Friday, October 14, 2011

SEMAKIN banyak penyelewengan kerajaan Negeri Selangor didedahkan dan intergriti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar semakin hari semakin dipersoalkan dan dalam saat kepimpinan Negeri mahu memperbodohkan rakyat,rakyat Selangor pula semakin cerdik untuk menilai wajah-wajah sebenar Khalid dalam mentadbir kerajaan negeri.

Tindakan Khalid yang banyak berdolak dalik sejak kebelakangan ini memperlihatkan beliau sudah tidak mampu untuk mentadbir urus Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya dan boleh memberikan faedah kepada rakyat secara keseluruhannya malah sikpa Khalid  sejak kebelakangan ini boleh diibaratkan hanya berusaha  mengumpul dana untuk kepentingan peribadi dan partinya semata-mata tanpa mempedulikan masalah-masalah rakyat yang setiap hari berbangkit di negeri itu.

Khalid barangkali lupa bahawa banyak mata sedang memandang kegilaannya menggunakan kuasa yang ada dan beliau mungkin sedcar saat kepimpinannya dibayangi oleh DAP serta desakan bertali arus supaya beliau meletakkan jawatan oleh ahli partinya sendiri memungkinkan karier politiknya sebagai Menteri Besar tidak akan panjang umurnya.
Hubungan Khalid dengan pegawai kerajaan negeri mula renggang,mesra dan akur kepada perintah Tuanku Sultan Selangor bagaikan dibuat-buat secara terpaksa demi tugasnya sebagai Menteri Besar dan mesyuarat Cabang Keadilan Kuala Selangor pimpinannya mula berkecamuk dengan penyalahgunaan kuasa untuk menutup segala kepincangan belanjawan parti itu.

Dan terbaru UMNO Selangor  Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan penyelenggaraan infrastruktur sebanyak RM315 juta yang diberi Kerajaan Pusat pada 2009.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata ini kerana berdasarkan laporan diterima, sebanyak RM55 juta ‘hilang’ begitu saja kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing menerima RM183 dan RM76 juta, manakala sebanyak RM900,000 bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Katanya, tindakan kerajaan negeri itu jelas mengkhianati kepentingan rakyat yang berhak mendapat kemudahan infrastruktur selesa.

“Jika dihitung semuanya, terdapat baki RM55 juta dan saya ingin bertanya, ke mana perginya duit peruntukan diberi Kerajaan Pusat. Jika ia dimasukkan dalam tabung wang amanah negeri, sila jelaskan tujuannya,” katanya.

Mohd Zin berkata, rakyat berhak tahu mengenainya kerana peruntukan itu bukan untuk disimpan atau digunakan bagi kepentingan pihak lain, sebaliknya untuk keselesaan rakyat.

"Banyak lagi jalan rosak perlu diperbaiki dan diselenggara, tetapi kenapa ia tidak digunakan sepenuhnya. Jika Kerajaan Pusat tidak bagi duit, kerajaan negeri cakap macam-macam tetapi bila dapat duit, jadi macam ini pula," katanya.

Sementara itu dalam masa yang sama beliau sudah mengarahkan UMNO Selangor membuat laporan polis terhadap Prof Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, 3 Ogos lalu.

Beliau berkata, tindakan memburukkan institusi raja satu hasutan amat serius dan perlu dikenakan tindakan sewajarnya oleh polis.

"Ia tidak harus dipertikai kerana jelas Sultan ada kuasa dalam hal ehwal agama dan Abdul Aziz sepatutnya tahu. Selain itu, tindakan kerajaan negeri mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga tidak wajar.

"Badan pemantau yang ditubuhkan menyebabkan JAIS tidak ada kebebasan dalam membuat kerja dan jika hendak kaji semula SOP, kita boleh bentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers