Friday, April 8, 2011
·         MEMELIHARA keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak 
·         Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum. 
·         Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua. 
·         Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua. 
·         Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita. 
·         Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara. 
·         Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik. 
·         Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan. 
·         Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

Itulah sebahagian Manifesto Barisan Nasional Sarawak yang dilihat berpijak dibumi nyata.Tidak menjual mimpi dan angan-angan.BN ibarat mengukur baju di badan sendiri.Tidak menjanjikan bulan jatuh ke riba seperti yang biasa dilaungkan oleh pembangkang setiap kali ada pilihanraya.

Manifesto BN ini dilihat cukup realistic.Meletakkan kepentingan dan tuntutan rakyat sebagai agenda tuntas.Berpaksi kepada kemampuan yang bermoral tinggi.Rakyat Sarawak diajak bersama dalam manifesto ini bagi merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi negeri dan rakyatnya yang terus berdaya saing,berdaya maju dan kekal sebagai rakyat dan negeri yang bermaruah.

Manifesto atau janji-janji piliharanraya ini mampu dicapai dengan begitu mudah sekiranya seluruh rakyat Sarawak meletakkan kepentingan dan masa depan mereka sebagai teras utama dalam memilih kepimpinan ataupun kerajaan dalam Pilihanraya Negeri ini.Rekod pencapaian BN sebelum ini perlu mereka teliti supaya tidak terperangkap dalam agenda murahan pembangkang terutama sekali DAP dan PKR malah mereka perlu menolak sebarang bentuk penjajahan dari luar terutamanya DAP yang masih kekal dengan sifat chauvinis dan pro-komunis.

Politiik adu domba pembangkang pastinya juga akan melahirkan segala isi manifesto yang memerangkap rakyat untuk menjadi keliru.Pembangkang dalam kempen yang baru beberapa hari ini sedang berlangsung lebih kepada menyerang keperibadian kepimpinan Barisan Nasional dan nasib rakyat yang kononnya mahu dibela adalah alasan-alasan politik yang biasa mereka lakukan pada setiap kali pilihanraya dan setiap kali rakyat berikan mereka peluang untuk menang pilihanraya,rakyat juga yang jadi mangsa kerana jelas mereka tidak berkempauan untuk melaksanakan segala janji yang mereka tabur.Rakyat Sarawak harus melihat scenario politik yang berlaku di Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang.

Pembangkang pastinya mempertaruhkan Buku Jingga mereka sebagai manifestonya dan sekiranya rakyat Sarawak mudah direkayasakan dengan segala janji-janji palsu seperti yang terkandung dalam buku itu, Sarawak bakal bangkrup namun kita percaya dalam hasutan pembangkang yang sedang hebat menyerang Barisan Nasional ketika ini, akan ada rakyat atau pengundi yang akan terkeliru untuk menyokong pembangkang.

Pembangkang sedar ada beberapa perkara yang perlu mereka sasarkan untuk memenangi hati rakyat tetapi dengan terbitnya Manifesto BN ini, mereka pasti terngadah kerana BN lebih mendahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi.

Rakyat Sarawak yang cerdik perlu mengkaji Buku Jingga yang menjadi asas kepada manifesto pembangkang.Rakyat juga jangan terkejut jika pembangkang akan mencetak manifesto yang jauh lebih baik dari BN.Pembangkang cukup hebat menawarkan segala janji-janji palsu boleh mengaburi mata rakyat dan menjadikan rakyat tamak untuk mengundi mereka demi mengejar segala peluang-peluang pembohongan yang ditawarkan.



0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers