Thursday, October 27, 2011
PERSIDANGAN Agung Tahunan Kali Ke 2 PERKASA Malaysia yang berjalan dengan jayanya dan dirasmikan oleh mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Rahim Noor serta dihadiri oleh 7,000 perwakilan dari seluruh negara semakin memperlihatkan dengan jelas hala tuju pertubuhan bukan kerajaan untuk menjadi pemangkin perpaduan seperti yang telah digarapkan dengan tuntas melalui ucapan Presidennya,Dato Ibrahim Ali.
Suara-suara pembahas yang mewakili setiap negeri berjaya menterjemahkan isi perjuangan PERKASA malah ucapan perasmian Rahim Noor juga banyak membuka mata perwakilan dan pemerhati untuk sentiasa berwaspada dengan segala bentuk ancaman asing yang sedang membubuh racun dalam kehidupan masyarakat di negara ini.
Ibrahim Ali juga berulang kali menegaskan bahawa PERKASA bukan sebuah pertubuhan rasis yang mahu menggugat ekamanan negara tapi perjuangan PERKASA adalah jelas untuk mempertahankan Perlembagaan Negara,kedudukan Raja-Raja Melayu serta agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Berikut adalah sedutan pengisian perjuangan PERKASA yang diterjemahkan melalui Persidangan Agung kali Ke 2 itu :
PERKASA tiada niat saingi UMNO.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak berhasrat menyaingi atau mengatasi peranan UMNO sebagai tonggak pemerintahan negara ini.
Presidennya, Ibrahim Ali berkata Perkasa tidak akan menukarkan statusnya kepada parti politik, sebaliknya akan berperanan sebagai benteng pertahanan negara daripada ancaman musuh yang cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Perkasa ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang menunjangi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.Justeru,Perkasa tidak boleh dilihat sebagai sebuah pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman apabila ia hanya bertindak melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata," katanya.
Mengenai pilihan raya umum akan datang, Ibrahim berkata Perkasa sudah bersedia dengan jenteranya bagi membantu calon-calon yang mendukung sama prinsip perjuangan PERKASA.
"Di setiap Dewan Undangan (Negeri) terdapat tidak kurang 500 anggota Perkasa manakala dalam setiap kawasan Parlimen pula, anggota Perkasa mencecah 6,000 orang dan mereka ini mampu menentukan landskap politik negara pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Ibrahim menggesa kerajaan terutama Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula bantuan pelajaran kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di luar negara.
Beliau berkata ini disebabkan kos menghantar seorang penuntut ke luar negara mencecah RM1.2 juta, sedangkan jumlah itu membolehkan tiga yang lain belajar di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.
"Lebih teruk lagi, jika pelajar terbabit enggan berkhidmat di dalam negara selepas mereka tamat pelajaran, dan ini hanya akan merugikan kerajaan," katanya.
Ibrahim juga meminta kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran kerana jumlah dalam Belanjawan 2012 hanya RM100 juta dan ia tidak mencukupi.
Rahim Nor- awasi gerakan yang berselindung di sebalik hak asasi
Bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor hari ini memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."
Katanya, penyokong kepada "agama baru human right" ini akan mengemukakan pandangan yang liberal sehingga mempersoalkan institusi raja.
"Banyak yang persoal hal-hal yang telah diterima, kontrak sosial ini, seolah-olah dia pandang remeh soal yang dipersetujui itu," tambahnya.
Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang ini, seperti juga pengalamannya ketika berdepan dengan gelombang Marxist dan komunisme sebelum ini.
Satu contoh yang dapat dilihat dalam kebangkitan gelombang hak asasi manusia ini ialah gerakan BERSIH yang mengadakan perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu, dakwa Rahim.
Beliau yang juga bekas Pengarah Cawangan Khas PDRM juga berkata, satu-satunya cara untuk menghadapi perkembangan itu adalah dengan memainkan peranan untuk kesepaduan dan perpaduan Melayu.
"Saya bukan bercakap kerana mewakili Umno atau PERKASA.Pada saya, bersatulah. Inilah yang jadi teras keamanan," katanya lagi dalam ucapannya ketika merasmikan perhimpunan agung PERKASA di Setiawangsa hari ini.
9 Julai- bukan sebab takut!
Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.
"Ada yang boleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh perwakilan Wilayah Persekutuan.
"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit," katanya mengulas isu yang dibangkitkan perwakilan Wilayah Persekutuan itu.
Zulkifli Nordin dilantik Naib Presiden PERKASA
PERKASA mendapat suntikan baru dalam kepimpinannya menerusi perlantikan Dato Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu sebagai Naib Presiden.
Gandingan Zulkifli dan Presiden sekarang, Ibrahim Ali yang sentiasa vokal dalam sidang Dewan Rakyat akan menjadikan pertubuhan berkenaan lebih mantap.
Perlantikan Zulkifli untuk mengisi jawatan berkenaan dibuat menerusi usul tergempar oleh seorang ahli Dewan Tertinggi Perkasa Zahid Md Arip.Usul itu telah diluluskan sebulat suara.
.
PERKASA tolak calon hina Melayu-Islam
Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.
Katanya, PERKASA boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.Beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.
"Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita," katanya lagi dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di perhimpunan agung pertubuhan itu di Setiawangsa hari ini.
Ibrahim juga yakin PERKASA akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.
"Nanti lepas pilihan raya baru dia tahu, bila kalah 600 undi sebab orang PERKASA tidak undi.Bagaimanapun, PERKASA sendiri tidak akan meletakkan calon untuk bertanding, malah pertubuhan itu juga tidak akan menjadi parti politik, katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: