Wednesday, September 22, 2010

ENTAH dimana silapnya Lagu Rasmi Willayah Persekutuan yang berjudul Maju Dan Sejahtera akan ditukar dengan lagu lain yang baru dicipta oleh komposer Pak Ngah.Lagu ini dulunya dirasmikan oleh DYMM YDP Agong dan dipersetuju oleh kabinet zaman Pak Lah tetapi selepas empat tahun lagu ini digunapakai sebagai lagu rasmi Wilayah Persekutuan, Menteri Wilayah Persekutuan yang baru ini tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk menukar lagu tersebut.

Apa sekalipun alasannya di sebalik penukaran lagu ini ternyata ianya akan menimbulkan banyak masalah  terutama sekali kepada pelajar-pelajar sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan yang telah menghafal lagu ini selama empat tahun tetapi tiba-tiba lagu lain pula yang akan mereka nyanyikan pada tahun 2011 nanti.

Berapa lama pula masa akan diambil oleh pelajar sekolah dan guru-guru untuk menghafal lagu baru ini dan adakah bila berganti Menteri yang lain, lagu yang baru ini juga di tukar?Dan bezakah lagu ciptaan Datuik Wah Idris ini dengan lagu baru ciptaan Pak Ngah nanti danini juga merupakan satu penghinaan terhadap karya Wah Idris sebagai seorang composer terkenal?Inikah cara kita melayani hasil karya penggiat seni tempatan kita?

Soalnya pula adakah pertukaran lagu ini dipersetujui melalui satu kutipan suara atau referendum seluruh warga Wilayah Persekutuan ataupun diputuskan oleh satu pihak sahaja sehingga sewenang-wenangnya menukar lagu tersebut tanpa memikirkan kesan yang harus ditanggung oleh rakyat di Wilayah Persekutuan ini?

Sepatutnya Majlis Guru-Guru Besar,PIBG dan segala yang berkaitan dalam menggunakan lagu ini dipanggil untuk mendengar pendapat sebelum sebarang keputusan dibuat dan kita berpendapat penukaran lagu ini merupakan satu penghinaan kepada keputusan yang telah pun dibuat oleh kabinet sebelum ini dan juga penghinaan kepada KDYMM YDP Agong yang merasmikan lagu tersebut dan kalau lagu itu tidak sesuai kenapa sebelum ini diluluskan?atau ada agenda lainkah di sebalik penukaran lagu ini?Kalau PM Najib yang cadangkan lagu ini ditukar kenapa sebelum ini menerima keputusan kabinet?

Jangan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang ada dimana kuasa yang patut dipergunakan untuk kepentingan ramai tetapi hanya digunakan untuk kepetingan individu serta memuaskan nafsu serakah sendiri semata-mata.Kerja lain lebih mustakan daripada isu lagu ini. Dan kita percaya majority rakyat di negeri ini menolak cadangan penukaran ini tetapi apalah daya rakyat untuk menentang penguasa yang sedang berkuasa.

Mustahak sangatkah penukaran lagu ini kalau mahu dibandingkan dengan berbagai-bagai masalah yang tidak selesai dalam Wilayah Persekutuan ini? Dan adakah menjadi satu dasar baru dalam Negara kita ini apabila bertukar sahaja Menteri di mana-mana Kementerian, mereka juga akan menukar dasar,polisi atau keputusan yang telah pun dibuat oleh Menteri-Menteri sebelum ini?

Lagu hanya penyedap telinga tetapi masalah-masalah berbangkit seperti perumahan awam,setinggan,poltik dan sosio ekonomi itu yang lebih penting untuk dilaksanakan dasar dan keputusannya daripada menjadikan lagu Wilayuah Persekutuan ini lebih penting daripada masaklah rakyat.

Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik sepatutnya melihat agenda rakyat yang lebih penting daripada segala-galanya dan sekaligus memperkenalkan dasar-dasar baru demi kepentingan rakyat di negeri ini secara keseluruhan dan bukannya menjadikan perkara-perkara remeh itu sebagai penting sehingga gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap keperluan dan kehendak rakyat sepenuhnya.

Raja Nong Chik tidak perlu bersusah payah turun melawat longkang pecah atau parit tersumbat kerana tugas-tugas ini dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beliau cuma harus memastikan DBKL tuntas melaksanakan segala tanggungjawab itu.

Sehingga hari ini tidak ada satu pun dasar yang beliau perkenalkan sejak dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan pembangunan Little India di Brickfield (sebagai contoh)bukan keputusan beliau malah banyak lagi yang sedang dilakukan hari ini adalah mewarisi kepimpinan sebelum ini.

Sebagai seorang Menteri, Raja Nong Chik harus kaya dengan idea-ieda baru dan berfungsi dengan akal dan fikiranya dengan dibantu oleh DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membangunkan kota metropolitan ini sejajar dengan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandara terbaik dunia dan bukannya hanya berperanan di bawah telunjuk pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan di atas perlantikan beliau. Sehingga hari ini tidak ada satu pun bukti kejayaan Raja Nong Chik sebagai Menteri.

Beliau sehingga kini langsung tidak diuji dan teruji sebagai seorang pemimpin pelapis baru di Wilayah Persekutuan ini. Beliau gagal dalam isu penjualan rumah yang didakwa akan dilakukannya dalam tempoh enam bulan, gagal menangani hingga kini isu Kampung Baru dan sedang berdepan dengan cemuhan rakyat apabila kenyataannya sering flip flop.

Raja Nong Chik harus membuktikan bahawa beliau adalah pilihan yang tepat untuk bertanggungjawab sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan bukannya menjadi seperti tikus yang membaiki labu.Buatlah kerja yang menguntungkan rakyat dan parti.janganlah berbuat sesuatu yang sentiasa mengelirukan.dan menyusahkan.Kalau harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama yang baik..

4 comments:

Anonymous said...

suruh je RNC tu berhenti...dah tak guna dah..hgantikan je dgn Tengku Adnan ataupun bagi balik kat Zulhasnan...makin lama makin mengarut dah ni...

Adnan Seputeh

Anonymous said...

Saya sendiri pun pening melihat telatah dan karenah dato Raja Nong Chik ini.Macam dah tak ada idea, langsung gagal sebagai Menteri ataupun Timbalan Pengerusi Perhubungan.Tapi nak buat macam mana Datok Najib sayangkan dia..Rosmah pun sukakan dia, terima shajalah nasib malang berMenterikan dia ni...

Anonymous said...

APALAH DOSA RAKYAT WILAYAH PERSEKTUAN INI HINGGA TERPAKSA MENERIMA SEORANG MENTERI SEPERTI INI?INGATKAN LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUMNYA TETAPI SAYANG SUNGGUH, RAJA NONG CHIK NI UMPAMA MUSANG BERBULU AYAM.

DULU SAYA KECEWA DAN MARAH JUGAKLAH BILA ADA TULISAN2 YANG MEMPERTIKAIKAN DIA TETAPI AKHIRNYA SAYA MENERIMA DGN JUJUR DAN BERLAPANG DADA BAHAWA RAJA NONG CHIK MASIH BELUM LAYAK UTK DIANGKAT SEBAGAI MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR...DIA CUMA LAYAK SEBAGAI KETUA BAHAGIAN LEMBAH PANTAI SAHAJA. BETULLAH KATA ORG RAJA NONG CHIK MENTERI LEMBAH PANTAI..

HAJI AZIZUDIN AHMAD TABARNI
BUKTI BANGSAR,KUALA LUMPUR

Anonymous said...

Sebenarnya Dato Seri Najib menpunyai satu kelemahan ynag nyata iaitu apabila perlantikan-perlantikan beliau didapati tidak berkesan, beliau lambat mengambil tindakan. Perkara ini bukan sahaja berlaku dalam arena politik tetapi juga dalam perlantikan ketua2 GLC. Saya berpendapat kerajaan harus mengambil proactive dan preventive action sebelum luka menjadi kudis.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers