Tuesday, July 13, 2010
MARUAH kepimpinan Noh Omar sebagai Menteri Pertanian dan juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor makin tercabar.Tatkala Noh sedang berdepan dengan kurang berkayakinan kepimpinan UMNO lain di Selangor sehingga tercetus kononya Satim Diman akan melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan, di Kementerian Pertanian,Industri Dan Asas Tani, Noh juga terpaksa berdepan dengan sikap tidak bertanggungjawab pegawai-pegawai yang beliau lantik untuk membantu kerja-kerja sebagai Menteri.
Cakap-cakap kedai kopi, baik di kaki lima ataupun dihotel-hotel besar sudah mula mempersoalkan kewibawaan serta kedudukan Noh sebagai seorang Menteri dan juga ahli poltik, kerakusan pegawai-pegawai beliau membolot segala kerja-kerja atau kontrak kementerian sudah mula menjadi buah mulut ramai.
Pegawai-pegawai Noh dilihat lebih sudu dari kuah,lagak dan gaya masing-masing seolah-olah memperlihatkan bahawa ketua mereka itu akan kekal sepanjang hayat di kerusi Menteri Pertanian itu sedangkan kedudukan Noh ketika ini cukup kritikal.
Kehidupan peribadi mereka rasanya belum waktu dipersoalkan, Mereka mengawal segalanya dari kerja kontrak sebesar hama sehinggalah sebesar gajah. Malah ada kontraktktor sudah tidak malu alah lagi menuding jari bahawa lepas pandang Nohlah yang menjadikan imej dia tercalar sehingga timbul khabar yang Noh akan di sisihkan daripada menganggotai cabinet PM Najib. Noh tahu sebabnya dan terlalu peribadi untuk didedahkan disini.
Soal Noh tahu atau tidak, itu bukan persoalannya tetapi kerakausan pegawai-pegawainya ini bebannya tetap tergantung atas bahu Noh,Noh perlu bertanggunjawab sepenuhnya dan Noh tidak boleh mengekal untuk berkata tidak tahu dalam soal kontrak khemah yang diberikan kepada kawannya untuk setiap program Kementerian termasuklah program MAHA,MINI MAHA dan kontraktor khemah yang dimaksudakn ini cukup kaya raya sehingga menutup peluang kontaktor-kontraktor lain untuk mencari peluang di kementerian itu.Itu belum terungaki cerita Haji Shafie,Haji Malek,Saiful,Habibah,Suhaimi Sahdan dan beberapa orang lagi dan kita ada dokumen untuk membuktikan campurtangan langsung mereka dalam soal yang kita anggap sebagai pengkhianatan kepada amanah yang Noh Omar berikan kepada mereka..
Dan tidak hairanlah bukan sahaja blog ini yang mendedahkan malah sudah ada beberapa blog lain menyerang kepimpinan Noh yang sedang diperalatkan oleh pegawai-pegawainya ini. Bila timbul sahaja masalah kepimpinan Noh sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, nama-nama inilah yang dikatakan menjadi punca sehingga Noh diloihat gagal memimpin UMNO Selangor dan kegagalan Noh ini juga mahu atau tidak kesannya tetap terpalit kepada PM Najib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu.
Noh juga tidak boleh menolak bulat-bulat untuk mengatakan tidak tahu di atas pemberian kontrak baja,benih padi dan juga beras kerana ianya turut melibatkan pegawai-pegawai Noh sehinggakan ada yang menuding jari mengatakan salah seorang-Ketua Pemuda yang telah pun berhenti berkhidmat dengan Noh menjadikan MARDI seolah-olah agensi milik keluarganya.Kalangan orang-orang tertentu yang hidup disekiling Noh membolot segalanya.Cakap-cakap sebegini makin terus menjejaskan kredibilti dan kedudukan Noh sebagai seorang pemimpin dan kita tidak mahu UMNO Selangor turut terpalit dengan masalkah-masalah yang ditimbulkan termasuklah soal-soal peribadi yang mula hangat juga dibualkan ketika ini.
Kalau Noh mahu dikatakan gagal di Selangor,beban kegagalan itu tidak boleh disandarkan kepada Noh secara sendiri kerana pihak lain juga turut bertanggungjawab membantu beliau untuk mengemudikan UMNO di negeri itu tetapi kegagalan Noh mengawal anak-anak buahnya adalah kegagalan peribadi yang Noh perlu tanggung dan beertindak untuk menyingkirakan mana-mana parasit yang dilihat boleh menjejaskan kedudukan Noh di mata PM dan terutama sekali di mata rakyat.
Hingga ada yang mengatakan mesyuarat tender selesai jam dua belas, jam dua oetang sudah ada syraikat yang menunggu untuk mengambil keputusannya dan ada juga yang mengatakan tender baru dibuka hari Jumaat tetapi hari Isnin sudah dibuat pembahagian-pembahagian zon untuk tender pembekalan baja.Noh harus bertanggungjawab dan bertindak di atas kerakusan dan penyalahgunaan kuasa serta kedudukan pegawai-pegawainya.
Kita tidak mahu mempersoalkan kemampuan kewangan Setiausaha Sulit Kanannya yang menghawini seorang artis baru-baru ini tetapi selama lebih kurang lapan bulan tidak ada mesyuarat antara pegawai-pegawai Noh termasuklah Susk,Sus,PTTK dan juga pegawai-pegawai khas lain membuktikan wujudnya masalah dalaman yang cukup serius antara mereka dan memungkinkan Noh menganggap bahawa komunikasi antara pegawai-pegawai ini sebagai satu perkara yang tidak mustahak untuk mengenalpasti kerja-kerja beliau sebagai seorang Menteri.Laporan siapa yang Noh gunapakai?
Ramai juga yang bertanya,apa fungsi ataupun peranan yang dimainkan oleh Setiausaha Politik beliau sehinggakan Noh menjadi sasaran kemarahan yang bukan sedikit daripada Ketua-Ketua bahagian UMNO di Selangro dan juga seluruh malaysiaNor sedang berdepan dengan gerakan-gerakan keterlaluan pegawai-pegawai beliau di kementerian malah ada yang menyifatkan bahawa sebagai Menteri, Noh telah gagal untuk menasihatkan sehinggakan terbit kebencian ketara pegawai-pegawai kementerian terhadap kepimpinan Noh.
Tulisan ini tidak berniat setakat ini untuk mendedahkan dengan lebih banyak lagi kepincangan serta penyelewengan dan salah laku pegawai-pegawai Noh Omar namun sekiranya tidak ada tindakan susulan daripada Noh sendiri sebagai seoranag Menteri yang bertanggungjawab, kita akan dedahkan kelompok dan nama-nama orang –orang yang terlibat menguasai sepenuhnya kerja kementerian dan bukan sahaja dalam soal benih padi,beras,baja,kehemah tetapi juga akan mendedahkan secara terperinci lawatan Noh ke Australia yang melibatkan transaksi pembelian lembu ataupun pemajakan ladang-ladang ternakan di sana.
Dalam saat UMNO sedang berhempas pulas untuk mengembalikan Selangor ke tangan Barisan Nasional, semua pihak tidak boleh berbuat silap.Semua pihak harus dilihat bersih dan mampu menggembalikan keyakinan serta kepercayaan kepada rakyat dan Noh Omar harus mengambil tanggungjawab yang cukup bijak serta berhemah dan sekiranya beliau gagal menangani masalah-masalah yang sedang berlaku di kementeriannya, kita bimbang Noh juga akan dituduh sebagai turut bersubahat dengan pegawai-pegawainya untuk membolot dan memamah hasil yang sepatutnya dibahagikan sama rata kepada rakyat di bawah.Terpulang kepada Noh Omar!
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
15 comments:
Alahai Tok Janggut oooiiii....tak payah ler dok citer yg bukan2 kt blog ni. Mungkin Tok Janggut terkilan x dapat jadi pegawai datok kot?, tu yg jadi mcm ni. Bro...kita semua boleh cakap apa pon...tapi bila duduk kt kerusi derang baru kita tau mcmmana susahnya nk jaga hati semua orang, lagipon kerusi setpol dimana2 pon merupakan kerusi panas....akan ada org2 yg x puas hati, bila tendernya ditolak...kalau ada 10 pemohon tender, satu sahaja yg terpilih, lagi 9 org sudah tentu akan mengutuk, tak gitu?.
Jadi kalau Tok Janggut rasa terkilan atau termasuk dlm senarai 9 orang tu, jangan ler marah2...cuba ler lagi, kot2 kali ni ada rejeki sapa tau.
Pak Malau
salam tok
apabila kita bercerita tentang pemimpin tidak kira dari mana asalnya apa yg penting adalah isi kandungan cerita tersebut.Mungkin ada betulnya apa yg Tok ceritakan dan kesahihan cerita ini pun boleh juga dipertikaikan.
aku bukan nak backing DSNO tapi aku menyokong dia kerana dia dilantik oleh PM dalam tugas merampas kembali Selangor dari PR.Menjadi tanggungjawap kita membantu Noh Omar andai kita menyokong kepimpinan Najib Razak
Bercerita sesuatu yang buruk tanpa ada bukti yang sahih akan menyebabkan imej Najib Razak dan Noh Omar tercalar.Ini sekaligus menyukarkan strategi merampas Selangor.
Najib Razak ada alasan tersendiri kenapa melantik NO sebagai menteri dan timbalan pengerusi umno sgor.Jangan cuma bercerita buruk pemimpin tetapi kita terlupa kerja keras dan kebaikkan beliau melangkaui keburukan.Tiada siapa yg sempurna, setiap manusia ada kelemahannya tersendiri.
Andai cerita ini benar, aku mohon agar Dato Seri Noh Omar segera mengambil tindakan tetapi kalau sekadar angin lalu, alangkah baiknya kita membantu DSNO dalam merampas kembali selangor dari pembangkang.
SAYA nak jawab komen Pak Malau..saya tidak terlibat dan tidak pernah terlibat sama sekali dgn sebarang tender Kementerian Noh.Saya bukan peniaga ataupun kontraktor.
Saya juga sedar yang saya tidak sesuai untuk berkerja dengan mana0mana menteri dan sehingga umur saya hari ini saya cuma sekali shj berkerja dgn kerajaan sebagai penguatkuasa undang2.
Komen Rakyat Marhaen-
Jawapan saya cukup mudah.saya ada simpan bukti dan banyak perkara lagi yang saya tidak dedahkan. saya masih mahu menjaga airmuka dan saya tidak berniat untuk mendedahkan secara terperinci di peringkat ini tetapi bersedia bila2 masa untuk mendedahkannya.
Saya memang mengelak sama sekali untuk memfitnah dan saya bertanggungjawab atasd tulisan saya ini dan sekiranya ada fitnah..saya bersedia berdepan dgn segala kemungkinan.
Saya sayangkan Noh kerana di pemimpin parti yg saya jadi ahlinya tetapi saya tidak rela Noh diperkudakan oleh pihak2 yang berkepentingan sehingga menjejaskan reputasi Noh sebagai seorang pemimpin.
dedahkan jela..x yah nk jage air muke sape2..kalo betul ikhlas nk betulkan keadaan buat je..sampai luka dah jd barah baru nk dedahkan sume bukti yang ada?ada nama beberapa individu y disebutkan y saya rase tidak buat sebarang perkara y melannggar amanah yb noh..sbb sy inginkan bukti..supaya saya dapat menukar pandangan saya terhadap individu terbabit..
Salam Tok. Pedas betul tulisan Tok. Syabas. Bukan saya nak bela tapi ini pendapat saya. Mula-mula saya nak terangkan yang saya orang biasa. Saya kenal nama-nama yang Tok sebutkan tu tapi dia orang tak kenal saya.
Pada saya, janganlah marah sangat kat pegawai-pegawai menteri ni. Kita tak tau pun cerita sebenarnya. Memamg dari luaran kita nampak yang mereka ini nak bolot semua tapi hakikatnya kalau nak masuk kan anak belajar dalam IPTA pun orang cari kabel nak adjust bagi dapat. Ini kan pulak kontrak. Kontraktor akan cari kabel.Kita tak tau siapa yang kontraktor ni jumpa nak minta tolong. Ada yang jumpa orang politik samada menteri atau ketu-ketua bahagian dan ada juga yang jumpa orang istana dan macam-macam lagi. Orang tengah ni yang minta pegawai-pegawai tu tolong. Sebagai orang politik mereka ni kena tolong lah walaupun tak dapat apa (tolong saja).Jadi janganlah kata semua yang mereka tolong ,mereka punya. tak dinafikan adalah satu dua yang mereka punya. Selalunya yang besarlah mereka ambil. tapi tak apalah, adatlah tu. Kalau saya pun duduk kat tempat mereka, saya pun akan ambil satu dua untuk diri saya. Tok saya tak taulah.
Tentang Jamal tu, memenglah dia seorang usahawan. Bisnes dia khemah dan dia merupakan salah seorang kalau tak pun pembekal khemah bumiputra yang terbesar. Dia buat sendiri, bukan alibaba, Cuba Tok cakap siapa pembekal khemah bumiputra yang besar dan buat sendiri yang lain. Jadi apa salahnya bagi kat dia. Masalah kita ni orang melayu banyak hasad dengki. Pasal apa kita nak dengki kat dia. Dia orang melayu Islam yang betul-betul berniaga. Apa salahnya bagi kat dia. Polis pun lantik dia bekal khemah pasal dia beniaga betul. Patutnya kita bangga la ada orang melayu kaya, ini tak. Kalau boleh nak sekat, biar cukup makan je. Orang beniaga ni kalau boleh memang dia nak sapu semua, sapa punlah. Dia kan buat apa cara pun nak bagi dapat ke dia. Bangsa lain lagi hebat dalam hal ni. Tak kan Tok tak tau.
Salam.
Saya sedang mengumpul maklumat- MARDI,KADA..tentang Jamal ni..setakat ni saya tak nak komen apa2..tentang SUSK pun sya masih reserve komen saya...soal pemboloton projek..mrk tahu apa yang saya maksud..
Ttg progtam Subur..pun begitu..ttg ikan belaan ikan Tilapia dlm sngkar pun sya ada maklumatnya...ttg seorg pegawai khas yang Gred 27 tapi dipaksa bayar gaji dalam Gred tinggi pun saya ada maklumat...untuk ketika ini saya nak tengok dulu sejauh mana tindakan Menteri...
tunggu tunggu dan tunggu..typical anwar ibrahim..dedahkan secepat mungkin..dengan bukti itu maybe saya bole jd seperti kamu menentang kebatilan oleh pgawai yb noh..cepat segerakan pendedahan bukti..
SALAM TOK JANGGUT.......
ORANG UMNO/BN BIASA LAH SUKA MEROMPAK HARTA RAKYAT UNTOK KANTONG MEREKA......TUNGGU PR13..... BARU ADA AKAL.......
PENCURI DAN PENYAMUN ......2 X 5 ORANG AMNO SEMUA KAKI SAPU....... LEBIH-LEBIH YG BIBIRNYA "PINK" TU....
TUNGGU JE TOK JANGGUT PRU13....... KAPAL AMNO AKAN KARAM ATAS KUASA RAKYAT.......
salam tok janggut,
saya rasa ada kebenaranya bila tok janggut membongkar isu yang berkaitan. bukan niat saya untuk membela dan mempertahankan dsno, tetapi ini adalah kebenaran yang saya nampak.
Mengenai Jamal Khemah, Saya berpendapat bahawa semasa permualaan perniagaan jamal ini dijalankan memang dsno banyak membantu dek kerana jamal ini begitu rajin untuk berusaha dan usaha ini juga telah menghasilkan buahnya dimana jamal adalah diantara pemain perniagaan khemah bumiputera yang berjaya. Dengan hubungan yang ada jamal telah mempergunakan segala contact ini dengan baik sekali. Saya juga mengerti apabila setiap kali event2 yang mambabitkan kementerian, peralatan khemah jamal jugalah yang sering digunakan tetapi adakah tok janggut tahu bahawa perkhidmatan khemah jamal merupakan perkhidmatan yang paling kompetatif dari segi harga dan penyediaan. Inilah yang menjadikan jamal sentiasa menjadi pilihan utama dikementerian dan sehinggakan pihak PDRM juga mengambil perkhidmatan jamal ini. Satu lagi, adakah tok janggut tahu bahawa jamal juga terpaksa bertahan untuk membayar segala kos perkhidmatan yang disediakan lebih dari setahun pembayarannya? Saya juga diantara pemain penyediaan khemah disini tetapi apabila bayaran tersebut amat lambat saya terpaksa menarik diri dari terus menanggung kerugian jangka pendek. tetapi jamal tetap membantu untuk menjayakannya. namum bagi saya jamal juga telah melakukan kesilapan apabila agak susah membantu politik dsno sendiri. jamal lebih kepada membantu dirinya sendiri umpama gengam tak tiris. tanya umno tanjung karang sendiri adakah jamal ini membantu untuk melaksanakan sebarang program umno disana. payah nak dengar le kot..
dato haji safie.. setpol dsno. peranannya ini juga amat payah. terpaksa melayani ketua2 bhgn dan ajk bahagian 1 malaysia. jika tidak membantu dikatanya sapu semua tetapi jika kita rapat dan amati, haji safie kekadang tidak mampu berbuat apa2 dan terpaksa membantu dengan erti kata lain tolong kosong jer.. jika dsno turun kekelantan.. sekurang-kurangya terpaksa melayani pelbagai surat sokongan untuk tender, projek dan pelbagai ini terpaksa haji safie hadapi. saya rasa kalau tok janggut buat kerja haji safie atau setpol yang lain sama.. perkara yang sama akan berlaku..
dato saiful.. ini saya setuju. dengan sikap sombong dan berlagak tak tentu hala memang telah menjadikan dsno tercalar dari segi imejnya. saya juga berharap dsno akan faham dan cubalah mencari alternatif lain bagi kedudukan susk ini.
Habibah... ini saya kurang maklumat tetapi ini juga merupakan liabiliti dsno. dengar cerita, kat dalam jer lebih rm2k diperlukan..
Ku Saleh.. ini pun kurang maklumat tetapi harap2 dia kena ingat budaya samseng sudah tidak relevan.
suhaimi bodyguard.. ini pun satu.. kekadang dia ini bertindak lebih dari menteri.. tapi mungkin ini kerja polis kut.. tak tahulah..
Harapan saya supaya dsno sedar dan janganlah terlalu open dgn orang2nya sendiri.. apabila terlalu open itu yang membuatkan orang bawahannya tidak begitu menghormati dsno sebagai contoh.. pegawai yang kelihatan didalam segala program2 dsno hanyalah ku saleh.. yang lain tak tahu.. membelai isteri lawa dan glamour kot...
Satu lagi.. saya juga amat mengenali to janggut yang sebenarnya.. cuba membangkit isu dengan berhemah bukannya menfitnah.. kekadang kita tidak sedar siapa kiri dan kanan kita sebenarnya..
salam tok janggut,
saya rasa ada kebenaranya bila tok janggut membongkar isu yang berkaitan. bukan niat saya untuk membela dan mempertahankan dsno, tetapi ini adalah kebenaran yang saya nampak.
Mengenai Jamal Khemah, Saya berpendapat bahawa semasa permualaan perniagaan jamal ini dijalankan memang dsno banyak membantu dek kerana jamal ini begitu rajin untuk berusaha dan usaha ini juga telah menghasilkan buahnya dimana jamal adalah diantara pemain perniagaan khemah bumiputera yang berjaya. Dengan hubungan yang ada jamal telah mempergunakan segala contact ini dengan baik sekali. Saya juga mengerti apabila setiap kali event2 yang mambabitkan kementerian, peralatan khemah jamal jugalah yang sering digunakan tetapi adakah tok janggut tahu bahawa perkhidmatan khemah jamal merupakan perkhidmatan yang paling kompetatif dari segi harga dan penyediaan. Inilah yang menjadikan jamal sentiasa menjadi pilihan utama dikementerian dan sehinggakan pihak PDRM juga mengambil perkhidmatan jamal ini. Satu lagi, adakah tok janggut tahu bahawa jamal juga terpaksa bertahan untuk membayar segala kos perkhidmatan yang disediakan lebih dari setahun pembayarannya? Saya juga diantara pemain penyediaan khemah disini tetapi apabila bayaran tersebut amat lambat saya terpaksa menarik diri dari terus menanggung kerugian jangka pendek. tetapi jamal tetap membantu untuk menjayakannya. namum bagi saya jamal juga telah melakukan kesilapan apabila agak susah membantu politik dsno sendiri. jamal lebih kepada membantu dirinya sendiri umpama gengam tak tiris. tanya umno tanjung karang sendiri adakah jamal ini membantu untuk melaksanakan sebarang program umno disana. payah nak dengar le kot..
dato haji safie.. setpol dsno. peranannya ini juga amat payah. terpaksa melayani ketua2 bhgn dan ajk bahagian 1 malaysia. jika tidak membantu dikatanya sapu semua tetapi jika kita rapat dan amati, haji safie kekadang tidak mampu berbuat apa2 dan terpaksa membantu dengan erti kata lain tolong kosong jer.. jika dsno turun kekelantan.. sekurang-kurangya terpaksa melayani pelbagai surat sokongan untuk tender, projek dan pelbagai ini terpaksa haji safie hadapi. saya rasa kalau tok janggut buat kerja haji safie atau setpol yang lain sama.. perkara yang sama akan berlaku..
dato saiful.. ini saya setuju. dengan sikap sombong dan berlagak tak tentu hala memang telah menjadikan dsno tercalar dari segi imejnya. saya juga berharap dsno akan faham dan cubalah mencari alternatif lain bagi kedudukan susk ini.
Habibah... ini saya kurang maklumat tetapi ini juga merupakan liabiliti dsno. dengar cerita, kat dalam jer lebih rm2k diperlukan..
Ku Saleh.. ini pun kurang maklumat tetapi harap2 dia kena ingat budaya samseng sudah tidak relevan.
suhaimi bodyguard.. ini pun satu.. kekadang dia ini bertindak lebih dari menteri.. tapi mungkin ini kerja polis kut.. tak tahulah..
Harapan saya supaya dsno sedar dan janganlah terlalu open dgn orang2nya sendiri.. apabila terlalu open itu yang membuatkan orang bawahannya tidak begitu menghormati dsno sebagai contoh.. pegawai yang kelihatan didalam segala program2 dsno hanyalah ku saleh.. yang lain tak tahu.. membelai isteri lawa dan glamour kot...
Satu lagi.. saya juga amat mengenali to janggut yang sebenarnya.. cuba membangkit isu dengan berhemah bukannya menfitnah.. kekadang kita tidak sedar siapa kiri dan kanan kita sebenarnya..
Salam,
Buat semua manusia waras termasuk tok janggut yg tak berjanggut!
Astaghfirullahalla'zim...........
Sedarlah wahai saudara2 ku.....
Betapa besar dan beratnyer tanggungjawab DSNO....Supolnyer Dato'Hj.Shapie.......susknyer Dato'Saiful......pegawai2 khasnyer En.Khir,En.Manan,Pn.Hjh.Habibah,Dato'Hj.Bhari,Dato'Malek,Cik Rini,En.Suhaimi dll pegawai sokongan.........Mereka bekerja tak mengira waktu....makan minum tak menentu....masa utk anak isteri apatah lagi......sangat kurang.....kerana aper?kerana siapa?.....kerana korang semua!....kerana agama,bangsa dan negara..!!!!!apa jua komen,tuduhan dan fitnah yg korang lontarkan memang ada bersifat selfinterest..busuk...bangsat...dgn niat nak menjahanamkan kredibiliti DSNO.......Memang sebagai manusia kita bukan perfect...!!Tapi sepanjang pemerhatian saya dlm melihat dari segi perjuangan,kesungguhan dan usaha yg DSNO....D.hj...D.Saiful....dan pegawai2 khasnyer adalah extra ordinary....superb!Setiap permintaan...pertolongan...bantuan....sokongan....apa2 saja kecuali 'nyawa'.....akan mereka berikan yg terbaik......dan berlapik "insyaallah"....apalagi dgn panggilan ke atas telefon ofis....rumah dan Hp mereka....non-stop....masih juga dilayan tak kira waktu.walaupun dlm suasana kelamkabut dan keletihan mereka berusaha jua melayan kedatangan para tetamu2 yg dtg jauh atu dekat....sehinggakan pada hari cuti tak kira siang atau malam.....Janganlah kerana kita tak dapat aper yg kita hendak habis kita buat amok di internet tanpa mempedulikan akibatnyer...dan menguris perasaan org2 yg telah berkorban segala2nyer dlm memastikan kita hidup dlm suasana lengkap seperti apa yg kita ada sekarang.....jgn setakat Paku Dulang Paku Serpih...Ingatlah bahawa Allah maha adil.....Akhirkata kepada Dato Seri Noh Omar....Dato'Hj.Shapie....Dato'Saiful....En.Manan,En.Khir,Dato'Bhari,Dato'Malek,Pn.Habibah,Cik Rini,En.Suhaimi.....Jangan peduli pada golongan manusia2 hasad dengki penjahanam bangsa semua ni....mereka inilah sebenarnyer duru dalam daging bangsa kite!....Teruskanlah usaha yg terbaik utk agama ,bangsa dan negara......Semoga usaha anda selama ini diberkati dan dirahmati Allah...AMIN.
harap tok janggut supaya dpt membuka lapuran kemajuan pertubuhan2 peladang,terutamanya ppk kawasan mada....
tok janggut.....ko mmg tak adil...