Saturday, April 9, 2011

MANIFESTO yang pembangkang lancarkan penuh dengan muslihat.Kandungan manifesto itu menggambarkan bahawa pembangkang boleh memperbodohkan rakyat Sarawak dan hanya semata-mata untuk memancing undi.Pembangkang bagaikan ingin mempergunakan kejahilan dan kebodohan rakyat Sarawak untuk menerima bulat-bulat apa yang mereka tawarkan walaupun jelas manifesto itu adalah penipuan politik semata-mata.

Pembangkang menggambarkan bahawa mereka seperti ada lampu ajaib untuk merubah segala yang kononnya mereka lihat sebagai ketidakadilan BN semasa memerintah negeri ini.Janji-janji yang mereka taburkan sama seperti yang mereka lakukan sewaktu PRU12 lalu dan akhirnya Pulau Pinang dan Selangor jatuh ke tangan mereka.

Malangnya apa yang mereka tawarkan sehingga ke hari ini gagal dilaksanakan kerana pembangkang sebenarnya bukan mahu menumpukan kepada pembanunan negeri ataupun kesejahteraan rakyat tetapi lebih kepada kerakusan mahu berkuasa semata-mata.Mereka hanya mahu mengisi kemenangan peribadi dan bukannya fkus kepada kepentingan rakyat.

Rakyat Sarawak harus berulangkali diingatkan sehingga menjelang hari pengundian nanti supaya mereka tidak terjebak ke dalam perangkap maut yang pembangkang sediakan.Dengan hanya bermodalkan air luir mereka sedang giat menghasut rakyat supaya menolak kerajaan Barisan Nasional.Pengundi yang silaa percaturan,termakan hasutan dan janji-janji palsu pembangkang,nasib mereka akan sama seperti apa yang sebahagian besar rakyat Selangor dan Pulau Pinang tanggung ketika ini.

Manifesto BN Sarawak
Benar seperti kata  Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat Sarawak tentang bahaya slogan manifesto 'Jom Ubah Sarawak' yang diuar-uarkan pakatan pembangkang kerana ia jelas serta terbukti tidak memberi sebarang jaminan bahawa perubahan itu mampu menjanjikan kebaikan kepada bukan sahaja rakyat Sarawak tetapi untuk Negara sekalipun.

Beliau menegaskan, pembangkang boleh menjanjikan 'bulan dan matahari' tetapi rekod di beberapa negeri yang diperintah mereka menunjukkan apa yang dijanjikan kepada rakyat tidak pernah tertunai, malah dipenuhi pembohongan.

Sedangkan, kata beliau, Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyebut perkataan 'ubah' yang sebenarnya sudah lapuk di mata rakyat.

Sebaliknya, perkataan terkini yang digunakan kerajaan adalah transformasi yang membuktikan banyak pencapaian dari segi kemakmuran dan kestabilan dikecapi rakyat masa ini.

"Kita jangan terpedaya dan mesti berhati-hati bila mana kita menghadapi pilihan raya, kita mesti tahu akan hak kita. Yang mustahaknya, kita mesti tahu siapa mereka (pembangkang).
`Guan Eng kata Pulau Pinang kini negeri contoh, tapi contoh yang bagaimana... nak berniaga pun susah. Mungkin dia popular di kalangan orang Cina, tetapi (realitinya secara umum) kita mestilah juga popular di kalangan orang Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban, Bidayuh dan semuanya," kata beliau.

Manifesto pembangkang bahaya!
Menurut Timbalan Perdana Menteri, banyak contoh yang dijanjikan pembangkang semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 tidak pernah pun ditunaikan mereka.

Antaranya janji-janji yang pembangkang taburkan untuk memancing undi iaitu untuk memberi wang sebanyak RM1,000 kepada anak yang masuk universiti, cuti 90 hari bersalin bergaji, manakala suami yang juga kakitangan kerajaan negeri akan diberi cuti selama 14 hari serta bantuan RM50 untuk pendidikan prasekolah.

"Tapi semuanya bohong, bohong dan bohong,.. tak ada pun.., kosong!. Ini semua tawaran-tawaran yang mereka tidak akan mampu laksanakan jika memerintah.

"Dia nak ubah sebab nak ambil kuasa sahaja sebab itu mahu tumbangkan kerajaan. Sebab itu, BN mahukan mandat baru memerintah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Kita tidak memaksa, tetapi kita yakin rakyat Sarawak akan membuat keputusan yang tepat," katanya.

Rakyat Sarawak perlu bermuhasabah diri dengan meletakakan jaminan masa depan dan jangan sesekali terpedaya dengan segala janji-janji manis pembangkang yang akhirnya mungkin menjadi terlalu pahit untuk mereka telan.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers