Monday, August 16, 2010
HANYA kerana kebencian yang begitu sekali terhadap UMNO sudah ada anak Melayu mempertikaikan Kemerdekaan Negara.Sudah ada rakyat Negara ini yang mempersenda serta memperkecilkan tarikh 31 Ogos yang disambut sebagai Hari Kemerdekaan setiap tahun yang disambut oleh rakyat  Malaysia.

Dalam mengharapkan UMNO tumbang dan digantikan dengan kerajaan baru, pembangkang telah mengekspolitasikan segalanya dan sedang meracuni pemikiran rakyat kononnya tarikh kemerdekaan yang disambut pada setiap 31 Ogos itu sebagai tipu semata-mata.
Mereka sedang berusaha untuk merubah sejarah sebagaimana mereka telah pun merancang Perlembagaan Persekutuan yang baru sekiranya mereka berjaya mengambilalih tampuk pemerintahan Kerajaan Malaysia.

Kita percaya ianya ditulis oleh anak Melayu yang sudah mati semangat kemelayuannya dan email ini merupakan satu penghinaan terancang untuk menidak serta menafikan segala peranan yang dimainkan untuk negara ini mencapai kemerdekaan.

Pembohongan demi pembohongan mereka sedang lakukan.Mereka sudah mula menghasut rakyat dengan pelbagai cara dan usaha terbaru ialah menuduh UMNO membohongi rakyat tentang peristwa kemerdekaan ini. Sampai begitu sekali usaha mereka untuk meracuni pemikiran rakyat.

Kebencian penulis email ini begitu ketara terhadap UMNO dan persekongkolan sebagai tali barut kepada bentuk penjajahn baru sedang mereka warnai dengan segala fakta yang mereka selewengkan.

Di bawah ini saya turunkan kembali tanpa sepatah perkataan pun yang saya ubah suai yang telah diemailkan oleh seorang rakan kepada saya..Bacalah dan renunglah ke dalam diri serta buatlah kesimpulan sendiri…

JANGAN BOHONG HAL MERDEKA

Setiap tahun - pada bulan Ogos -  rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA.  Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong.  Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia .

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963.   Malaysia ialah projek British.British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ).  Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar.  Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat.  Ini bukan darurat.  Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut.  Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM),  Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API),  Angkatan Wanita Sedar (AWAS ),  Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud.  Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai.  Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila.  Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.
Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu?    Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah  KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob.  Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh.  Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.
Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo . Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia .

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘ Israel ’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.
Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia . Taraaaaaakkkkk!!

Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia . Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan ? Period.)

Inilah tulisan daripada email tersebut dan saya serahkan kepada pembaca untuk membuat  apa sahaja rumusan dan tindakan.

6 comments:

Anonymous said...

kerja org gila

Anonymous said...

Setuju kat email tu tapi tang tarak tu lah... "tarakk otak".

akmy said...

Bila banyak sangat sebut "bukan kelentong" maknanya kelentonglah tu. Mereka yang dari zaman kemerdekaan, masih ramai yang hidup sihat wal-afiat dan masih boleh menceritakan perkara sebenar dengan lancar tanpa perlu menyebut "bukan kelentong". umno tertubuh apabila penjajah mengemukakan 'malayan union' dimana Tanah Melayu akan diperintah sepenuhnya oleh British dimana Raja-raja Melayu dilucutkan kuasa. umno telah menyatukan orang-orang melayu lalu menuntut kemerdekaan. Masalah peninggalan British yang terpaksa ditanggung oleh orang-orang melayu ialah pekerja lombong dan ladang berbangsa cina dan india, yang dibawa masuk oleh british. Kebanyakan mereka ini tidak mahu balik ke negara asal mereka lagi, maka dipersetujui menjadi rakyat Tanah Melayu dengan syarat mengakui hak keistimewaan orang melayu, raja-raja dan agama Islam. Dengan itu, British telah menyerahkan pemerintahan Tanah Melayu kembali kepada orang melayu dan ketika itulah (31 Ogos 1957) dinamakan Hari Kemerdekaan, kerana penjajah telah keluar. Hasil pungutan suara di Sabah dan Sarawak, majoritinya bersetuju merdeka melalui Persekutuan Tanah Melayu, lantas jadilah Malaysia pada tahun 16 September 1965. Apa pun tarikhnya, adalah sesuai diperingati untuk menyatu-padukan rakyat. Kita mengetahui sejarah adalah untuk menguat dan memajukan negara, bukannya hanya untuk menyalahkan dan sumpah seranah perkara yang telah berlalu. Kita perlu belajar dari salah silap, agar tidak mengulanginya lagi. Ingatlah, dengan perpaduan orang-orang melayu, maka kita kuat dan merdeka. Bayangkanlah jika sebaliknya yang berlaku!!

Anonymous said...

TAK DI POLITIKAN DATO...... ORANG UMNO JE TERASA SEPATUTNYA ORANG UMNO LAH NAK KENA WAR2KAN 31OGOS NIE..... AGAKNYA MEREKA SIBUK PENUH KAN KANTONG MEREKA .,,,,,NAK TANYA DATO SIKIT.......SEJAK BILA BENDERA MALAYSIA ADA ""1MALAYSIA"" ATAS NYA???

wan said...

Pada tahun 1941 PAS pun tak ada jugak....dan dalam pertubuhan yang disebutkan itu jugak ada ahli pertubuhan yang telah memasuki UMNO dan terus berjuang untuk kemerdekaan....

Anonymous said...

bila orang buta berbicara macam tu lah jadinya ...

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers