Thursday, September 16, 2010

NURUL IZZAH, MP Lembah Pantai mula menyerang kepimpinan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah dan juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.Semakin hari semakin banyak pembongkaran penyelewengan yang dilakukan oleh Raja Nong Chik ini didedahkan oleh beliau.Serangan Nurul kali ini memungkinkan akan membongkar banyak lagi penyelewengan yang selama ini tidak didedahkan.

Meskipun ada beberapa pihak dllihat cuba menutup segala pendedahan yang beliau lakukan namun umum sudah mula menarik perhatian kepada apa yang beliau dedahkan itu.Raja Nong Chik pula dilihat semakin tergelincir dari landasan perjuangan serta tanggungjawab dan tidak amanah dalam memperjuangkan nasib dan hak orang-orang Melayu di Wilayah Persekutuan dan juga UMNO Wilayah Persekutuan.

Paling terbaru apabila beliau dedahkan isu pembahagian sebanyak 93 tapak atau lot penjaja di Masjid India sempena bulan Ramadhan baru-baru ini dan mendesak Raja Nong Chik mendedahkan kepada siapakah lot-lot tersebut diberikan sehingga menimbulkan ketegangan di kalangan penjaja dan peniaga kecil dalam Wilayah Persekutuan.Malah telah ada suara yang menuduh raja Nong Chik dan DBKL menipu dalam pemberian lot-lot tersebut dengan meletakkan kepentingan politik peribadinya dalam isu tersebut.

Walaupun bulan Ramadhan telah meninggalkan kita beberapa hari yang lalu namun ianya tidak mampu menutup mulut kalangan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga Kecil Melayu yang meluahkan rasa kecewa,marah dan kebencian teramat sangat kepada pimpinan Kementerian Wilayah Persekutuan yang tidak mengamalkan sistem tidak telus,berkepentingan politik dan peribadi semasa menguruskan masalah penjaja yang timbul ketika bulan Ramadhan itu.Cabutan undi hanya sekadar pelengkap semata-mata.

Krisis keyakinan orang Melayu terhadap Raja Nong Chik dan kepimpinannya semakin hari semakin terserlah dan tindakan serta keputusannya dalam isu penjaja Melayu semakin menambahkan parah dan membuktikan kegagalan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan kita percaya ada usaha yang sedang dibuat oleh kalangan penjaja sendiri untuk mendesak PM Najib merombak dan mengugurkan pasukan kepimpinan dalam Kementerian Wilayah Persekutuan termasuklah menukar Menterinya yang dilihat langsung gagal berfungsi untuk kepentingan dan masa depan Melayu dan UMNO di Wilayah Persekutuan.

Orang UMNO sendiri pun semakin hari semakin galak mencerca Raja Nong Chik yang disifatkan sebagai tidak layak untuk menduduki kerusi tersebut dan berbagai gelaran menjijikan diberikan kepada Raja Nong Chik termasuklah budak suruhan PM yang dibalas jasanya oleh PM semata-mata dan bukannya kerana kebolehan atau kewibawaan memimpin.

Isu lot VIP mencabar kepimpinan beliau dan kita percaya MP Lembah Pantai mempunyai senarai kepada siapakah lot-lot itu diberikan.Lot-lot tersebut dikatakan telah diberikan kepada VIP tertentu dan disifatkan juga Persatuan Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan dalam memorandumnya kepada PM Najib sebagai telah dirompak yang mengakibatkan 40 orang penjaja yang berniaga bertahun-tahun di kawasan tersebut mengalami kerugian.

Malah sesuatu yang cukup luar biasa kerana kebiasaannya setiap lot-lot yang diberikan kepada mana-mana penjaja sekalipun adalah melalui proses cabutan undi yang dilakukan setiap tahun oleh DBKL tetapi  kali ini lot-lot tersebut  dikatakan telah diberikan secara kelulusan oleh Raja Nong Chik selaku menteri Wilayah Persekutuan dan ada pihak telah pun mendedahkan bahawa hampur keseluruhan lot-lot yang berjumlah 93 itu diberikan kepada orang-orang yang dipilih daripada UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Bagi menangkis segala tuduhan ini, Raja Nong Chik dituntut untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan dan mendedahkan kepada umum siapakah sebenarnya yang memperolehi lot-lot tersebut namun sehinggalah satu memorundum di hantar oleh Persatuan Penjaja hingga kini tidak ada satu pun  jawapan daripada pihak Kementerian  termasuklah daripada Raja Nong Chik sendiri.

Sekiranya benar tuduhan tersebut, Raja Nong Chik mencipta sejarahnya yang tersendiri dan melakukan penyelewengan kuasa yang tidak boleh dimaafkan dan sekalgus menafikan hak-hak penjaja yang sekian lama mencari rezeki di tapak sebanyak 93 lot itu dan lagi mendukacitakan sekiranya benar 93 lot itu diberikan kelulusan tanpa undian kepada rakan-rakan politik daripada Bahagian Lembah Pantai, tindakan ini cukup memalukan. Beranikah Raja Nong Chik menafikan bahawa sebahagian besar lot-lot tersebut telah dijual kepada pihak lain dengan harga ribuan ringgit ?Adakah kepimpinan Raja Nong Chik mula mencota system pentadbiran cekik darah terhadap penjaja kecil yang mencari rezeki setahuin sekali ini?

Apa relevannya pula pemberian 16 tapak penjaja dianugerahkan kepada syraikat Jackel yang merupakan pemborong besar permaidani yang juga mempunyau gedung yang cukup besar di  Jalan Masjid India itu kerana sebelum ini tidak ada satu pun keputusan seperti ini dibuat dan ini merupakan satu lagi keputusan Menteri Wilayah yang paling tidak bijak kecuali ada pihak yang mempunyai kepentingan di atas syarikat pemborong permaidani ini.

Memang wajarlah kemarahan yang ditimbukan oleh Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil  Melayu Wilayah Persekutuan terhadap kepimpinan Menteri Wilayah ini sehingga mendorong mereka mengadu nasib kepada PM Najib untuk membantu mereka dan tindakan ini tidak pernah berlaku terhadap mana-mana Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini.Tidak cukup dengan itu mereka berdemonstrasi di depan jebata DBKL.

Barangkali tertampar dengan tindakan persatuan ini, maka satu persatuan lain turut menghantar memorandum untuk menyokong tindakakan yang dibuat oleh Menteri Wilayah itusehingga menimbulkan ketegangan di kalangan penjaja kerana jelas ada adu domba politik yang berkepetingan tertentu.Dan sudah mula kedengaran sekarang ini bahawa tindakan ini disokong  dan didesak oleh Menteri Wilayah,Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai cara menutup malu apabila Bahrim Razak mengadu kepincangan kepimpinannya kepada PM Najib.

Malah turut diperkatakan juga bilamana ada satu Pengerusi Persatuan yang memperolehi hampir 300 lot tapak jualan sempena bulan puasa lalu di seluruh Kuala Lumpur dan kita percaya kelulusan ini diberikan yang berkemungkinan ada unsur-unsur lain .Cuma kita harap unsur-unsur itu tidak bersumberkan rasuah dan penjaja melayu memperolehi keuntungan dan bukannya keuntungan itu dikaut oleh  Pengerusi Persatuan itu sahaja.

Janganlah ada kemungkinan lot-lot tersebut dijual pula kepada penjaja lain tetapi ini bukan merupakan satu perkara mustahil.

Bayangkanlah kalau satu lot itu Pengerusinya memperolehi RM1,000, darablah dengan jumlah lot yang diperolehi itu.Biasanya bulan Ramadhan bukan sahaja penjaja yang untung, orang tengah seringkali juga memperolehi keuntugan yang berlipat ganda sebab itulah ada yang sanggup menaja perjalanan dan penginapan kepada pihak-pihak tertentu untuk keluar Negara.Kita amat berharap lot-lot itu diperolehi dengan cara undian juga dan bukannya dengan cara rasuah..!

Malang sungguh nasib penjaja Melayu yang selama ini bila datangnya bulan Ramadhan sering diharapkan sebagai bulan rezeki tetapi rezeki mereka dicantas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Sebahagian besar mereka adalah penyokong kerajaan dan mengharapkan kerajaan membantu tetapi malangnya pemimpin yang mereka harapkan akhirnya menjadi pepat di luar namun rencung di dalam.

Tahniah sekali lagi Raja Nong Chik dan DBKL kerana telah mencipta sejarah baru dalam menangani isu yang ditimbulkan oleh Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan. Kementerian telah meletakkan kepetingan penjaja-penjaja ini di tahap paling rendah kerana mereka lebih memikirkan untung dan kepentingan politik..Jackal,Starbuck dan Dewan Perniagaan lebih beruntung daripada orang-orang Melayu yang selama ini mengharapkan penambahan rezeki setahun sekali dalam bulan Ramadhan.

2 comments:

Anonymous said...

SALAM AIDIL FITRI DATO.........
TAHNIAH LAH DATO MEMBONGKAR TEMBELANG "PAK MENTERI" UMNO YG MEROMPAK REZEKI PENIAGA MELAYU..... ITU LAH UMNO.....YG MEMANG TERKENAL DI KALANGAN RAKYAT KAKI "SAPU" KAKI "REMBAT" KAKI"RASUAH" DAN MACAM2" KAKI LAGI....hahahahaha...... KESIAN ORANG MELAYU...... KAYA LAH KRONI2 PAK MENTERI SERTA PAK MENTERI SEKALI MAKAN RASUAH....... S.P.R.M WHAT R U WAITING FOR?

Anonymous said...

PATUT LA BYK MAT2 PAKISTAN BERNIAGA KAT SANER......HMMMMMMM....MALAYSIA NI BUAT WELFARE PADA ORG LUAR JER......KERA DI HUTAN DI SUSUKAN...ANAK DLM BUAIAN MATI KELAPARANNN...SIAN ORG2 MALAYSIA....KENER KENCING KAW2 DGN SEGELINTIR MANUSIA YG BERKEMPENTINGAN DUIT...APALAGI SPRM...TAKKAN MAKAN GAJI BUTA KOT..???

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers