memerintah.Kenapa tidak piket?

Daripada kenyataan Tony Pua itu juga memberikan tafsiran bahawa bukan PAS ataupun PKR yang akan memerintah Negara ini  dan kedua-dua parti ini hanyalah perkakas untuk kepentingan politik DAP semata-mata malah konsep Malaysian Malaysia yang mereka laungkan selama ini makin hamper menjadi kejayaa.

Bukan Ceupacs sahaja membangkitkan rasa tidak puas hati ini,pelbagai pihak bangkit namun apa tindakan yang mereka buat? PAS yang turut menjadi sekutu DAP dalam pakatan rakyat turut berbeza pendirian bagaikan tidur sebantal mimpi berasingan.

Malah, Menteri Besar Kedah,Azizan Razak bingkas menyatakan tidak setuju dengan hasrat tersebut, sebaliknya menegaskan jumlah kakitangan wajar ditambah untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam. 

Cuma kita wajar bertanya kepada sesetengah kakitangan kerajaan sendiri yang selama ini menolak kepimpinan parti yang menerajui kerajaan dan mengagung-agungkan parti lawan: apakah penerimaan dan pendirian anda?

Walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) atau sebelumnya Perikatan tidak pernah menyekat kakitangannya bergerak dalam politik sama ada menyokong atau memaling kerajaan, inilah kali pertama mereka mendengar pendirian DAP terhadap mereka.

Kakitangan kerajaan yang sebelum ini, khususnnya sebelum pilihanraya umum (PRU) 1999 serta 2004 dan diikuti tsunami politik pada PRU 2008 menjadi benteng kekuatan BN menjadi sebaliknya apabila mereka 'berpaling tadah' sehingga terlepas penguasaan negeri Selangor, Perak dan Kedah kepada pembangkang selain daripada kekalnya Kelantan di tangan PAS.

Sama ada mahu menerima atau sebaliknya, kakitangan kerajaan memainkan peranan yang amat besar dalam memesongkan sokongan terhadap kerajaan selaku majikan mereka dan beralih kepada pihak pembangkang. Kenapa berlaku sedemikian? Tentulah kerana mereka terpikat dengan janji-janji yang dilontarkan oleh pihak pembangkang.

Dalam pilihanraya umum 2008, di Selangor umpamanya, dijanjikan bayaran letak kereta percuma di kawasan majlis-majlis perbandaran. Setiap bayi yang dilahirkan akan mendapat habuan dan begitu juga setiap anak negeri yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dijanjikan RM1,500 seorang.

Ada juga janji pembangkang untuk membayar elaun RM1,500 kepada suri rumah. Namun, apa yang terjadi...? Cukai pintu dinaikkan. Bayaran urusan mendapatkan salinan geran hakmilik rumah dan tanah digandakan.

Tanah teroka oleh orang kampung walaupun yang telah diusahakan puluhan tahun dirampas dan hasil tanaman dimusnahkan.

Begitu juga dengan nasib para peniaga dan pengusaha kecil khususnya Melayu di Pulau Pinang. Jika kerajaan BN dahulu memberi peluang dan kesempatan di samping bantuan, kerajaan kini melalukan sebaliknya.Gerai mereka dimusnahkan. Kediaman mereka dirobohkan, malah kampung halaman mereka dilenyapkan!

  Musang berbulu ayam!
Sokongan sebahagian daripada kakitangan kerajaan yang berpaling kepada  pembangkang sepatutunya mendapat balasan atau ganjaran. Besar sungguh peranan mereka, tetapi bukan sahaja tidak dihargai, malah dinilaipun tidak.

Inilah hakikat yang hendak dilakukan oleh DAP. Bukan hendak menaikkan gaji atau imbuhan kakitangan kerajaan, sebaliknya mahu nyahkan mereka daripada perkhidmatan yang ada.

Kenapa mahu disepak keluar kakitangan berkenaan?  Kata Tony Pua, mengikuti jejak kerajaan China, langkah itu adalah untuk mengurangkan bebanan kerajaan. Apakah maksud tersurat dalam alasan DAP itu?  Jika kita amati, memang mudah sahaja iaitu DAP mengakui secara tidak langsung mereka atau pakatan pembangkang pasti tidak berupaya menjana pendapatan untuk mentadbir negara sepertimana yang dilakukan oleh Perikatan dan BN selama ini.

DAP mengakui bahawa saiz perkhidmatan kerajaan adalah amat besar dan perlu dikurangkan. "Beban' besar inilah yang mampu dan dikendong oleh kerajaan BN selama ini.  Malah, pelbagai bantuan dan tajaan diberikan kepada bukan kakitangan kerajaan melalui pelbagai kaedah lain.

Ini termasuklah perkhidmatan KTMB (Keretapi Tanah Melayu Bhd) yang turut sinonim dengan keretapi tambang murah kerana perkhidmatan ini bukan bertujuan menjana keuntungan berbilion ringgit, sebaliknya memberikan perkhidmatan penumpang dan kargo pada kadar yang sangat rendah dan mampu dibayar oleh semua pihak. 

Tidak banyak kakitangan kerajaan yang menggunakan perkhidmatan ini sehinggalah diperkenalkan pula  perkhidmatan komuter tiga penjuru iaitu dari Klang, Seremban dan Rawang (kini Tanjung Malim) menghala ke Kuala Lumpur.

Perkhidmatan Komuter ini kini menjadi pilihan kakitangan awam kerana memungkinkan mereka yang berumah di kawasan-kawan pinggir Kuala Lumpur boleh berulang alik. Ini dapat mengatasi kesesakan lalulintas selain daripada sewa rumah dan harga belian yang sangat tinggi.Bagi perkhidmatan bas pula di sediakan perkhidmatan RapidlKL dan kini di Pulau Pinang. Syarikat bas ini dikuasi oleh badan kerajaan.
 
Untuk perumahan pula, selain daripada kuarters yang dipertingkat dari rumah pangsa kepada kondominum dan rumah teres serta banglo yang luas kerajaan juga melalui Program Perumahan 1 Malaysia (Pr1ma) sanggup mengorbankan tanah-tanahnya yang bernilai tinggi di Putrajaya dan ibukota Kuala Lumpur untuk membina rumah-rumah mampu milik yang menjadi rebutan semua orang.

Selangor telah membuktikan betapa gagalnya kerajaan kini menjana dan mengurus kewangan negeri. Dengan bangganya, kerajaan itu mendahului kerajaan pusat untuk memberikan air percuma kepada rakyat marhain iaitu yang menggunakan RM20 atau kurang sebulan. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini membongkar hakikat sebenarnya, kerajaan berkebajikan itu menggunakan wang daripada anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sehinggakan syarikat itu kerugian RM136 juta.

Yang tersurat amat nyata, tetapi yang tersirat perlu diteliti. Yang Berhormat Tan Tee Beng, yang pernah tidur sebantal dengan DAP ketika berada dalam PKR berkata, langkah DAP itu adalah bukti betapa rasisnya parti itu. Kata Tee Beng, membuang kakitangan perkhidmatan awam tersebut bermaksud membuang orang Melayu kerana merekalah yang selama hari ini mencari rezki sebagai kakitangan awam.

Ringkasnya, apa yang dimaksudkan ialah mengurangkan kakitangan Melayu dalam perkhidmatan kerajaan. Kenapa mereka perlu dikurangkan? Yang tersirat tentulah kerana orang Melayu masih banyak yang menyokong dan setia kepada kerajaan.

Presiden CEUPACS, Datuk Omar Osman yang tidak setuju langsung dengan langkah DAP itu mengingatkan parti itu jangan mempolitikkan kakitangan awam dan langkah tersebut hanyalah membuktikan ketidak mampuan pembangkang mentadbir kerajaan dan menghargai dan menilai peranan serta tanggungjawab anggota perkhidmatan awam.

Beliau menegaskan dengan jumlah kakitangan kerajaan 1.2 juta berbanding dengan penduduk menghampiri 30 juta, saiz perkhidmatan itu adalah berbaloi dan mengurangkannya akan hanya membawa kepada masalah pengangguran.

Katanya, jika tidak berkemampuan, eloklah jangan menjadi pemimpin politik dan jangan sekali-kali mengheret kakitangan kerajaan ke dalam sesuatu isu demi kepentingan mereka kerana keadaan dan suasana perkhidmatan awam di Malaysia sama sekali tidak boleh disamakan dengan negara lain.

Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini menjadi bukti betapa prihatinnya kerajaan terhadap kakitangannya walaupun sebahagian daripada mereka 'ambil gaji kerajaan tetapi sokong pembangkang'. Selain daripada bonus dan pelbagai insentif lain, pelbagai peluang turut diberikan. Para pesara kerajaan yang khidmat mereka telah lama berlalu tetap dikenang dan mereka turut mendapat habuan yang sewajarnya.

Walaupun kebanyakan kakitangan kerajaan yang berpaling hanya menyokong PKR serta PAS dan tidak mendekati DAP, mereka haruslah menyedari bahawa, demi kuasa, PAS sanggup membelok daripada perjuangan asalnya, inikan pula PKR yang langsung tidak jelas perjuangannya. DAP pula dengan kelicikannya, mengambil kesempatan di mana-mana sahaja tanpa mengira soal agama, budaya ataupun bangsa.

Kepada kakitangan kerajaan: Tepuk dada tanyalah selera
(Sebahagian sedutan daripada tulisan Badrul Hisham-Mantan MP Hulu Langat)

1 comments:

Anonymous said...

Memang pelik dgn sikap pemimpin baru Cuepas ini.Seblum ini sikit saja tak kena kerajaan dipersalahkan dan diikuti dengan ancaman piket misalnya harga ayam naik,gaji tak naik,tak ada bonus dan macam2 lagi yang didakwa kononya kerajaan tak ambil berat tentang kakitangan awam.Tidakah mereka sedar sejak merdeka kerajaan tak pernah sebut langsung pasal mengurangkan atau membuang terus sejumlah besar kakitangan atas alasan tidak menunjukkan prestasi baik dsbnya yang lebih 90% merupakan orang melayu.Kenapa? kerana perkhidmatan awam yang bukan sahaja merupakan tulang belakang serta kebanggaan bangsa tetapi telah terbukti dapat menjamin perpaduan berbilang kaum yang memberi faedah yang tidak terkira besarnya kepada bangsa2 lain terutamanua cina yang menguasi lebih 90% ekonomi negara.Jadi jika cuepas berdiam diri dgn kenyataan yang dibuat supaya dihapuskan secara beransur2 orang2 melayu dalam perkhidmatan awam oleh parti dap yang terang2 rasis sudah tentu rakyat terutama melayu akan tertanya2 apa kah sebenar yang diperlakukan oleh pihak2 tertentu kepada pemimpin yang sentiasa melenting apabila perkidmatan awam dikiritk!

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers