Thursday, April 14, 2011

Zahid perlu bersihkan imej ATM
RAJA PETRA tidak sepatutnya lagi menjadi agenda penting kepada media dan juga negara kerana beliau adalah manusia fasik,hidup serta kehidupannya penuh dengan pembohongan dan fitnah terhadap Negara,pemimpin serta kepimpinan rakyat di negara kita ini malah kesaksiannya sendiri telah lama kita ragui.Beliau terlalu jijik untuk dipertahankan kewarganegaraannya.

Memberi ruang dan peluang dalam apa bentuk sekalipun  kepada beliau seolah-oleh kita mengikhtiraf pengkhianat Negara ini yang pernah bersekongkol dengan Anwar Ibrahim mencela serta mencerca kepimpinan Perdana Menteri Malaysia dalam tulisan-tulisan di laman portal yang penuh dengan pembohongan dan pengkhianatan.

Kita tidak tahu apa tujuan sebuah organisasi media memberikan peluang untuk beliau membuat kenyataan serta kononnya mengakui segala apa yang dia lakukan selama ini adalah kerana disuruh atau dihasut oleh pihak-pihak tertentu.Mungkinkah beliau yang kini berada di dalam buangan sudah mula merasakan bahang walaupun hujan emas di negeri orang tetapi lebih baik hujan batu di negeri sendiri.

Tidak ada sesiapa rakyat yang sayang Negara dan mencintai pemimpin boleh memaafkan segala kebiadapan dan sikap kurang ajar pemfitnah ini terhadap agama,bangsa dan Negara ini hinggakan beliau boleh dianggap sebagai penyambung kepada segala fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang termasuklah menjadi pencacai kepada Anwar.

Selagi beliau tidak pulang ke Negara ini,berdepan dengan rakyat dan undangt-undang dalam Negara ini.Raja Petra adalah seorang penulis yang bacul malah langsung tidak nada kredibiltii ataupun intergriti.Pembangkang sahaja menganggap Raja Petra ini penting kerana agenda mereka sama tetapi kepada kita,sekiranya kita terus memberikan ruang, kita juga turut mengangkat untuk mempopularkan pemfitnah tegar ini.

Dedahkan siapa Azmi?
Yang lebih penting daripada pendedahan Raja Petra itu kalau mahu diambil kira adalah penglibatan seorang bekas tentera yang bernama Kolonel Azmi Zainal Abidin.Siapakah bekas tentera yang berpangkat ini?Adakah beliau juga turut terlibat memfintah Angkatan tentera Malaysia berkaitan isu pembelian kapal selam ataupun kapal perang?Bagaimana bekas tentera ini boileh bersubaht dengan Raja Petra dan juga pembangkang untuk memfitnah Kementerian Pertahanan dan kerajaan Malaysia?

Menteri Pertahanan.Ahmad Zahid Hamidi dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu mengambil tanggungjawab ini untuk menyiasat serta mengheret ke muka pengadilan Kolonel ini.Kolonel ini sudah jelas dan nyata boleh dilabelkan sebagai pengkhianat Negara nombor satu serta memalukan imej ATM secara langsung.

Tentera kita ini sememangnya dilatih untuk sanggup berkorban walaupun terpaksa menggadai nyawa demi mempertahankan agama,bangsa dan negara tetapi bekas Kolonel ini telah memalitkan malu yang bukan sedikit kepada seluruh pasukan keselamatan dan pertahanan Negara ini.
Bagaimana seorang bekas tentera yang selama ini terlatih malah berpangkat sanggup mengkhianati Negara sendiri.Sanggup menjual rahsia negara dan merelakan dirinya untuk diperalatkan oleh pembangkang bagi meruntuhkan apa yang mereka bina dan pertahankan selama ini.Azam,tekad dan sumpah taat setia mereka kepada Negara selama ini tercemar dengan Kolonel yang katanya pernah berkhidmat di Kor Risik sebelum ini.

Kolonel ini juga tidak jauh bezanya dengan bekas seorang pegawai polis yang hari ini sedang giat menulis surat mencerca kepimpinan Polis DiRaja Malaysia dan juga Jabatan Peguam Negara.Kalau bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah itu giat menelanjangi pasukan yang pernah beliau anggotai, tidak jauh bezanya dengan Kolonel Azmi.Kedua-dua mereka ini sebenarya lebih bahaya daripada komunis.

Tahap disiplin dan ketaatsetiaan kepada Negara dan juga pemimpin dalam ATM selama ini tidak pernah kita persoalkan,mereka adalah benteng kukuh yang mempertahankan Negara ini daripada ancaman musuh baik dari dalam luar negeri maupun luar Negara  tetapi bila muncul nama Kolonel Azmi ini jelas membuktikan bahawa dalam ATM kemungkinan besar ramai lagi pengkhianat-pengkhianat yang berselindung di sebalik seragam dan pingat-pingat mereka.

ATM tidak ada pilihan malah kementerian Pertahanan perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengheret seorang bekas tentera yang dilatih selama ini dan akhirnya menjadi pengkhianat kepada Negara ini ke muka pengadilan.Imej ATM tercemar selagi terus membenarkan Kolonel ini sewenang-wenangnya memfitnah pemimpin dan mengkhianati Negara.

Dosanya banyak kepada negara!
Kita sudah kenal siapa Raja Petra yang sanggup buat apa sahaja untuk wang termasuklah sanggup menjadi perkakas kepada pembangkang.Beliau sanggup dijadikan alat oleh mana-mana pihak sekiranya ada laba termasuklah memfintah.Anak Raja ini sudah tidak berharga apa-apa dan sebagai manusia fasik,dia juga mungkin tidak lagi berharga di sisi Tuhan tetapi yang lebih penting sekarang ini,siapa Kolonel Azmi yang menjadi dalang ataupun sebahagian plot kepada pembangkang untuk meruntuhkan Negara ini?

3 comments:

TokAyah said...

Sila maju kehadapan Kol Azmi!!!!!!!!!!!!!!!!kita ingin melihat muka kamu...jangan bersembunyi........anak jantan harus keluar dan mempertahankan maruah sekiranya anda sipihak yang benar sebelum PDRM membawa anda keluar........SILAKAN.....

atiefs said...

STJ, ana rasa dengan pendedahan Raja Petra bolehlah dia dilantik sebagai senator mcm Ezam.. :)

Anonymous said...

korang ni sabarlah..kenapa korang tak suruh or paksa Din Merican, John Pang, Nik Azmi Ku Li and others yang ada nama dalam pendedahan RPK tu?korang ni emosi betul. blum pun terbukti dakwaan RPK tu benar atau tidak. kalu fitnah korang bersedia ke minta maaf dari Kol. Azmi?ATM pun dah mulakan siasatan ke kat Kol tu? korang pun tahu sangat ke jalan cerita dorang ni?aku pun berharap isu ini diselesaikan dengan cara yang betul.siapa2 pun boleh menyamar menjadi Kol.Azmi semasa RPK bertanya pada Din Merican. senang je orang nak lepaskan diri. tengok komen Din Merican & Nik Azmi.sebelum buat SD tu len kali fikirlah dulu.sendiri pun tak kenal pemberi maklumat.boleh percaya ke cakap orang kedua dan ketiga yang mungkin ada niat jahat nak kenakan RPK lalu menggunakan nama Kol Azmi tu. dah2 la tu eyh..

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers