Wednesday, April 6, 2011
SEMUA calon dan parti telah bersiap sedia.Setakat hari ini tidak ada calon yang menarik diri.Ujian sebenar kepada kekuatan Barisan Nasional dan kesungguhan pembangkang untuk menakluki Sarawak akan teruji dalam masa 10 hari ini.Pilihanraya Negeri Sarawak ini juga adalah penentu kepada masa depan permbangkang di negeri ini dan juga kekuatan Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.
71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dipertaruhkan.BN pastinya mahu dipertahankan penguasaannya manakala pembangkang pula meletakkan sasaran untuk mengulangi tsunami politik 2008 dengan menjadikan Sarawak sebagai sasaran terbaru.
BN juga harus mengakui bahawa mereka berhadapan dengan kemungkinan kekalahan di 15 DUN iaitu DUN N9-Padungan,N10-Pending, N11 –Bukit Lintang, N12-Batu Kawa, N13-Kota Sentosa, N39-Repok, N40-Meradong,N45-Bukit Assek, N46-Dudong, N48-Pelawan, N59 -Kindurong, N63-Piasu,N64-Pijut, N62-Lambir dan N65-Senadin selain daripada sukar menawan kembali DUN-DUN yang telah jatuh ke tanagn pembangkang sebelum ini.15 DUN ini majoritinya adalah pengundi Cina.Jumlah ini juga membimbangkan BN untuk mengekalkan majoriti dua pertiga dan memungkinkan pembangkang mencipta sejarah du Bumi Kenyalang ini.
Abdul Taib Mahmud yang dipilih untuk mengetuai Barisan Nasional semestinya berusaha untuk membuktikan bahawa beliau masih berbisa dan ada aura untuk mengulangi kemenangan selesa BN di Sarawak walaupun pembangkang menyerang kepimpinannya ada salah guna kuasa dan rasuah.Keperibadian dan kepimpinan Taib semakin hari semakin kerapa dimanipulasikan oleh pembangkang.
Taib Mahmud bakal berdepan dengan saingan tiga penjuru di Balingian,beliau akan dicabar oleh calon PKR dan juga sepupunya Datuk Salleh Jafaruddin, bekas Timbalan Menteri Pelajaran.Walaupun ramai pihak yang beranggapan peluang Taib untuk menang begitu mudah namun cabaran kali ini ternyata berbeza dan Taib sendiri tidak boleh memandang rendah keupayaan lawannya itu.
Kesungguhan pembangkang untuk memerintah Sarawak dan memenangi Pilihanraya Negeri ini cukup ketara bilamana Anwar Ibrahim telah berkampung di Bumi Kenyalang ini dengan dibantu oleh isterinya Wan Azizah dan pemimpin pakatan pembangkang yang lain dan mereka sedang mahu membuktikan bahawa jentera dan sumber-sumbernya yang terhad tidak akan menghalang matlamat mereka walaupun mereka menyedari bahawa Sarawak adalah kubu kuat Barisan Nasional.
Bagi pembangkang apa sahaja keputusan yang bakal berlaku di Sarawak kali ini termasuklah jika mereka berjaya menafikan majoriti dua pertiga akan memberikan kesan kepada Kerajaan Persekutuan apabila Najib memberikan bayangan bahawa keputusan Pilihanraya Negeri ini adalah indikator kepada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.
Pembangkang walau sedang berdepan dengan masalah yang membabitkan video seks Anwar Ibrahim dengan pelacur Cina serta perebutan calon dan pertindihan kawasan yang ditandingi dilihat begitu berkeyakin untuk menguasai Dewan Undangan Negeri Sarawak dan BN juga tidak boleh menjadikan isu video seks ini sebagai kempen untuk meraih undi kerana rakyat Sarawak dilihat seperti tidak mempedulikan isu moral Ketua Pembangkang ini.
Isu-isu daripada semenanjung tidak banyak menarik perhatian pengundi di Sarawak ini malah kebanyakan pengundi-pengundi termasuklah pengundi muda lebih senang berbicara soal kehendak dan keperluan serta tuntutan masyarakt tempatan ataupun anak negeri.Isu-isu tempatan banyak menguasai dan mampu merubah senario politik negeri ini.
Dari isu tanah adat,kepimpinan Taib Mahmud selama 31 tahun,isu rasuah dan penyelewengan,peluang pekerjaan dan ketinggalan pembangunan di banyak kawasan luar Bandar dilihat dijadikan modal utama pembangkang untuk menyerang Barisan Nasional dan meraih undi rakyat.
Di kawasan-kawasan bandar besar seperti Kuching,Miri,,Bintulu dan Sibu yang majoritinya pengundi Cina, BN menghadapi cabaran yang cukup besar apatah lagi untuk menewaskan calon-calon DAP yang menang sebelum ini.Tinjauan rambang memperlihatkan BN masih belum mampu menguasai undi Cina dan seandainya BN mengharapkan undi Cina untuk membantu memenangkan calon-calon mereka, BN akan lebih banyak kehilangan kerusi dan mungkin senasib dengan Selangor dan Pulau Pinang.
Malah,penganalisis juga meramalkan persaingan sengit di 29 kerusi dengan kebanyakannya terletak di kawasan bandar dan separuh bandar, di mana majoriti penduduk adalah Cina.Kerusi-kerusi itu juga memperlihatkan kemungkinan akan dimenangi oleh calon pembangkang.
Isu Al-Kitab juga dijadikan modal pilihanraya dan isu ini kalau tidak ditangani sebaiknya oleh BN, 50 % masyarakat Kristian yang menguasai undi pada pilihanraya kali ini boleh menjadi mimpi ngeri kepada Barisan Nasional. Penganalisis dan pemimpin politik mengakui bahawa isu Alkitab akan berlarutan dan bakal dijadikan senjata kempen yang ampuh kepada pembangkang meskipun Putrajaya berusaha untuk meredakan rasa tidak puas hati penganut agama Kristian.
Seramai 976,796 pengundi pemilih termasuk 18,363 pengundi pos layak untuk mengundi pada PilihanRaya Negeri Ke-10 ini.BN Sarawak dijangka membuktikan bahawa politik pembangunan akan mengatasi isu-isu dibawa pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: