Saturday, December 26, 2009

MENTERI Besar  Terengganu Ahmad Said membuktikan beliau seorang pemberani, seorang ahli poltik dan Menteri Besar yang bertanggungjawab dan sanggup mengambil risiko apabila bersumpah di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu bahawa beliau tidak pernah melakukan penyelewengan, rasuah termasuklah pemberian kurma dan air zam zam kepada rakyat Terengganu sempena Aidilfitri yang lalu.

Selain daripad Perdana Menteri Najib  yang berani melafazkan sumpah, Ahmad Said juga membuktikan bahawa  beliau juga pemimpin besar dan sanggup berlapang dada bagi membuktikan segala tuduhan,kecaman dan kesangsian yang dilemparkan kepadanya selama ini berunsur fitnah semata-mata dan bertujuan untuk memburukkan nama beliau di mata rakyat Terengganu.


Anwar Ibrahim yang mengaku pemimpin besar dan diangkat oleh sebahagian rakyat sebagai idola mereka pun tidak berani bersumpah..

Secara logiknya sehingga ke hari ini tidak ada lagi  kecacatan berlaku sewaktu Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu kalau mahu dibandingkan dengan pentadbiran sebelum ini yang mana Ahmad  Said terpaksa berdepan dengan berbagaI-bagai keruntuhan hasil dari pemerintahan Menteri Besar sebelum ini.Menteri Besar sebelum ini makan nangka, Ahmad Said yang terkena getahnya..

Sumpah laknat itu dibuat apabila beliau diasak bertubi-tubi oleh dua penyokonng kerajaan kononnya pemerintah Ahmad Said penuh dengan rasuah  dan asakan demi asakan tersebut  di tepis dengan senyuman dan sindiran sinis serta dalam masa yang sama Ahmad  menempelak sikap serta pertanggungjawaban dua ADUN tersebut yang disifatkannya jarang turun ke kawasan serta berbincang dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu  untuk mengetahui sebarang projek dan peruntukan untuk diluluskan.

Dua ADUN tersebut dipercayai daripada kumpulan yang sama sebelum ini menentang perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dan juga dikaitkan dengan kumplan bekas Menteri Besar sebelum ini menghujani Ahmad Said dengan seribu fitnah sebagai melampiaskan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Ahmad.

Walaupun sikap dua ADUN ini dilihat seperti duri dalam daging kerana mereka adalah antara penyokong kerajaan namun kebijaksanaan Ahmad menjawab dan memperincikan segala  tuduhan mereka dengan fakta-fakta telah mengunci mulutu dua ADUN ini dan tuduhan mereka itu memakan diri apabila Dewan Undangan Negeri Terengganui terkejut ,Ahmad Said melafazkan sumpah tersebut dan  mengingatkan jangan menggunakan kebebasan serta kekebalan DUN untuk menabur fitnah.

Malah Ahmad juga bersedia membenarkan dirinya untuk disiasat SPRM dan dalam masa yang sama mengingatkan bahawa yang menabur fitnah boleh juga disiasat oleh suruhanjaya itu. Namun di sebalik sidang dewan yang tegang itu, kenyataan Hishamuddin bahawa kekeruhan dalam BN terutama sekali UMNO Terengganu telah berjaya dijernihkan dan  saf kepimpinan UMNO Terengganu telah dirapatkan  ternyata  belum sempurna apabila masih ada lagi ADUN menyerang Ahmad Said dengan rangkaian fitnah yang disusun begitu rupa.

Persoalan yang timbul, Ahmad Said telah bersumpah tetapi sanggupkah dua Adun ini turut sama bersumpah bahawa mereka bukan jadi alat kepada bekas Menteri Besar sebelum ini, sanggupkah mereka bersumpah bahawa mereka menyerang kepimpinan Ahamd Said  bertujuan untuk memperkecilkan tugasnya sebagai Menteri Besar Terangganu dan memalukan beliau? Dalam masa yang sama mengakui bahawa mereka cuma budak suruhan semata-mata?

Apakah pula sumpah laknat Ahmad Said itu akan dianggap bohong oleh kumpulan ini? Adakah mereka akan tetap menuduh Ahmad melakukan penyelewengan dan rasuah walaupun Ahmad telah menggunakan DUN untuk membuktikan beliau tidak bersalah? 

Kita percaya mereka ini masih Islam tegar dan yakin serta terus memberikan peluang kepada Ahmad Said untuk bertangggungjawab sebagai Menteri Besar Terengganu Darul Iman.

3 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam tok..
agak-agak apa pulak kata pengerusi perhubungan umno negeri lepas ini?
tunggu...

jebat berkokok said...

Dah tak ada ke orang Terengganu yang layak untuk menjadi Pengerusi?

JALAK LENTING said...

MELAYU TAK SEDAR DIRI....kita sebagai manusia berbangsa Melayu dan beragama Islam sewajarnya bermuhasabah diri terutama setelah ditimpa musibah tsunami politik pada pilihan raya umum ke 12 Mac 2008 lalu.
Namun jenis manusia dua tiga kerat yang tidak boleh terima hakikat, semacam sengaja nak cari glamur...nak suruh orang beri perhatian pada dia kononnya laser dan berani, padahal bengap, bangang, pentingkan diri sendiri, berkepuk dalam tempurung, bodoh bingung dan kurang ajar terhadap pemimpin yang dipilih oleh pucuk pimpinan menjadikan diri dua tiga kerat tu melampau-lampau.
Mereka yang dua tiga kerat tu sepatutnya memikirkan masa depan parti dan kerajaan yang ada hari ini. Kena fikirkan macamana nak kekalkan kerajaan BN dengan penguasaan penuh oleh parti UMNO.
Kenapa dua tiga kerat ni terlalu bodoh dan sial sangat untuk berfikiran terbuka, nak kata tak sekolah rasanya dah cukup ajaran dan ilmu yang ditimba tapi takkan kerana Idris Jusoh tak dilantik jadi Menteri Besar langsung tak boleh terima Ahmad Said jadi MB.
Kalau dua tiga kerat tu hebat sangat kenapa tak minta jadi MB.
Sewajarnya dua tiga kerat tu sedar diri bahawa KAMU bukanlah orang yang terpilih oleh pucuk pimpinan kerana kesengketan akal dan tidak jauh pandangan.
Maknaya Ahmad Said dilihat lebih baik dari dua tiga kerat tu...
Janganlah buat pening Hishammuddin nak jaga pemimpin bodoh bangang di Terengganu tu...diharap Hishammuddin bertegas dengan puak-puak tu dan cari pemimpin muda yang lebih baik dari dua tiga kerat tu dan beritahu rakyat bahawa pemimpin datang dan pergi maka pemimpin yang baru datang ni adalah terbaik dari yang ada sekarang.
Pada Ahmad Said, terus bersama rakyat kerana setakat ini peranan tuan amat baik dan rakyat semakin boleh terima. Harap-harap Ahmad Said tidak jadi kadok naik junjung lepas ni...
Rakyat Terengganu pula kena sedar diri dan berterima kasihlah pada kerajaan yang sudah sedsr diri ini dan sudah mahu mendengar rintihan rakyat, kalau ada yang tidak kea dan tak betul pergilah ke pejabat MB dan adulah segala masalah, InsyaAllah, Ahmad Said akan mengaturkan pegawainya untuk menyelesaikan masalah tuan, puan, mak cik pak cik dan sedara mara ambo belaka....

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers