Friday, April 8, 2011

SOAL terpedaya atau tidak rakyat Sarawak dengan segala janji-jani palus pembangkang hanya mereka yang bakal menentukan dan pembangkang telah mula menebarkan jala janji apabila mengumumkan Baru Bian yang bertanding di DUN Be`kalalan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru sekiranya pembangkang berjaya menumbangkan Barisan Nasional kali ini.

Keyakinan cukup besar dan mereka menaruh harapan cukup tinggi bahawa Baru Bian akan menang mudah di DUN tersebut.Walaupaun pembangkang dilihat begitu yakin untuk menawan Sarawak dengan segala janjii retorik seperti terkandung dalam manifesto mereka dan BN Sarawak juga yakin untuk mengulangi pencapaian seperti pilihanraya lalu, kali ini mereka  tidak boleh memandang mudah keupayaan pembangkang.Helah dan mehnah mereka cukup strategik.Saingan kali ini cukup sengit,getir dan begitu mencabar.

PKR yang bertanding di 49 DUN,PAS 5 DUN,DAP 15 DUN manakala SNAP di 27 DUN dilihat mampu menggugat serta memberikan cabaran demi cabaran kepada BN dan keyakinan DAP untuk menawan 15 kerusi DUN itu begitu tinggi namun PKR pula berdepan dengan SNAP hingga bertindih 27 kerusi DUN memungkinkan impian pembangkang untuk menubuh kerajaan baru tidak kesampaian.

Meskipun berlaku pertindihan kerusi DUN yang ditandingi antara SNAP dan PKR,harus dibimbangi oleh BN bahawa PKR mampu memenangi kerusi-kerusi DUN tersebut apatah lagi dengan gerakan-gerakan menawan hati pengundi untuk menyokong mereka dilakukan dengan begitu giat sertya bersungguh oleh Anwar Ibrahim suami isteri.Pembangkang sedang mempropagandakan rakyat untuk membenci Barisan Nasional dan bibit-bibit kebencian ini kalau tidak dipatahkan awal oleh BN,PKR mampu merampas kerusi-kerusi yang ditandingi SNAP itu.

Manakala PAS pula hanya yakin mereka mampu menang satu kerusi DUN sahaja dan tindakan pembangkang mengumumkan nama calon Ketua Menteri itu adalah sebagai satu taktik untuk mengelirukan pengundi supaya tidak melihat masalah dalaman yang berlaku di antara mereka.

Dalam perkembangan berkaitan,pembangkang mula menggandakan serangan-serangan peribadi terhadap Ketua Menteri Sarawak,Taib Mahmud dengan berslogankan kononnya Ketua Menteri itu terlalu lama berada di tampuk kuasa.Malah serangan ini mungkin boleh memakan diri sendiri apabila Taib Mahmud tidaklah terlalu lama kalau mahu dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang yang sudah berada di dalam politik selama 42 tahun bermula dari tahun 1969,beliau bertanding di Parlimen Kota Tinggi dan usia beliau sudahpun 70 tahun ketika ini.

Karpal Singh yang kini berusia 71 tahun mula langkahnya dalam politik pada tahun 1974 bertanding di Alor Setar dan kini sudah 37 tahun berada di dalam politik manakala Nik Aziz sendiri yang kini berusia 80 tahun mula bertanding pada tahun 1967 di Pengkalan Chepa dan sudah 44 tahun berada di dalam politik.Hadi Awang pula yang kini berusia 64 tahun dan berada di dalam politik selama 29 tahun bermula 1982 bertanding di Marang

Taktik pembangkang yang kononnya mahu merubah Sarawak dengan alasan Taib Mahmud terlalu lama dalam politik seharusnya dilihat oleh pengundi sebagai mencari kesalahan orang lain untuk menutup kesilapan diri sendiri.

Meskipun begitu sentimen-sentimen yang ditiupkan oleh pembangkang sebagai modal kempen pilihanraya mereka tidak boleh dianggap mudah oleh BN Sarawak.Dengan menjaja segala pembohongan kononnya TainB Mahmud dianggap sebagai kerajaan zalim dan penuh rasuah serta penyelewengan jika tidak diperjelaskan kepada rakyat sebaik mungkin,memungkinkan kawasan DUN yang dianggap putih boleh menjadi mimpi ngeri kepada BN selain daripada sasaran pembangkang di DUN-DUN lain.

Pembangkang juga begitu ligat memanipulasikan isu Tanah Adat hingga pemimpin pembangkang yang tidak tahu apa pun tentang prosedur tanah adati berjaya membohongi masyarakat Dayak di negeri ini.Isu tanah di Sarawak tidak sama seperti yang berlaku di Kelantan ataupoun negeri-negeri loain di Semenanjung.

Pembangkang juga mula meniup kembali janji-janji lama kononnya pulangan royalty minyak sebanyak 20 % akan diberikan kepada Sarawak dan Wan Azizah dalam satu majlis memancing undi akan memberikan taraf warganegara kepada pendatang tanpa izin ,warga Filipina dan juga Indonesia.Satu janji yang tidak masuk akal.

Akal bijaksana rakyat Sarawak sahaja yang bakal menentukan untuk mereka tahu membezakan antara janji palsu atauoun segala janji yang terkandung dalam Manifesto BN Sarawak.Masa depan Sarawak di tangan pengundi Sarawak.Barisan Nasional Sarawak juga harus bersiap siaga untuk menangkis segala pembohongan serta fitnah-fitnah yang sedang dicanang pembangkang.

Fitnah adalah modal utama kempen pembangkang dan manifesto pembangkang yang bertemakan Ubah untuk Sarawak Baru mampu mengabui mata pengundi.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers