Sunday, August 8, 2010


NASI lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak bapa,buang agama,
buang Negara,buang saudara
Demi Pak Sheikh,dia turutkan…

MUNGKIN itulah gambaran yang boleh kita signifikan kepada Wan Azizah.Wanita Melayu terakhir ini cukup mulia.Wajahnya tenang, jiwanya yang bergelora berjaya disembunyikan.Tidak ada wanita Melayu hari ini yang setabah dia.Dalam tabahnya dia sanggup menipu kita semua.Dalam tenangnya dia rela menyembunyikan segala kebejatan moral suaminya demi  memenuhi impian Anwar untuk bertahta di Putrajaya.

Wan Azizah adalah lambang betapa hebat dan besarnya sikap hipokrit seorang wanita yang terpaksa dia lakukan.Dia tidak ada pilihan.Cerca nista terhadap suaminya itu harus ditelan bersama meskipun dia terpaksa menggadai maruah agama,bangsa dan Negara. Benar, hanya dia yang lebih mengetahui sikap,sifat dan nafsu suaminya itu.Durjana bagaimana sekalipun Anwar  di mata kita namun Anwar tetap suaminya dan bapa kepada anak-anaknya.

Dia juga harus memikul segala beban penipuan dan pembohongan yang suaminya lakukan setiap hari. Dia harus melupakan semangat patriotime dan nasionalisme terhadap Negara mesikupun dia sedar segala tindakan suaminya itu boleh memudaratkan negara ini, boleh menghumbankan rakyat negara ini ke lembah kemusnahan dan boleh  menjadikan agama iIlam kucar kacir dek permainan lidah suaminya itu

Wan Azizah terpaksa menjadi wanita hipokrit,menjadi isteri yang munafik kerana terikat kepada sumpah seorang isteri dan apatah lagi bahawa syurga itu di bawah tapak kaki suami.Meskipun ada menyelar sikapnya sebagai seorang isteri yang bodoh dan mempertahankan kesetiaan yang pura-pura, dia juga tidak ada pilihan. Dia bukan sahaja perlu menjaga maruah suaminya, dia juga perlu  menjaga maruahnya sendiri yang bersuamikan seorang peliwat, bersuamikan seorang agen asing dan paling penting dia harus menjaga maruah seluruh keturnannya supaya tidak didokumenkan bahawa suaminya seorang pembelot kepada Negara dan ayah yang tidak berguna kepada anak-anak dan cucu cicitnya.

Luka Wan Azizah sukar kita mengertikan.Kecewa wan azizah tidak mungkin dikongsi berasama kerana segala rahsia rumahtangganya disimpan kukuh.mana mungkin hatinya tidak tersayat luka bila suaminya ada skandal dengan isteri orang, mana mungkin airmatanya tidak berderai yang mengenangkan sikap suaminya yang tidak pernah berubah nafsunya yang masih memilih anak-anak muda lelakisebagai mangsa liwatnya.Bagaimana dia mampu mempertahankan agama,bangsa dan negaranya sedangkan kiblat suaminya masih lagi ke Amerika dan bersekongkol dengan puak-puak Yahudi.Demi suami,dia telan segalanya itu.

Hanya Wan Azizah yang mengerti hati dan perasaannya. Hanya dia yang tahu  betapa siksanya bersuamikan Anwar yang semakin hari semakin galak membiarkan dirinya dijadikan hamba Cina DAP  dan dia tidak ada pilihan, dia harus bersama suamiaya dalam apa sahaja keadaan walaupun tindakan dan sikapnya itu dicerca oleh rakyat Negara ini.Bagaimana buruknya suaminya di mata rakyat tapi suaminya dihargai oleh negara asing.

Wan Azizah sudah betah untuk menipu dirinya sendiri. Wan Azizah sudah hilang segala sifat Melayunya dalam perjuangan apabila turut membenarkan dirinya sebagai Presiden kepada PKR di kawal sepenuhnya oleh golongan-golongan chauvinis dan bersedia untuk dijadikan alat sebagai simbol perpecahan Melayu kerana dia telah dikawal kehidupan peribadinya dan juga kedudukan sebagai Presiden parti oleh suami dan rakan-rakannya.

Betullah kata orang, berat mata memandang,berat lagi bahu memikul dan inilah yang sedang dialami oleh wanita ini.Mungkin dia ingin berkata benar dan mengakui segala tuduhan yang dilemparkan terhadap suaminya itu tetapi dengan kemungkinan itu akan membuatkan dia kehilangan suami, lelaki yang membawanya lari untuk bernikah di Siam satu ketika dulu. 

Membongkarkan segala kebejatan moral suaminya mungkin boleh dianggap sebagai satu pengorbanan besar daripada seorang  wanita dan isteri seperti beliau namun beranikah dia berdepan dengan kenyataan dan terus digelarkan sebagai seorang wanita munfaik yang berselindung di sebalik tudung,jubah dan sarung tangannya. Dan apakah itu semua satu lakonan  untuk melindungi bahawa dia menjadi wanita yang tidak bermorak kerana dipimpin oleh suami yang juga tidak bermoral.

Wan Azizah tidak ada kekuatan itu. Wan Azizah tidak akan berani berkorban untuk menyelamatkan agama,bangsa dan Negara ini daripada terus dinodai oleh suaminya. Wan Azizah juga bernafsu besar memburu tahta untuk bergelar isteri seorang Perdana Menteri sedangkan hakikatnya dia sedang melalui denai yang penuh berduri malah jawatan itu semakin hari semakin nampak berbalam.

Beranikah Wan azizah untuk tampil mengakui bahawa segala tuduhan yang dilemparkan kepada suaminya itu sebagai benar belaka.Tidak ada fitnah dan tidak ada sama sekali konspirasi.Beranikah dia untuk menasihatkan suaminya supaya berhentilah menjadi suami pembohong dan pemimpin yang menipu kita dan rakyat semua.Menanti kejujuran daripada mulut Wan Azizah seperti menunggu bulan jatuh ke riba…

4 comments:

Anonymous said...

SALAM DATO.......APA PULA KURANG NYA BIG FAT MAMA/1st LADY 1MALAYSIA.....
LAGI TERUK DATO......TAK KAN DATO TAK TAHU.....DATO KALAU NAK BERPOLITIK BIAR ADIL DAN TELUS.... JANGAN HENTAM SEBELAH PIHAK JE..... HIPOKRAT NAMANYA......DATO KAN ARIEF BERPOLITIK....NAK TANYA SIKIT.....

1)APA PENDAPAT DATO TENTANG "BIG FAT MAMA" ATAU 1ST LADY 1MALAYSIA.

JAWAP DATO?KE NAK TANYA LAGI 3HARI DALAM BULAN RAMADHAN SUPAYA DATO BERTERUS TERANG......LAGI TERUK DARI WAN AZIZAH KOT(RASA2)JAWAP YA........T/KASIH DATO.

Ular Menyusur Akar said...

"Wan Azizah-dilema seorang wanita Melayu..."???

Dia menjadi delima jika itu bertentangan dengan prinsip peribadi.

Wan juga menerima imbuhan yang tidak ternilai dari kegiatan suami dia. Pembohong kalau dia tidak tahu. Ini telah menjadi sebahagian cara hidup mereka sekeluarga. Allah menganugrahkan 9/10 nafsu kepada wanita. Kerana nafsu wanita sanggup menjadi isteri kedua, ketiga, keempat waima simpanan. Walaupun bertukar-tukar isteri atau suami. Mereka di kelilingi oleh pemimpin-pemimpin dunia yang rosak akhlak yang mengamalkan tabii luar biasa. Dan di kelilingi juga pertubuhan yang mengamalkan tabii yang sama. Tidak hairan kalau Wan dikalangan antara mereka.
Dari itu, sesuatu yang kita bimbang tidak mungkin kebimbangan bagi mereka.
Tanya wanita yang sanggup bercerai? Mereka mempertahankan prinsip diri.
Walaupun ramai orang kata wanita tidak suka di madu, tetapi saya beranggapan sebaliknya. Yang tidak suka di madu isteri tua, yang kedua, ketiga dan keempat adalah perempuan juga. Dari itu lebih ramai wanita suka di madu asalkan nafsu mereka dapat di penuhi.
Saya tidak lihat ini satu ketabahan seorang wanita sebaliknya rakus untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka.

agbr47: Jika nafsu telah bermaharajalela, semuanya halal belaka.

Anonymous said...

Dah terang2 Kak Wan lagi teruk. Laki dah jadi dua alam boleh buat dek jer... bini dia belasah, bini orang dia belasah, tah mana2 betina pun dia belasah, jantan pun dia belasah gak... gile engkau... kalau tak teruk lagi macam tu.

Anonymous said...

PERPATAH MELAYU ADA BERKATA """ KATA DULANG PAKU SEPIH KATA ORG BEE END LEBIH""" TAK TAHU KE SEBELUM JADI PM DULU KENA TANGKAP BASAH DENGAN ARTIS ZZ?KAT PD.....JGN BUAT BODOH( hehehe)
TANYA PAK ISA SAMAD......PELAWAK NABIL ADA BERKATA"""LU PIKIR LAH SENDIRI"""
TUNGGU PR13 YA BRO....... KAPAL BEE END AKAN KARAM......INGAT BRO RAKYAT TAK BODOH DAN TAK MAHU DI BODOH KAN OLIH UMNO SELAMA 50TAHUN.......
'''WE MALAYSIAN ARE WAITING FOR PR13 TO THROW THIS SICK GOVERMENT""

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers