Wednesday, September 29, 2010

PENGAKUAN ibu tunggal ini cukup menggemparkan. Beliau mendakwa telah menjadi mangsa kepada sikap buaya darat salah seorang Ketua UMNO Bahagian.Nasib malangnya datang bertimpa-timpa, lain yang beliau harap,lain jadinya, bantuan yang dipinta,sekujur tubuh jadi taruhannya.

Apalah daya seorang wanita yang tidak bermaya seperti dia untuk menghalang tindakan ganas seorang lelaki dan apalah daya untuk beliau menolak kemahuan seks Ketua bahagian tersebut kerana dibimbangi beliau akan ditinggalkan sendirian di luar negara.

(Wanita malang ini diperdaya Ketua Bahagian)
Semuanya bermula daripada sebuah perkenalan yang disengajakan kerana belaiu memerlukan modal untuk memulakan perniagaan dan sebagai rakyat biasa tempat yang paling sesuai untuk menaruh nasib untung adalah kepada Ketua Bahagian tersebut.Beliau mengakui bahawa beliau sedar bahawa Ketua Bahagian ini sering mengambil kesempatan tetapi atas keyakinan hanya kerana beliau ibu tunggal, dia juga berkeyakinan nasib malang yang pernah menimpa beberapa orang mangsa sebelum ini tidak mungkin terulang ke atas dirinya.

Mereka bertemu dalam pertemuan yang diatur antara rakyat dan pemimpin dan wanita malang ini menceritakan masalahnya untuk mengembangkan perniagaan tetapi tidak cukup modal, beliau merayu kerjasama dan pertimbangan pemimpin ini untuk membantunya dan beliau merasa bangga tanpa was was bahawa bantuan yang akan diberikan itu  akhirnya memaksa dia menggadai tubuh dan maruahnya apabila Ketua Bahagian tersebut sanggup membantunya melalui pinjaman TEKUN.

Wanita malang ini memasang angan-angan untuk berjaya seperti ibu tunggal yang lain atas bantuan kerajaan dan parti yang beliau sokong tapi malangnya datang bertimpa apabila beliau diajak untuk menemani Ketua Bahagian ini keluar negeri dengan alasan untuk mengisi boring permohonan dan wanita malang yang lurus bendul ini tidak mengsyaki apa-apa menurututi permintaan tersebut namun sesampainya di salah sebuah hotel, dia mendakwa telah diminta habuan seks  bagi mempercepatkan permohonan itu.

Berbagai janji dan pujuk rayu dan wanita ini tidak ada pilihan selain menyerahkan tubuhnya untuk diratah oleh Ketua bahagian yang sudahpun telanjang bulat di depan matanya.bak katanya ``apalah daya saya untuk menghalangnya, saya berada di luar Negara dan andainya saya menolak kegilaan seksnya itu, saya berkemungkinan akan ditinggalkan sendirian dii sebuah Negara yang saya tidak punyai sesiapa.”

Kisah wanita malang ini telahpun jadi sebutan tetapi lebih malang lagi, baik pemimpin tempatan ataupun atasan tidak mengambil tindakan ke atas Ketua bahagian tersebut dan ini disifatkan juga oleh wanita ini sebagai satu persubahatan daripada pihak tertentu untuk menganiyai dirinya dan belaiu telah nekad untuk mendedahkan segalanya serta bersedia untuk berdepan dengan Perdana Menteri sekiranya dipanggil berbuat demikian.

“Saya tidak menyangka dia sanggup menipu saya.mengambil kesempatan atas kesulitan saya.saya tidak percaya, saya boleh jadi mangsa dia seterusnya walaupun saya diberitahu bahawa dia memang seorang lelaki hidung belang dan suka mengambil kesempatan.Selama ini saya hormatinya sebagai pemimpin di tempat saya tetapi rupanya dia pemimpin berwajah setan,” dakwa wanita malang ini yang saya rahsiakan namanya untuk peringkat ini.

“Pemimpin sebegini tidak sepatutnya berada dalam mana-mana parti sekalipun.Parti boleh rosak dan dipandang hina.Cukuplah saya jadi mangsa, saya tidak mahu ada lagi mangsa lain selepas saya.Saya tidak mahu isteri orrang,anak dara orang serta ibu-ibu tunggal seperti saya ini diambil kesempatan oleh beliau yang menggunakan jawatan sebagai Ketua bahagian itu<’ dakwa wanita ini lagi yang nyata sudah nekad pendirian dan ketegasannya untuk membongkar salah laku seks Ketua Bahagian ini.

“Saya tahu maruah saya tercemar dengan pendedahan ini tetapi saya rela, biar saya seorang jadi korban seksnya dan saya berdoa selepas ini tidak ada lagi mangsa lain dan saya juga yakin aklan ada mangsa-mangsa lain akan buat pendedahan yang sama kalau mereka ini benar-benar sayangkan parti dan memperjuangkan agama,bangsa dan Negara,” dakwanya lagi.

Wanita ini bercerita lanjut.Kadang-kadang beliau mengesat airmatanya tapi diwajahnya ada tabah tersendiri walaupun dia sedang berdepan dengan satu kuasa yang memungkinkan dia akan menerima beban atau tekanan.

Kisah kegilaan seks Ketua Bahagian ini khabarnya sudah sampai kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri tersebut  tetapi sehingga kini pelaku masih bebas dan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa sebagai Ketua dan bak kata wanita ini seperti di atas tadi, dia akan menggunakan saluran apa sahaja untuk mendedahkan segala keburukan daripada pemimpin yang beliau sifatkan sebagai manusia bertopengkan syaitan.

“Sepatutnya ahli dan pemimoin atasan malu mempunyai pemimpin seperti ini dan beliau harus disiasat dan diambil tindakan sejajar dsengan segala perbuatannya,” kata wanita ini lagi yang juga mendakwa bernasib baik kerana keguguran hasil persetubuhan rela dalam paksa dengan Ketua Bahagian tersebut.

“Saya juga pelik, beliau katanya akan mendakwa saya kalau saya dedahkan segala perbuatannya terhadap saya.Sepatutnya saya yang bercakap begitu, mungkin kerana saya ini wanita kampong yang sekolah tidak tinggi mana, dia cuba mengugut serta memperbodohkan saya.

“Sudahlah dia menyetubuhi saya, janji asal nak bantu saya untuk dapat pinjaman sampai sekarang ini saya tak tahu kesudahannya,” dakwa wanita ini lagi.
Wanita ini juga melahirkan rasa kesalnya kerana tidak ada pembelaan daripada ahli jawatankuasa bahagian itu walaupun dia telah menemui beberapa orang untuk membantu beliau menyelesaikan masalahnya dan mengadu apa yang telah Ketua Bahagian itu lakukan terhadap dirinya.

Laporan lanjut dan lebih terpeinci akan menyusul….

7 comments:

Anonymous said...

yang pertamanya kenapa tak buat laporan polis? apa yang PM atau sesiapa pun boleh buat kalau puan tidak buat laporan polis? Ketua Bahagian itu dipilih oleh mesyuarat agung mana boleh di ambil tindakan kalau tak ada sebab yang munasabah. kalau saya yang wanita ini tuduh. saya akan kata ini hanya tuduhan seorang wanita yang kecewa kerana tidak mendapat pinjaman. maka oleh itu wanita ini perlu membuat laporan polis untuk disiasat. jangan nanti sampai wanita ini dituduh menjadi dalang parti pembangkang untuk menutup kekecohan di dalam pemilihan parti atau mengalih perhatian isu RM4 billion atau guna wang judi untuk merasuah pengundi.

oRang kAmpong said...

Awat hang tak repot polis.teman rasa klu hang pe jumpa najib pun dia akan minta copy repot dulu kut.umi hafilda dulu jumpa mahathir selepas dia diarah menarik blk repot dia dan akuan bersumpah azizan.buat benda/korje ni biar ikut peraturan ckit.org kata klu nak berperang biar ada senjata,copi repot tu hang punya senjatalah klu idak nanti org anggap fitnah lak.jgn FITNAH wok dosa.klu hang betoi i followwww.BELASAH dia cukup2.

Anonymous said...

1. "dia menyetubuhi saya.." ... uh sedapnya.

2. jangan gunakan 'saya orang kampong' sebagai alasan untuk menafikan kebodohan diri sendiri.

3. kalau pendedahan dibuat tak lengkap tanpa orang lain tidak ketahui siapa pelakunya, ia hanya berciri menyuburkan kemaksiatan.

3. nampaknya dia seorang ibu tunggal kampong yang mengaku bodoh tapi sangat berani menerima pelawaan hingga tebang ke luar negara.

4. kalau dah buat maksiat, jangan salahkan sebelah lelaki sahaja.

5. dia sebagai perempuan, kalau menjaga maruahnya, akan menolak pelawaan mana-mana lelaki pun untuk berdua-duaan hingga ke luar negara.

6. sudahlah tu, dia tak dapat bantuan tak apalah, dia dapat sedap pun tak cukup ke. dasar perempuan murahan.

Anonymous said...

salam tuan,
mungkin fitnah ni..siasat dulu berita yang datang, selidik dulu cerita dan siapa yang bercerita bukan fitnah cerita itu semata mata...
'macam -macam ada...'

Anonymous said...

ni taktik politik ni. sial punye pmpuan

Anonymous said...

REPORT POLIS DULU KAK......ORG UMNO MEMANG BIASA KAK SUKA BUAT MAKSIAT...
KITA TUNGGU PR13 KITA TENDANG UMNO MASUK TASIK KAT PUTRAJAYA KAK..... RASA2 MUAT TASIK PUTRAJAYA UNTOK SEMUA ORG UMNO TU BIAR JADI UMPAN IKAN TOMAN....huhuhuhu
"KUASA RAKYAT" KAK......

Anonymous said...

UMNO DULU ........SEKARANG......DAN...........
SELAMA-LAMA NYA........ ADA BERANI KE DATO BAWA ISU INI KE PRK GALAS?? BIAR LAH ORE KLANTE TAHU PERANGAI BURUK PEMIMPIN UMNO.....huhuhu

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers