Tuesday, October 18, 2011
Najib perlu bertindak tegas! |
PANAS pula di Negeri Terengganu Darul Iman apabila salah seorang Setiausaha Politik yang mengaku sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri sedang mengkacaubilaukan UMNO Terengganu kononnya beliau adalah orang yang terlibat secara langsung untuk memilih dan menentukan siapa calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya Raya Umum Ke 13 nanti.
Beliau yang didakwa secara terbuka menjelaskan bahawa telah mendapat arahan khusus daripada pihak atasan untuk mengenalpasti calon-calon yang akan bertanding dan senarai nama calaon-calon tersebut sudah berada di tangannya,menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan semua calon-calon tersebut.
Dalam beberapa majlis beliau dikatakan telah mengumumkan nama-nama calon yang terbabit yang akan bertanding nanti dan nama-nama calon yang akan digugurkan,salah seorang calon yang beliau umumkan adalah untuk Parlimen Kuala Terengganu iaitu Timbalan Ketua Bahagian.
Dalam masa yang sama beliau juga dikatakan sedang mengintai kerusi Batu Rakit yang kini disandang oleh Yb Khazan salah seorang exco dalam kerajaan negeri dan meletakkan beliau kononnya adalah calon untuk memegang jawatan Menteri Besar bagi mengenepikan Ahmad Said,kononnya kedudukan Ahmad said selepas ini belum menjamin untuk beliau terus kekal sebagai Menteri Besar.
Tindakan beliau ni dilihat telah membelakangi apa yang Presiden UMNO mahukan dan amat mustahil kerja-kerja sebegini diarahkan oleh Perdana Menteri kepada kakitangan beliau dan menunjukkan seolah-olah beliau berkuasa penuh di Terengganu mengatasi amanah serta tanggungjawab yang dipegang oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.
Kegilaan beliau ini boleh menyusahkan kerja-kerja parti malah dengan mengaku sebagai Setiausaha Politik PM sedangkan beliau sebenarnya hanyalah salah seoarang Setiausaha Politik yang dilantik untuk bertanggungjawab kepada salah seorang Penasihat PM yang bertaraf Menteri.
Jailani Ngah(kanan) SUPOL Abdullah Zain! |
Kalaulah alasan hanya kerana mengangkat sumpah jawatan di depan PM dan itu tiket untuk mengaku maka ramailah Setiausaha-Setiausaha Politik Perdana Menteri kerana kesemua Setiuasa Politik wajib angkat sumpah jawatan itu di depan PM.Kalaulah mahu menipu pun,tipulah orang lain..!
Apa tujuan beliau jual nama PM sedangkan semua orang tahu apa sebenarnya tugas beliau?Apa kelayakan yang beliau ada sehingga kononnya beliaulah orang bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan menapis calon-calon untuk pilihanraya akan dating dan tindakan beliau ini juga jelas menghina kuasa dan tanggungjawab Ahmad said sebagai Pengerusi UMNO Terengganu dan juga Menteri Besar.
Tindakan dan karenah beliau ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang beberapa pihak terutama sekali kalangan pemimpin UMNO baik yang berjawatan dalam parti atau sedang memegang jawatan malah sikapnya lebih sudu dari kuah serta dilihat ada atau sedang menyusun agenda peribadi sambil menjaja muka dan nama Najib Razak
Kita telah lama mengikuti perkembangan karenah beliau ini dan bila beliau dilihat sedang menjadi broker politik di Terengganu,karenah ini kena dibendung kalau mahu memastikan UMNO Terengganu dan UMNO-UMNO negeri lain berada dalam keadaan stabil dengan tidak membiarkan beliau menjadi seperti tikus membaiki labu.
Bodoh sangatkah PM atau UMNO Terengganu hingga terpaksa menyerahkan pemilihan calon-calon pilihanraya kepada kaduk yang sedang naik junjung ini?Dan apakah kuasa memilih atau mengenalpasti calon-calon pilihanraya hanya diserahkan kepada seorang individu yang langsung tidak ada kelayakan.
Apakah agensi-agensi yang selama ini terlibat secara langsung atai tidak langsung bagi membantu PM mengenalpasti calon-calon sudah tidak berguna?Dan apakah winnable candidate yang Najib laungkan itu bersandarkan kepada pemilihan yang dibuat oleh pegawai-pegawai beliau aatau pegawai-pegawai Penasihat beliau?
Kalau beginilah kaedah yang PM atau UMNO Terengganu gunapakai,maka tidak hairanlah UMNO Terengganu itu dilihat ramai orang masih kalut ribut dan kalaulah kaki lebong ini terus dibiarkan berleluasa menjaja nama PM maka bertambah runcinglah keadaan dan kedudukan UMNO Terengganu.
Najib Razak sebagai Presiden UMNO seharusnya mengambil tindakan segera menghentikan kegilaan salah seorang pegawai Penasihatnya dan sekiranya Najib berdiam diri maka ini akan dilihat sebagai sokongan kepada apa yg Setiausaha Politik ini sedang lakukan. Malah kita percaya bukan beliau sahaja yang menjadi broker politik seperti ini dan mungkin ramai lagi yang bersikap seperti ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
9 comments:
Salam tuan saya setuju sangat dengan posting ni .
Tindakan beliau mengucar kacirkan bahagian kuala terengganu umpanya patut dihalang . semua orang tahu beliau beria aia menyokong Tim.ketua bahagian sebagai calon kerana duit. Tak mungkin Mat Kerak boleh menang diparlimen kuala terengganu !!!!
Perhubungan Umno negari patut mengambil tindakan terhadap malaun ni.
Saya mmg duduk sebelah rumah mak dia. Dia berasal dari Kg Darat Batu Rakit. Rumah belakang Masjid. Tapi ini bukan isunya, isunya dia mmg mengacau bilaukan keadaan dalam Batu Rakit. Buang sajalah dia ni.
hahaha..baru tau!!!!
Ambil tindakan kt dia n....boleh menyebabkan umno dan barisan nasional tumbang d terengganu..perlu ambil tindakan cepat sebelum terlambat..
_SB UMNO terengganu
Salam tuan,
Saya blogger 'Braveheart' telah membuat permohonan maaf secara terbuka diblog saya, sila rujuk post berkenaan. Terima kasih.
kesian org mcm ni...tak tau nak letak diri
Saya duduk di Bt Rakit.Org Bt Rakit dok kenal pun dia lebih2 lg pengundi muda.Kalu nak ambik tempat Yb Khazan dan letakkan dirinya sbg calon boleh menang.Sorrrry.Awal2 lg PAS dpt satu kerusi di Trg.Sungguh ni..
Saya duk di Bt Rakit.Org Bt Rakit dok kenal pun dia lebih2 lagi pengundi muda.Kalau ada hajat nak ambik tempat YB Ust Hj Khazan ,dan letak dia sbg calon boleh menang di Dun Bt Rakit.Minta maaaaflah.Awal2 lg PAS dpt kerusi Dun d Trg.Yb Khazan sinonim dgn pengundi muda @ tua sbb itu PAS habis calon utk lwn Yb Ust Hj Khazan..
CANANGAN SEBEGINI IS REALLY UNCALLED-FOR. MENGGANGGU GUGAT GERAKAN MEREKA YANG SEDANG BERSEMANGAT UNTUK MEMANTAPKAN KEDUDUKAN BN DI PRU13. PM DAH MERAYU DLM UCAPAN PENGGULUNGAN DI PERGONG YANG LALU.."UTAMAKAN MARUAH DAN KEPENTINGAN PARTI DARIPADA KEPENTINGAN DIRI". WE R IN A DO OR DIE SITUATION.